03/06/2021
Buah yang paling murah dan paling tinggi Vitamin C yang kena ada dalam peti ais rumah kita adalah :
👉 Buah jambu batu
Vitamin C ni penting sangat untuk anak kita. Antaranya :
🚀 Kuatkan sistem imun anak
🚀 Kuatkan gusi anak
🚀 Bantu melawan radikal bebas
🚀 Membantu proses penyembuhan luka anak
Jom periksa peti ais masing-masing. Jauhi jajan dan makanan yang diproses ye.
30/05/2021
Kalam wali...
Mereka memandang pada yg akan datang...
Firasat org mukmin..'AJIB
Credit 📷: zakirah Abdul halim
15/12/2020
13 permintaan ANAK yang mungkin tak pernah mereka ucapkan:
1. Cintailah aku sepenuh hatimu.
2. Jangan marahi aku di khalayak orang ramai.
3. Jangan bandingkan aku dengan kakak, abang, adikku atau orang lain.
4. Ayah dan ibu jangan lupa, aku adalah photocopy mu.
5. Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.
6. Biarkan aku mencuba, kemudian beritahu aku apabila salah.🏃
7. Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.
8. Aku adalah Ladang Pahala bagimu.
9. Jangan memaki aku dengan mengatakan benda2 yang buruk, bukankah apa yang keluar daripada mulutmu sebagai orang tua ialah doa bagiku?😔
10. Jangan melarangku hanya dengan mengatakan "JANGAN" tetapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.
11. Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.
12. Jangan mengheret aku ke dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganku. Kau marah kepada orang lain, aku yang kena.
13. Aku ingin kau sayangi dan cintaiku kerana engkaulah yang ada dalam kehidupanku dan masa depanku.
"Semoga anak-anak kita membesar dengan sihat.. jadi seorang anak yang hebat, soleh dan solehah. In sha ALLAH. Allahumma amiinn."
Kredit : Tengku Faris