Pusat Sumber Al-Qaradawi SK Sungai Kantan

Pusat Sumber Al-Qaradawi SK Sungai Kantan

Share

Laman ini khusus untuk galakan membaca dan laporan aktiviti perbukuan Pusat Sumber SK Sungai Kantan Kajang.

Hebahan pelbagai maklumat bermanfaat juga akan diadakan.

03/06/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰πŽπŒ πŠπ„ πŒπ”π™πˆπ”πŒ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempelawa orang ramai untuk menghadiri Program Jom Ke Muzium Selangor sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa dan cuti sekolah yang akan berlangsung pada 17 Mei 2026 serta 1 hingga 6 Jun 2026.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya Kembara Muzium dan Warisan, VR Fun & Play, Fun Food Clay, Kurator Cilik, bengkel Printastic Badge dan Fridge Magnet, demo seni warisan Selangor, permainan tradisional serta pelbagai aktiviti sampingan lain yang sesuai untuk seisi keluarga.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program serta mengenali warisan dan budaya negeri Selangor dengan lebih dekat.





03/06/2026

Jom kenali Negeri Sembilan.

Poster keunikan negeri di Malaysia
Keunikan ni subjektif maksudnya...
Keunikan di mata kita tak semestinya keunikan tu ada di mata orang lain...
Kita akan rasa unik jika kita rasa itu unik...
Kalau kita rasa tak unik, sampai bila2 pun perkara tu tetap tak unik di mata kita...
Keunikan ni bergantung kepada tahap selera mata masing-masing...
Terima kasih.🀭

Photos from Pusat Sumber Al-Qaradawi SK Sungai Kantan's post 03/06/2026

Kenangan di Seminar Pengawas Pusat Sumber Peringkat Antarabangsa MIFLA 5.0 semalam.

Aktiviti termasuklah pelbagai penerangan aktiviti galakan membaca dan Pertandingan Jejak Maklumat. Syabas kepada semua peserta SK SUNGAI KANTAN .

Terima kasih, Pertubuhan Guru Perpustakaan Dan Media Malaysia - PGPMM Rasmi atas penganjuran.

03/06/2026

Alhamdulillah selesai sudah penyertaan 23 Pengawas Pusat Sumber dan 3 orang Guru di Seminar Pengawas Pusat Sumber Peringkat Antarabangsa MIFLA 5.0 pada hari ini anjuran Pertubuhan Guru Perpustakaan Dan Media Malaysia - PGPMM Rasmi

🌹Terima kasih kepada Puan Salomah Amat Guru Besar SK SUNGAI KANTAN Encik Ramaysh, Puan Haslina juga semua pentadbir, JK PSS, para guru, PPM, yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.

🌹Penghargaan khas buat Cikgu Iffah, Usth. Huda, Cikgu Muharni & Cikgu Syuhada yang banyak membantu, juga ibu bapa PPS yang memberikan kerjasama cemerlang.

🌹Semoga program memberikan manfaat dan kenangan manis buat para PPS juga menambah semangat untuk memberikan khidmat di PSS.

πŸͺ»πŸͺ»πŸͺ»Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang pengurusan program.

Photos from Pusat Sumber Al-Qaradawi SK Sungai Kantan's post 03/06/2026

Ayuh bersama-sama di Pavilion Selangor esok. Ada sesi Cikgu Ib dari SK SUNGAI KANTAN jam 12.30 pm hingga 1:00 pm. Dari pentas utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur naik satu eskalator sahaja. Akan nampak Pavilion itu di luar sebuah dewan.

29/05/2026

Esok, jom!

Dengarkan Cerita Rakyat Malaysia bersama Uncle Nai!

Jom sertai sesi bercerita yang penuh imaginasi, pengajaran dan keseronokan bersama Uncle Nai, pencerita dan penulis buku kanak-kanak terkenal Malaysia.

πŸ“… 30 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 2.00 petang – 3.00 petang
πŸ“ Pavilion Selangor, WTCKL

Bawa anak-anak dan seisi keluarga untuk menikmati keindahan cerita rakyat Malaysia!

Photos from Pusat Sumber Al-Qaradawi SK Sungai Kantan's post 28/05/2026

πŸ“£ EKSPLORASI DELIMa πŸ“£

Sempena Cuti Sekolah
Jom anak-anak sertai 2 program PERCUMA! πŸŽ‰

━━━━━━━━━━━━━━
πŸ“Έ Poster Kreatif & Magic Foto AI
πŸ“… 31 Mei 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 Pagi | πŸ’» Google Meet
━━━━━━━━━━━━━━
🎨 Cipta Komik Pendidikan dengan AI
πŸ“… 4 Jun 2026 (Khamis)
⏰ 9.00 Pagi | πŸ’» Google Meet
━━━━━━━━━━━━━━
βœ… Dibimbing oleh Penyelaras DELIMa SK Sungai Kantan

πŸ†“ PERCUMA!

πŸ‘‡ Sertai group yang akan dihebahkan melalui group setiap kelas.

Jom Sertai!

Tempat TERHAD! ⏳

28/05/2026

Pusing Pavilion Selangor dulu!

Lagi 1 hari sahaja sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 bermula!

Macam-macam ada menanti anda di Pavilion Selangor aktiviti best, spot menarik, program santai dan vibes cuti sekolah untuk satu keluarga

πŸ—“ 29 Mei – 7 Jun 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ Ruang Legar, Aras 3, WTCKL

Jumpa anda di sana ya… jangan lupa bawa tote bag extra!

28/05/2026

Jatuh cinta? β™₯️Mari bertemu buku yang mungkin membuka hati anda untuk membaca, kerana apabila bertemu buku yang tepat boleh membuka lebih kecintaan kepada membaca.

1 hari lagi… πŸ“šβœ¨

Rasa macam baru semalam kita kira 10 hari. Sekarang, tinggal selangkah saja lagi sebelum semuanya bermula.

Bau buku baru, suasana meriah, dan momen jatuh cinta dengan cerita-cerita baharu bakal kembali menemani kita. ❀️

Jumpa kami di:
πŸ“ Reruai 664, Dewan Tun Razak 3, WTCKL
πŸ—“οΈ 29 Mei – 7 Jun
⏰ 10AM – 10PM

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Padang Tembak
Kajang
43000