🎓✨ Dari “Hafiz To Be” hingga ke Diploma Hafazan Al-Quran Türkiye 🇹🇷
Perjalanan di Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST) bukan sekadar hafazan — ia adalah kisah usaha, disiplin dan cinta kepada Al-Quran.
Bermula dari peringkat temuduga “Hafiz To Be”, para pelajar menempuh setiap fasa pengajian dengan bimbingan ustaz-ustaz berpengalaman dan menggunakan sistem hafazan berteraskan kaedah Turki.
Sebuah perjalanan penuh makna yang menjadi bukti bahawa tiada yang mustahil bila Al-Quran dijadikan panduan hidup.
🎥 Video ini dihasilkan sepenuhnya oleh pelajar MUST sendiri menggunakan konsep video AI — hasil kreativiti generasi Qur’ani masa kini.
P/s : Sila lawati halaman utama facebook kami di https://www.facebook.com/mutahfiz
Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz - MUST
Sekolah Tahfiz sepenuh masa menggunakan Sistem Hafazan Ottoman
10/12/2025
Assalamualaikum wbt,
Pendaftaran pelajar baharu 2026 kini telah dibuka, segera daftar di www.must4u.com.my
28/11/2024
Pendaftaran untuk pelajar Syahadah 2025 turut dibuka, tempat adalah terhad!
Terbuka kepada semua pelajar yang telah khatamkan 30 juzuk Al-Quran di mana-mana institusi tahfiz.
17/10/2024
Pendaftaran Kemasukan 2025 telahpun dibuka, daftar segera!
Kekosongan terhad kepada 30 orang lelaki dan perempuan.
Layari www.must4u.com.my
17/10/2024
24/04/2024
Sedang mencari kerja dan ingin mencuba suasana pengajaran tahfiz yang berbeza dengan Sistem Hafazan Ottoman?
Jom bersama kami, hantarkan resume anda segera!
13/03/2024
Ramadhan Mubarak!
Jazakumullahu khaira diucapkan kepada semua penaja makanan berbuka puasa semalam. Semoga Allah datangkan lebih ramai penyumbang sepertimana tuan/puan sekalian.
Pihak Pentadbiran MUST
07/03/2024
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada bekas pelajar MUST, Muhammad Azri bin Mohd Khalil yang telah dipilih untuk menjadi Imam Terawih jemputan di Denizli, Turki selama sebulan penuh. Muhammad Azri adalah pelajar Syahadah 30 Juzuk dalam masa sehari dan graduan Mekke Kuran Kursu kumpulan ke 7. Beliau mempunyai keperibadian yang baik dan ringan tulang sehingga disenangi oleh Syeikh Khalil Ibrahim, Pengasas Mekke Kuran Kursu dan juga Soner Hoca, Pengetua Mekke Kuran Kursu bahkan menjadi penterjemah kepada pelajar-pelajar Malaysia semasa berada di sana.
Ucapkan Alhamdulillah dan doakan kebaikan untuk beliau, semoga pelajar-pelajar lain dapat mencontohi beliau pada kebaikan.
Jazakumullahu khaira
Pihak Pentadbiran MUST
1-2 Mac 2024 - Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah kerana Kem Remaja Soleh berjaya dilaksanakan dengan lancar dan baik.
Pendidikan Rohani adalah salah satu aspek yang perlu diterapkan bagi melahirkan insan yang syumul dan bukannya robot.
Semoga para pelajar dapat mengambil ibrah yang banyak dari program ini seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian.
Jazakumullahu Khairan Kathira
Pihak Pentadbiran MUST
8-10 Feb 2024 - Alhamdulillah, program Tamrin Qiadi 2024 (Kem Kepimpinan Pengawas) telah berlangsung dengan baik. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Diharapkan para pengawas akan terus komited melaksanakan tugasan yang diamanahkan serta menjadi contoh tauladan kepada pelajar-pelajar lain dan masyarakat.
Jazakumullahu khaira
Pihak Pentadbiran MUST
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Lot 17079, Jalan Utama, Desa Putra, Sungai Merab Dalam
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |