25/11/2023
25 Nov 2023
Berlangsungnya Majlis Mandi Tapak & Mandi Seni untuk anak-anak pesilat Seni Silat Gayong Malaysia - Gelanggang SMK Jalan Bukiit. Majlis telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Waris Amanah Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Cikgu Rasol Bin Abdul Ghani
Semoga dengan selepas berlangsungnya majlis ini, para pesilat akan lebih bersemangat untuk menuntut ilmu seni persilatan dan mendapat manfaat daripadanya dan seterusnya memberi manfaat pada insan di sekeliling.
Terima Kasih kepada Pentadbiran SMKJB, PIBG, Ibubapa, Cikgu Rasol, Cikgu Muhammad Fauzan, Guru pembimbing Pn. Sharizawati Salim dan Suami, Pn. Hayati Ahmad Sahimi dan Suami..
20/11/2023
19 Nov 2023
Berlabuh Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) Ke-14 2023 bagi acara Pencak Silat.. Tahniah untuk pesilat Putera SMKJB acara Ganda dan Regu kerana meraih Perak dan Gangsa.. begitu juga untuk anak-anak pesilat Puteri Seni Silat Gayong Malaysia - Gelanggang SMK Jalan Bukiit juga meraih Perak dan Gangsa untuk acara Regu dan Jurus Tunggal..
Sekalung Tahniah dan Terima Kasih kepada Pentadbir Sekolah SMKJB, PIBG, Ibubapa, Cikgu Rasol, Cikgu Habizan Othman, Cikgu Muhammad Fauzan, Cikgu Sharizawati Salim, Cikgu Hayati Ahmad Sahimi
Semoga kejayaan yang di capai akan menjadi perangsang untuk usaha yang lebih gigih pada masa akan datang...
Lagi gambar di sini....
https://photos.app.goo.gl/NoK7zgFotPyUTT2K8
05/11/2023
5 November 2023
Usai sudah Kejohanan Remaja PSSGM Kebangsaan 2023 yang telah berlangsung di Wisma Gayong.. Sekalung Tahniah kepada Pesilat Gelanggang Seni Silat Gayong Malaysia - Gelanggang SMK Jalan Bukiit yang telah memperolehi 1 Emas 4 Perak dan 2 Gangsa..
Sekalung Tahniah dan Jutaan Terima Kasih juga pada Pentadbir SMKJB, barisan PIBG, Cikgu Rasol , Cikgu Muhammad Fauzan , Cikgu , Pn. Sharizawati Salim , Pn. Hayati Ahmad Sahimi, Gelanggang Putrajaya dan Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam aktiviti anak-anak pesilat..
15/10/2023
Berlabuh tirai Kejohanan Silat Remaja PSSGMK Negeri Selangor.. Tahniah anak-anak Seni Silat Gayong Malaysia - Gelanggang SMK Jalan Bukiit atas kejayaan mendapat 3 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa.. juga mengiringi 3 wakil untuk peringkat Kebangsaan
05/10/2023
Sekalung Tahniah kepada pesilat Seni Silat Gayong Malaysia - Gelanggang SMK Jalan Bukiit kerana memperolehi :-
Johan - Gendang Silat
Naib Johan - Jurus Tunggal Putera bawah 18 thn
Ketiga - Jurus Tunggal Puteri bawah 18 thn
Ketiga - Tempur Putera
Ketiga - Tempur Puteri
Penghargaan buat Cikgu Rasol , Cikgu Muhammad Fauzan, Pn. Sharizawati, Pn. Hayati, Barisan Pentadbir, PIBG dan Ibubapa yang sentiasa memberi dorongan.
01/10/2023
Kalau tak dipecahkan ruyong.. Manakan dapat sagunya.. Alhamdulillah pesilat Seni Silat Gayong Malaysia - SMK Jalan Bukit Kajang hari ni melakar kejayaan dengan memperoleh :-
Johan - Kategori Remaja Putra (Acara Jurus Tunggal)
Johan - Kategori Remaja Putra (Acara Tempur)
Naib Johan - Kategori Remaja Putra ( Acara Tekong)
Tempat ke 3 - Kategori Remaja Puteri (Acara Jurus Tunggal)
Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih diucapkan kepada Gurulatih Cikgu Rasol, Gurulatih Cikgu Fauzan, Guru Pembimbing Pn. Sharizawati, Pn Hayati, Barisan Pentadbir, PIBG dan Ibubapa yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan pada anak-anak
15/09/2023
Tuaian pingat dari para Pesilat SMK Jalan Bukit Kajang