Smart Learning

Smart Learning

Share

Remote Learning Resources for our KIDS

03/06/2021

Buah yang paling murah dan paling tinggi Vitamin C yang kena ada dalam peti ais rumah kita adalah :

👉 Buah jambu batu

Vitamin C ni penting sangat untuk anak kita. Antaranya :

🚀 Kuatkan sistem imun anak
🚀 Kuatkan gusi anak
🚀 Bantu melawan radikal bebas
🚀 Membantu proses penyembuhan luka anak

Jom periksa peti ais masing-masing. Jauhi jajan dan makanan yang diproses ye.

03/06/2021

Tahukah anda bahwa otak kiri digunakan untuk berfikir hal-hal yang berkaitan dengan Matematik dan Sains.

Seronoknya jika anak-anak dapat menguasai konsep asas matematik pada usia seawal 4-6 tahun 🥰

Jika anak-anak sudah menguasai konsep asas matematik pada usia seawal ini, InsyaAllah akan memudahkan lagi pemahaman anak-anak dalam mendalami ilmu matematik yang seterusnya di sekolah.🤲

Ibu bapa juga perlu tahu yang mana KEFAHAMAN KONSEP AWAL MATEMATIK adalah ASAS kepada kefahaman dalam memahami ilmu matematik yang seterusnya.

InsyaAllah dengan penggunaan BUKU LATIHAN AWAL MATEMATIK ini akan memudahkan lagi pemahaman anak-anak di dalam konsep asas matematik.

Nak?

30/05/2021

Kalam wali...
Mereka memandang pada yg akan datang...
Firasat org mukmin..'AJIB

Credit 📷: zakirah Abdul halim

30/05/2021

There much more truth that you're blind to.
Satu lagi iklan terbaik dari Thailand.
Prepare tisu siap² ye😭

Credit to : Hafiz Joe

19/01/2021

Semasa bermain,anak belajar cara untuk belajar 🤩

Credit 🎥:


07/01/2021

That drip tho👌☺️
Subhanallah 😍

Credit 🎥 :



06/01/2021

Kehidupan adalah ibadah.
Kita yang mencorakkan.

Bagaimana nak hiasi kehidupan kita dengan perkara yang Allah s**a??

Ikutilah dan sama² belajar kehidupan Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam, jejaki sirah baginda dengan lazimi majlis ilmu dengan pewarisnya iaitu para alim ulama.

Credit 🎥:islamoverload

23/12/2020
15/12/2020

13 permintaan ANAK yang mungkin tak pernah mereka ucapkan:

1. Cintailah aku sepenuh hatimu.

2. Jangan marahi aku di khalayak orang ramai.

3. Jangan bandingkan aku dengan kakak, abang, adikku atau orang lain.

4. Ayah dan ibu jangan lupa, aku adalah photocopy mu.

5. Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.

6. Biarkan aku mencuba, kemudian beritahu aku apabila salah.🏃

7. Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.

8. Aku adalah Ladang Pahala bagimu.

9. Jangan memaki aku dengan mengatakan benda2 yang buruk, bukankah apa yang keluar daripada mulutmu sebagai orang tua ialah doa bagiku?😔

10. Jangan melarangku hanya dengan mengatakan "JANGAN" tetapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.

11. Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.

12. Jangan mengheret aku ke dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganku. Kau marah kepada orang lain, aku yang kena.

13. Aku ingin kau sayangi dan cintaiku kerana engkaulah yang ada dalam kehidupanku dan masa depanku.

"Semoga anak-anak kita membesar dengan sihat.. jadi seorang anak yang hebat, soleh dan solehah. In sha ALLAH. Allahumma amiinn."

Kredit : Tengku Faris

14/12/2020

Ketulusan hati ketika memberi pasti Allah akan menggantikannya🙂

Ketulusan seseorang dalam memberi,Allah pasti akan menggantikannya 🙂


Jom baca nak kisah mimpi imam Ghazali tentang sedekah ni.🌜

🙂Imam Ghazali yang mengarang kita Ihya' Ulum al-Din menceritakan
bahwa suatu saat ketika ia
mengarang kitab ada seekor lalat
yang terbang mendekat dan hinggap
di tinta penanya.

Mula² imam Ghazali
nak halau lalat tersebut
karena merasa terganggu.

😳Tapi beliau sedar yang lalat tu haus,
maka beliau
biarkanlah lalat tu minum
sepuasnya dari tinta al-Ghazali.

🤔Lepas lalat tu hilang
dahaganya, ia lantas terbang entah
kemana.

🥺Malam harinya imam Ghazali bermimpi
bahwa beliau dihisab di padang mahsyar
dan pengadilan akhirat memutuskan
untuk memasukkan imam Ghazali di
syurga.

😳Time tulah muncul suara yang
menggema dan berwibawa;
"Wahai Ghazali, menurutmu amal apa yang
menyebabkan engkau masuk
golongan ahli surga?"

Imam Ghazali menjawab; "Engkau lebih tahu ya Allah, tetapi kalau aku boleh meneka, maka kitab-kitab
karangankulah yang menyebabkan
semua ini"

😢Suara itu berkata;

"Bukan wahai
Ghazali, karanganmu memang
banyak, kitabmu berjilid-jilid, tetapi
yang menyebabkan BERATNYA TIMBANGAN PAHALAMU adalah seekor lalat yang Engkau biarkan minum
ketika ia kehausan"

😊Sekelumit kisah yang akhirnya
diabadikan Iman Ghazali dalam kitab karangannya.ihya' ulumuddin

💚Memberi kita hikmah bahwa
hanya sebab membiarkan lalat yang
kehausan untuk minum saja,
menjadikan sebab seseorang masuk
syurga, apalagi memberi sedekah
bagi sesama insan yang benar-benar memerlukan.

Credit 🎥 : .co



04/12/2020

Allah sebenarnya hadirkan berbagai rasa agar kita menyebutNya sentiasa.

Tiada batasan waktu.
Sepanjang detik dan saat adalah untuk Nya.🙂

Credit 🎥 : kakpijah

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kajang
43000