Subcribe. Like. Share Guys!
Majlis Ustaz Hasan
رباط الحسنيةالمحمدية DARUL HASANI MANAGEMENT
562012122318
MAYBANK
26/09/2025
17/05/2025
Ya, betul. Nabi tak minta upah. Tapi Nabi juga tak suruh manusia jadi bakhil, malas belajar, dan menghina para pewaris ilmu.
Nabi tidak minta upah untuk risalah kenabian. Baginda ditanggung oleh Allah, dilindungi Jibril, dan disokong oleh para sahabat. Tapi ustaz hari ini?
Tiada wahyu, tiada Isra’ Mi‘raj, dan tiada bil ditanggung langit.
Mereka manusia biasa. Ada keluarga, ada komitmen, dan ada harga pengorbanan. Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun belajar, berjaga malam mentelaah kitab, berpenat memberi ceramah tapi kamu balas dengan kata:
"Jual agama."
Kalau doktor boleh dibayar ribuan untuk rawat jasad kamu yang busuk dalam tanah,
kenapa ustaz tak boleh diberi sedikit untuk rawat jiwa kamu yang makin keras?
Kamu bayar Netflix, Astro, dan Spotify tanpa rungutan. Tapi bila ustaz minta bayaran untuk ilmu, kamu bising.
Aneh. Sangat aneh.
Adapun ayat yang kamu s**a petik:
> "قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا"
"Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah atas dakwah ini."
(Surah al-An‘am: 90)
Itu wahyu kepada Rasul. Bukan dalil untuk kamu kedekut terhadap guru.
Bahkan Nabi sendiri menerima hadiah, menerima bantuan, dan tidak menolak pemberian.
Dalam fiqh Syafi‘i, disebut dengan terang:
> "يجوز أخذ الأجرة على تعليم القرآن والعلم إذا لم يشترط، وهو الصحيح المشهور."
"Harus mengambil upah atas pengajaran al-Quran dan ilmu jika tidak disyaratkan. Dan ini pendapat yang sahih lagi masyhur."
(al-Majmū‘, Imam al-Nawawi, 9/130)
> "ويجوز أخذ الأجرة على تعليم القرآن وغيره من العلوم الشرعية، وهذا هو المعتمد."
"Harus mengambil upah atas pengajaran al-Quran dan ilmu syarak yang lain. Inilah pandangan yang dipegang."
(Tuhfah al-Muhtāj, 4/410)
Jadi apa yang melampau sebenarnya?
Kalau ustaz tetapkan kadar yang wajar dan bersesuaian dengan masa, ilmu dan jarak perjalanan itu bukan tamak. Itu keadilan. Tapi kalau dia membebankan, mengambil kesempatan, dan tidak jujur itu memang salah. Kami akui.
Tapi jangan hukum semua hanya kerana segelintir. Jangan p**a kamu yang duduk goyang kaki, minta semuanya percuma, tapi bila diminta sedikit penghargaan kamu kata "jual agama."
Yang tamak bukan ustaz yang letak kadar patut. Tapi kamu yang mahu ilmu tinggi, tapi hati kedekut dan lisan celupar.
Nabi bersabda:
> "ليس منا من لم يُوقِّر كبيرنا، ويرحم صغيرنا، ويعرف لعالمنا حقه."
"Bukan dari kalangan kami orang yang tidak memuliakan yang tua, menyayangi yang muda, dan mengetahui hak orang alim." (HR Ahmad)
Akhir kalam, jika kamu rasa mahal, jangan undang. Tapi jangan hina. Kerana boleh jadi, lidah kamu sedang menulis dosa di sisi Tuhan, akibat menghina para penyeru agama-Nya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Jamaludin
Kajang
43000