Surah Pilihan Penenang Jiwa

Surah Pilihan Penenang Jiwa

Share

Membantu umat islam mudah untuk membaca al quran

19/10/2022

Agar Selamat Dunia Akhirat. Hati yang ikhlas dalam mengaji Quran dapat menyelamatkan diri dari kejahatan yang dapat dilihat ataupun tidak dapat dilihat.

Firman Allah bermaksud, “Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami.)” Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka p**a menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.” (Surah Ali Imran : 173 -174)

19/10/2022

Membuatkan Hati Tenteram. Allah akan mententeramkan hati sesiapa sahaja yang mengaji Quran.

Firman Allah SWT, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra’d : 28)

19/10/2022

Membuatkan Seseorang Menjadi Baik. Maka, sesiapa yang berperangai yang tidak baik juga boleh berkelakuan baik selepas membacanya.

Allah telah berfirman yang bermaksud, “Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).” (Surah Ar-Ra’d : 37

19/10/2022

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surat Al-A’raaf : 204)

19/10/2022

Mengaji Quran Dapat Memberikan Darjat Yang Lebih Baik
Sambil kita mengaji Al-Quran, kita juga sebenarnya belajar tentang isi kandungnya sekali.

Firman Allah SWT bermaksud, “Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Mujadalah : 11)

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Seksyen 3 Bangi
Kajang
43000