SK Ladang Mutiara, Kluang

SK Ladang Mutiara, Kluang Sebuah sekolah rendah yang terletak di pedalaman (P1) dalam daerah Kluang, Johor.

Selamat Hari Guru 2026 ๐ŸŒนGuru bukan sekadar penyampai ilmu,tetapi pelita yang rela membakar diri demi menerangi masa depa...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 ๐ŸŒน

Guru bukan sekadar penyampai ilmu,
tetapi pelita yang rela membakar diri demi menerangi masa depan anak bangsa.
Dalam lembut bicara, tersimpan sejuta hikmah.
Dalam tegas mendidik, lahir kasih yang tidak pernah bersyarat.

Setiap langkah murid menuju kejayaan,
ada doa guru yang diam-diam terbang ke langit.

Setiap huruf yang mampu dibaca,
ada sabar seorang insan mulia yang tidak pernah mengenal jemu.
Terima kasih kerana menjadi teduhan saat kami mencari arah,
menjadi cahaya saat kami tenggelam dalam gelap,
dan menjadi kekuatan saat kami hampir menyerah.

Sesungguhnya,
nama seorang guru mungkin tidak terpahat di awan,
namun jasanya kekal hidup di hati insan sepanjang zaman.

โ€œGuru Bitara, Nadi Negara.โ€
Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang terus setia menabur bakti. ๐Ÿ’

#๐ฌ๐ค๐ฅ๐ฆ๐ฅ๐ž๐š๐ซ๐ง๐ข๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐œ๐œ๐ž๐ฌ๐ฌ๐ญ๐จ๐ ๐ž๐ญ๐ก๐ž๐ซ #๐ญ๐ก๐ž๐ฉ๐ž๐š๐ซ๐ฅ๐ฌ๐ก๐ข๐ง๐ข๐ง๐  #๐ฆ๐ฎ๐ญ๐ข๐š๐ซ๐š๐ฉ๐ซ๐ข๐๐ž

๐ŸŽ‰ TAHNIAH TEAM ROBOTIK SK LADANG MUTIARA ๐ŸŽ‰Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada Team Robotik SK Ladang Mutiara di ba...
13/05/2026

๐ŸŽ‰ TAHNIAH TEAM ROBOTIK SK LADANG MUTIARA ๐ŸŽ‰

Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada Team Robotik SK Ladang Mutiara di bawah bimbingan hebat Cikgu Taufik , Cikgu Liyana, Cikgu Amirul Firdaus dan Cikgu Hafez atas kejayaan cemerlang dalam pertandingan MAKEROBOT@pesbuk Peringkat Kebangsaan anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 4 & 5 Mei 2026 yang lalu.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, komitmen tinggi serta semangat kerjasama yang luar biasa daripada murid dan guru pembimbing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada PIBG SK Ladang Mutiara atas sokongan penuh yang sentiasa diberikan kepada team robotik sekolah. Sokongan ini menjadi pemangkin semangat dalam melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.

Semoga Team Robotik SK Ladang Mutiara terus melakar lebih banyak kejayaan dan mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang. ๐Ÿš€๐Ÿค–๐Ÿ†
#๐ฌ๐ค๐ฅ๐ฆ๐ฅ๐ž๐š๐ซ๐ง๐ข๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐œ๐œ๐ž๐ฌ๐ฌ๐ญ๐จ๐ ๐ž๐ญ๐ก๐ž๐ซ
#๐ญ๐ก๐ž๐ฉ๐ž๐š๐ซ๐ฅ๐ฌ๐ก๐ข๐ง๐ข๐ง๐ 
#๐ฆ๐ฎ๐ญ๐ข๐š๐ซ๐š๐ฉ๐ซ๐ข๐๐ž

Kebersamaan semua pihak adalah dituntut dalam memerangi salah laku buli dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mem...
28/04/2026

Kebersamaan semua pihak adalah dituntut dalam memerangi salah laku buli dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membentuk generasi masa hadapan yang cemerlang dengan nilai dan akhlak mulia. Sekolah adalah institusi yang selamat untuk anak-anak mencorakan masa hadapannya yang gemilang.

๐ŸŒŸ ๐’๐‹๐š๐Œ โ€” ๐‘จ๐’”๐’‘๐’Š๐’“๐’‚๐’•๐’Š๐’๐’๐’” ๐‘พ๐’Š๐’•๐’‰๐’๐’–๐’• ๐‘ฉ๐’๐’–๐’๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’†๐’”.
#๐ญ๐ก๐ž๐ฉ๐ž๐š๐ซ๐ฅ๐ฌ๐ก๐ข๐ง๐ข๐ง๐ .
#๐ฆ๐ฎ๐ญ๐ข๐š๐ซ๐š๐ฉ๐ซ๐ข๐๐ž.
#๐ฌ๐ค๐ฅ๐ฆ๐ฅ๐ž๐š๐ซ๐ง๐ข๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐œ๐œ๐ž๐ฌ๐ฌ๐ญ๐จ๐ ๐ž๐ญ๐ก๐ž๐ซ


Bunga selasih di dalam taman,Harum mewangi di pagi raya;Erat ukhuwah jalinan teman,SK Ladang Mutiara ceria bergaya. ๐ŸŒฟโœจAl...
20/04/2026

Bunga selasih di dalam taman,
Harum mewangi di pagi raya;
Erat ukhuwah jalinan teman,
SK Ladang Mutiara ceria bergaya. ๐ŸŒฟโœจ

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Kemeriahan Syawal terus dirai dalam kehangatan kasih sayang keluarga besar SK Ladang Mutiara. Pada **15 April 2026** yang lalu, memori indah telah terlakar apabila senyuman mekar menghiasi wajah setiap anak didik, barisan guru, dan seluruh warga sekolah.
Gema takbir berganti dengan riang tawa, persalinan pelbagai warna mewarnai suasana, dan juadah dijamah penuh rasa syukur. Lebih daripada sekadar perayaan, majlis ini adalah tautan kasih yang mengikat erat hati kita semuaโ€”menjadi satu keluarga yang utuh dan saling melengkapi. Indahnya ukhuwah, seindah ketupat yang dianyam rapi.
Jutaan terima kasih buat semua yang memerah keringat dan menyumbang tenaga demi merealisasikan kemeriahan majlis ini. Semoga ikatan silaturahim yang terjalin ini terus mekar mewangi, bukan sekadar di bulan Syawal, tetapi kekal subur sepanjang zaman.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin tulus dari kami, warga SK Ladang Mutiara. ๐ŸŒ™๐Ÿ•Œ
#๐“ผ๐“ด๐“ต๐“ถ๐“ต๐“ฎ๐“ช๐“ป๐“ท๐“ฒ๐“ท๐“ฐ๐“ผ๐“พ๐“ฌ๐“ฌ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ฐ๐“ฎ๐“ฝ๐“ฑ๐“ฎ๐“ป #๐“ถ๐“พ๐“ฝ๐“ฒ๐“ช๐“ป๐“ช๐“น๐“ป๐“ฒ๐“ญ๐“ฎ #๐“ฝ๐“ฑ๐“ฎ๐“น๐“ฎ๐“ช๐“ป๐“ต๐“ผ๐“ฑ๐“ฒ๐“ท๐“ฒ๐“ท๐“ฐ

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24SK Ladang Mutiara๐Ÿ“… Tarikh: 08 April 2026โฐ Masa: 10.00 pagi๐Ÿ“ Tempat: Dewan Seri Mu...
12/04/2026

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24
SK Ladang Mutiara

๐Ÿ“… Tarikh: 08 April 2026
โฐ Masa: 10.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Seri Mutiara, SLaM

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh harmoni dan semangat kebersamaan. Kehadiran ibu bapa serta warga sekolah mencerminkan komitmen yang tinggi dalam memperkukuh kerjasama demi kecemerlangan anak-anak.

Majlis turut diserikan dengan perasmian oleh Tn. Hj. Sanib Bin Hashim, wakil rasmi kepada YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas kesudian beliau menyempurnakan majlis ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa yang telah memberikan sokongan padu dan kerjasama sepanjang menjayakan mesyuarat ini. Semoga jalinan ukhuwah ini terus kukuh demi masa depan anak-anak yang gemilang.

#๐“ผ๐“ด๐“ต๐“ถ๐“ต๐“ฎ๐“ช๐“ป๐“ท๐“ฒ๐“ท๐“ฐ๐“ผ๐“พ๐“ฌ๐“ฌ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ฐ๐“ฎ๐“ฝ๐“ฑ๐“ฎ๐“ป #๐“ถ๐“พ๐“ฝ๐“ฒ๐“ช๐“ป๐“ช๐“น๐“ป๐“ฒ๐“ญ๐“ฎ #๐“ฝ๐“ฑ๐“ฎ๐“น๐“ฎ๐“ช๐“ป๐“ต๐“ผ๐“ฑ๐“ฒ๐“ท๐“ฒ๐“ท๐“ฐ

๐ŸŒ™โœจ Majlis Penutupan Ihyaโ€™ Ramadan 2026 โœจ๐ŸŒ™Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, Program Ihyaโ€™ Ramadan ...
17/03/2026

๐ŸŒ™โœจ Majlis Penutupan Ihyaโ€™ Ramadan 2026 โœจ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, Program Ihyaโ€™ Ramadan SK Ladang Mutiara bagi tahun 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.

Sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi menyemai nilai keimanan, meningkatkan amalan ibadah serta membentuk sahsiah murid yang unggul. Semoga segala ilmu, pengalaman dan pengajaran yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru, murid serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga Ramadan yang dilalui memberi seribu makna dan keberkatan buat kita semua. ๐ŸŒ™๐Ÿคฒ

โ€œRamadan Disemai, Sahsiah Dituaiโ€

#๐“ผ๐“ด๐“ต๐“ถ๐“ต๐“ฎ๐“ช๐“ป๐“ท๐“ฒ๐“ท๐“ฐ๐“ผ๐“พ๐“ฌ๐“ฌ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ฐ๐“ฎ๐“ฝ๐“ฑ๐“ฎ๐“ป
#๐“ถ๐“พ๐“ฝ๐“ฒ๐“ช๐“ป๐“ช๐“น๐“ป๐“ฒ๐“ญ๐“ฎ
#๐“ฝ๐“ฑ๐“ฎ๐“น๐“ฎ๐“ช๐“ป๐“ต๐“ผ๐“ฑ๐“ฒ๐“ท๐“ฒ๐“ท๐“ฐ

ASPIRATIONS WITHOUT BOUNDARIES

Selamat ulang tahun kelahiran, Ustaz-ustaz sekalian.. ๐Ÿฅณ
25/02/2026

Selamat ulang tahun kelahiran, Ustaz-ustaz sekalian.. ๐Ÿฅณ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 4 orang murid hebat yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan yang ber...
18/02/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 4 orang murid hebat yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan yang berlangsung pada Hari Jumaat & Sabtu (13 & 14 Februari 2026) di SK Sri Jamil, Muar bersempena Karnival Makerobot STEM Madani 2026 Peringkat Negeri Johor.

๐Ÿค– Team Minibot (Asyari & Rasul)
Berjaya meraih Tempat Ke-5 dalam kategori pertandingan mereka. Satu pencapaian yang membanggakan hasil usaha, komitmen dan semangat kerja berpasukan yang tinggi.

โš™๏ธ Team Road To Cyborg (Auni & Aisy)
Cemerlang dengan pencapaian Tempat Ke-3, membuktikan ketekunan, kreativiti serta kemahiran teknikal yang sangat memberangsangkan.

Terima kasih dan sekalung penghargaan diberikan kepada Cikgu Taufik Salleh dan Cikgu Luqman Hazeem yang telah banyak membimbing murid-murid hingga ke tahap ini.

Kejayaan ini adalah hasil dedikasi murid-murid serta bimbingan guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

#๐“ผ๐“ด๐“ต๐“ถ๐“ต๐“ฎ๐“ช๐“ป๐“ท๐“ฒ๐“ท๐“ฐ๐“ผ๐“พ๐“ฌ๐“ฌ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ฐ๐“ฎ๐“ฝ๐“ฑ๐“ฎ๐“ป
#๐“ถ๐“พ๐“ฝ๐“ฒ๐“ช๐“ป๐“ช๐“น๐“ป๐“ฒ๐“ญ๐“ฎ
#๐“ฝ๐“ฑ๐“ฎ๐“น๐“ฎ๐“ช๐“ป๐“ต๐“ผ๐“ฑ๐“ฒ๐“ท๐“ฒ๐“ท๐“ฐ

06/02/2026
06/02/2026

Address

Peti Surat 24
Kahang
86700

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
Tuesday 08:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 15:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 15:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Ladang Mutiara, Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category