Surau serta Lain Lain Kemudahan SKSI
PIBG SK Saujana Impian Kajang
Semoga Allah SWT menganjarkan semula Infak Dato/Datin/Tuan/Puan semua dengan Kejayaan di Dunia dan Akhirat.
PIBG SKSI SBT
6.5.2023
Dikongsikan Video perkembangan pembinaan semasa.
Alhamdulillah syukur, kerja kerja mengikat batu bata sudah pun dimulakan.
Semoga Allah SWT menganjarkan Infak Dato/Datin/Tuan/Puan semua dengan Kejayaan di Dunia dan Akhirat.
07/03/2023
7.3.2023
Kelihatan Asas Rakit kawasan Surau telah pun bersedia untuk kerja kerja konkrit pada hari esok.
Semoga cuaca pada hari esok cerah untuk memudahkan pelaksanaan kerja.
Turut kelihatan adalah tiang2 di kawasan binaan untuk lain lain kemudahan yang telah ditanggalkan acuannya.
22/02/2023
22.2.2023
Pembinaan semakin rancak. Tiang Tiang di ruang Kelas Serbaguna, Pejabat PIBG dan Tandas dijangka akan dituang dengan konkrit pada hari esok.
Seterusnya, Lean Concrete dikawasan Surau turut dijangka akan dituang esok.
Seterusnya akan bermulalah pembinaan asas rakit dikawasan Surau p**a.
Hari ini juga dirakamkan lawatan tapak oleh Barisan Pentadbir (GB Bonda Suminah, Pn. Hjh Zuraida dan Pn. Norleha), YDP PIBG Tn. Hj. Salahudin beserta isteri dan Cikgu Tuan Haroha. Turut serta menemani lawatan ialah wakil kontraktor iaitu Tn. Hj. Hanafi dan En. Rizal.
17/02/2023
17.2.2023
Kerja kerja memasang ‘formwork’ pada tiang sedang giat dilaksanakan pada kawasan Lain Lain Kemudahan
Kerja kerja korekan untuk memasang paip kumbahan daripada Inspection Chamber bangunan baru ke Manhole sediada sedang giat dilaksanakan. Setelah siap, kerja kerja pembinaan asas rakit kawasan Surau akan dapat dimulakan p**a.
Lawatan tapak oleh Guru Besar Pn. Hajah Suminah, YDP PIBGTn. Hj. Salahudin dan PK Petang Ustazah Sarimah.
14.2.2023
Video Perkembangan
14/02/2023
14.2.2023
Laporan Kemajuan
Alhamdulillah syukur, kerja kerja konkrit asas rakit di bahagian lain lain kemudahan yang bermula semalam telah disambung dan disiapkan pada hari ini.
Kelihatan sebanyak 2 batang tiang dikawasan ini telah pun dinaikkan.
Seterusnya, kerja kerja tanah dibahagian kawasan Surau p**a sedang rancak berjalan.
11/02/2023
11.2.2023
Alhamdulillah syukur. Detik untuk kerja kerja menuang konkrit (asas rakit) semakin hampir.
Kerja kerja besi untuk 1/2 bahagian bangunan telah pun disiapkan. Hanya tinggal sedikit kerja kerja acuan kayu yang perlu dibuat.
07/02/2023
7.2.2023
Suasana pembinaan asas rakit (raft foundation). Pada asalnya rekabentuk kejuruteraan adalah mengunakan asas “Pad Footing” tetapi telah di ubah oleh Perunding Irzi kepada “Raft Foundation” untuk disesuaikan dengan keputusan ujian tanah “Macintosh Probe”
In sya Allah, sekiranya cuaca baik dan di izinkanNya, dijangka kerja kerja menuang konkrit pada bahagian “Raft Foundation” ini akan berlangsung pada hari Sabtu 11.2.2023 nanti.
Semoga Allah SWT terus memberikan kelancaran dan kesungguhan kepada Kontraktor Pembinaan untuk menyiapkan pembinaan ini dengan sebaiknya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
SK Saujana Impian
Kajang
43000
06/05/2023