04/05/2026
๐ CONGRATULATIONS TO SK DESA PUTRA PUPILS FOR PARTICIPATING IN THE INTERNATIONAL POSTCARD WRITING COMPETITION 2026 ๐
Heartiest congratulations to the pupils of SK Desa Putra for their enthusiastic participation in the International Postcard Writing Competition 2026! โจ๐
Your involvement reflects not only your courage in using English in an authentic context, but also your ability to connect globally and appreciate diverse cultures around the world. ๐๐
Your dedication, creativity and confidence have made the school proud and demonstrated that SK Desa Putra pupils are capable of shining on the international stage. ๐ช๐ฅ
May this meaningful experience inspire you to achieve even greater success in the future!
๐ SK Desa Putra โ Shaping Global Achievers! ๐
01/05/2026
โจ PROGRAM KEMBARA IBADAH HAJI CILIK 2026 ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BERSAMA GURU-GURU PRAKTIKUM INSTITUT PENDIDIKAN GURUโจ๐
Dengan penuh rasa syukur dan penghayatan, Program Kembara Ibadah Haji Cilik telah berjaya dilaksanakan pada 30 April 2026 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, melibatkan semua murid Tahun 4 yang begitu teruja menelusuri pengalaman simulasi rukun Islam kelima ๐๐
Program ini bukan sekadar aktiviti biasa, malah menjadi medan pembelajaran bermakna dalam membentuk kefahaman mendalam tentang ibadah haji secara praktikal. Setiap langkah yang dihayatiโdaripada niat, tawaf, saโie hingga tahallulโmendidik jiwa kecil ini untuk lebih mencintai agama dan memahami pengorbanan di sebalik ibadah agung ini.
๐ Tahniah dan syabas kepada semua murid yang menunjukkan komitmen tinggi serta guru-guru yang bertungkus-lumus menjayakan program dengan penuh dedikasi.
Semoga pengalaman ini menjadi titik awal kepada pembentukan generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia ๐ซ
01/05/2026
๐ KEJOHANAN SUKANEKA PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PUTRA TAHUN 2026 ๐๐โโ๏ธโจ
Alhamdulillah, suasana penuh warna dan kegembiraan mewarnai Sukan Prasekolah yang telah berlangsung dengan meriah! ๐
๐
Tarikh: 27 April 2026
๐ Tempat: Dewan Al-Farabi
Anak-anak kecil kita ibarat โbintang kecilโ ๐ โ walaupun masih muda, semangat mereka besar! Mereka berlari, melompat dan bekerjasama dengan penuh ceria.
Program ini bukan sekadar sukan, tetapi ruang membina keyakinan diri, semangat berpasukan dan gaya hidup sihat sejak awal usia. ๐ช
Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan warga sekolah yang bersama-sama menjayakan program ini.
01/05/2026
๐ฅ SUKANEKA TAHAP 1 (TAHUN 1-3) โ SK DESA PUTRA BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN PENUH SEMANGAT KESUKANAN๐ฅ๐
Minggu ini telah menjadi saksi kemeriahan dan keceriaan apabila Dewan Al-Farabi dipenuhi dengan gelak tawa, semangat kesukanan dan kerjasama luar biasa dalam Sukaneka Tahap 1! ๐ฅ
Pelbagai aktiviti sukaneka yang menyeronokkan telah berjaya mencungkil bakat, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk nilai kerjasama dalam kalangan murid. Setiap detik dipenuhi dengan aksi penuh semangat, menjadikan program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi satu pengalaman bermakna buat semua peserta. ๐โจ
Syabas dan tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian dengan penuh komitmen dan keceriaan! Terima kasih juga kepada semua guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan begitu cemerlang.
โBersukan dengan Gembira, Membina Sahsiah Cemerlang!โ๐ฅ๐ฅ๐ฅ
01/05/2026
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026! ๐ทโโ๏ธ๐ฉโ๐ซ
Terima kasih kepada seluruh warga kerja yang menjadi tulang belakang kemajuan negara. Dedikasi, komitmen dan usaha anda terus memacu pembangunan serta kesejahteraan Malaysia. ๐ฒ๐พ
โPEKERJA MADANI, KESUMA BANGSAโ
Semoga terus cemerlang dalam setiap amanah yang digalas. ๐ชโจ
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"
30/04/2026
๐ฅ MISI KENAIKAN PANGKAT TKRS BERJAYA! 6 WIRA TKRS SK DESA PUTRA TELAH DINAIKKAN KE PANGKAT KOPERAL ๐ฅ
Dengan penuh disiplin, ketahanan fizikal dan semangat juang yang tinggi, wakil TKRS SK Desa Putra telah berjaya menyertai kursus selama 3 hari 2 malam (28 โ 30 April 2026) di Pusat Kokurikulum Bagan Lalang, Sepang ๐ช๐ฅ
Seramai 6 orang murid (2 perempuan, 4 lelaki) telah menggalas cabaran dengan penuh komitmen dan akhirnya membuahkan hasil yang sangat membanggakan! ๐
๐๏ธ TAHNIAH atas kejayaan dinaikkan pangkat KOPERAL:
Ayra Hanan (6 UTM)
Sumayyah Hanees (5 UKM)
Nur Rayyan (5 UTM)
Ahmad Irfan (4 UTM)
Daniel Rahim (4 UKM)
Umar Hariz (4 USM)
Kejayaan ini bukan sekadar pangkat, tetapi bukti ketabahan, kepimpinan dan semangat luar biasa yang dimiliki oleh anak-anak hebat SKDP ๐โจ
Teruskan melangkah lebih jauh, menjadi contoh dan inspirasi kepada rakan-rakan yang lain! ๐
Syabas & Tahniah! Anda memang luar biasa! ๐๐ฅ
Guru Pembimbing:
1. Cikgu Farhan
2. Ustazah Siti Yattinah
Serta semua guru TRKS๐ฅ
30/04/2026
๐ PENYERTAAN JULUNG-JULUNG KALINYA PASUKAN DโPUTRA TARI SK DESA PUTRA DALAM PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (TA'SEEM) PERINGKAT DAERAH SEPANG TAHUN 2026๐
Dengan penuh semangat, dedikasi dan jiwa seni yang tinggi, Team DโPutra Tari telah berjaya menyertai Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Malaysia (TAโSEEM) Peringkat Daerah Sepang 2026 ๐โจ
Setiap langkah, setiap gerakan bukan sekadar tarianโฆ tetapi satu cerita yang dipersembahkan dengan penuh penghayatan, disiplin dan semangat berpasukan. Pasukan ini telah mempersembahkan tarian di hadapan Kedutaan Turkiye ๐น๐ท pada tahun 2025 yang lalu dan bakal mempersembahkan tarian mereka di hadapan delegasi Indonesia ๐ฎ๐ฉ dan South Korea ๐ฐ๐ท pada tahun 2026โค๏ธ๐ฅ
Walaupun pentas hanya seketika, pengalaman yang dibina akan kekal selamanya ๐ซ
Anda semua bukan sekadar menariโฆ tetapi mengangkat seni, budaya dan nama sekolah dengan penuh bangga!
๐ Tahniah dan syabas Team DโPutra Tari!
Terus melangkah, terus bersinar!
Guru Pembimbing:
1. Cikgu Azlan Syazani
2. Cikgu Fatin Aimy
3. Cikgu Suriati
24/04/2026
๐โจ PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT โจ๐
Budaya membaca dipupuk, ilmu disemai! ๐ฑ
Warga sekolah bersama-sama meluangkan 10 minit yang penuh bermakna demi menyemarakkan amalan membaca dalam kehidupan seharian.
Setiap helaian dibaca, membuka seribu jendela ilmu.
Setiap minit diluangkan, membina masa depan gemilang.
๐ฅ AYUH KITA JADIKAN MEMBACA SATU GAYA HIDUP! ๐ฅ