SMK Kabong

SMK Kabong Welcome to SMK Kabong Official Page SMK Kabong telah dibuka pada tahun 1993.

Terletak sejauh 375 km dari Kuching, 177km dari Sri Aman, 120 km dari Betong dan 56 km dari Saratok, SMK Kabong merupakan sekolah menengah yang pertama didirikan di daerah Kabong. Tujuan pembukaan SMK Kabong adalah disebabkan jumlah pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran pada waktu itu semakin meningkat manakala sekolah yang sedia ada agak jauh perjalanannya. SMK Kabong pada awalnya hanya mempun

yai 14 buah bilik darjah dan menawarkan pendidikan sehingga tingkatan 3. Bilangan pelajar yang bertambah menyebabkan pertambahan kelas dari 14 hingga 22 buah kelas pada tahun 1995. Bagi mengatasi masalah kekurangan bilik darjah, Jabatan Pelajaran Negeri telah membiayai pembinaan dua blok kelas. Pertambahan kelas ini juga disebabkan oleh penawaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 pada tahun 1995. Pada tahun 2002, SMK Kabong telah menerima kumpulan pelajar Tingkatan 4 aliran Sains Tulen dan bermula pada tahun 2009, SMK Kabong telah menerima kemasukan pelajar Tingkatan 6 Rendah dan 8 buah kelas Tingkatan 1 bagi menampung kemasukan pelajar yang meningkat. Kekurangan bilik kelas untuk menampung pertambahan bilangan pelajar telah membawa kepada dua sesi persekolahan di SMK Kabong.

PROGRAM BOOSTER KECEMERLANGAN SPM 2026 “Jom Sasarkan Kecemerlangan!”SMK Kabong terus melangkah dengan iltizam untuk memb...
11/08/2026

PROGRAM BOOSTER KECEMERLANGAN SPM 2026

“Jom Sasarkan Kecemerlangan!”

SMK Kabong terus melangkah dengan iltizam untuk membimbing anak-anak Tingkatan 5 menuju kecemerlangan SPM 2026 melalui Program Booster Kecemerlangan SPM 2026.

Program ini menjadi wadah untuk menyuntik motivasi, membina keyakinan diri, memperkukuh disiplin serta membangkitkan semangat juang dalam diri calon-calon SPM agar lebih bersedia menghadapi cabaran akademik.

Bersama-sama kita menuju kecemerlangan!

Tarikh : 12 Ogos 2026 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Dewan Sri Tanjung, SMK Kabong
Penceramah: Dr. Suhaili bin Jaya
Sasaran: Murid Tingkatan 5 & Ibu Bapa/Penjaga

Semoga program ini menjadi pencetus semangat dan langkah pertama menuju kejayaan yang lebih gemilang.

ROAD TO SPM 2026 🔥

KABONG BANGKIT UNGGUL

🏆✨ TAHNIAH & SYABAS! ✨🏆Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anak-anak Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK K...
07/08/2026

🏆✨ TAHNIAH & SYABAS! ✨🏆

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anak-anak Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Kabong atas pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Cup-Stacking PPKI Daerah Saratok yang telah berlangsung pada 6 Ogos 2026 di SK St. Peter, Saratok.

🥇 JOHAN – Kategori 19 Tahun
👦 Lelaki: Mohamad Haiqal bin Samaon
👧 Perempuan: Eliya Barie anak Mangai

🥈 NAIB JOHAN – Kategori 15 Tahun
👦 Lelaki: Aidil Fahmie bin Abdullah
👦 Perempuan: Muhammad Aidiladha bin Muhammad Zulkarnain

Pencapaian ini membuktikan bahawa fokus, latihan, disiplin dan kesungguhan mampu membuahkan kejayaan.

Tahniah juga buat guru-guru pembimbing dan semua yang terlibat dalam membimbing serta memberikan sokongan kepada para peserta.

“Fokus, Latihan, Kejayaan!”
Terus melangkah, terus berusaha, terus berjaya!

KABONG BANGKIT UNGGUL

PROGRAM SUKAN UNTUK GADIS REMAJA (SUGAR) RAGBI SENTUHTARIKH : 4 OGOS 2026TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN SARATOKProgram anjuran ...
04/08/2026

PROGRAM SUKAN UNTUK GADIS REMAJA (SUGAR) RAGBI SENTUH

TARIKH : 4 OGOS 2026
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN SARATOK

Program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Saratok dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ini berlangsung pada 4 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Sukan Saratok yang melibatkan 10 orang atlet perempuan yang terdiri daripada Tingkatan 1 sehingga 3.

Semoga penyertaan ini menjadi platform terbaik untuk mencungkil bakat, membina keyakinan diri, memupuk semangat kesukanan serta melahirkan generasi murid yang aktif, berdisiplin dan berdaya saing.

Tahniah kepada atlet yang telah berjaya menunjukkan keberanian dan bekerja dalam satu pasukan yang membawa nama SMK Kabong dengan penuh semangat dan cemerlang 🔥

KABONG BANGKIT UNGGUL

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA SMK KABONGSekolah Menengah Kebangsaan Kabong mempelawa kontraktor-kontraktor Bumiputera ya...
03/08/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA SMK KABONG

Sekolah Menengah Kebangsaan Kabong mempelawa kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dan masih sah dalam gred/kategori/kod pengkhususan yang berkaitan untuk menyertai Sebut Harga Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan Bilik Guru, Bilik Kelas, Tandas Kelas Tingkatan Satu dan Pagar di SMK Kabong Tahun 2026.

📌 No. Sebut Harga: SMKKBG.200-7/4/(01)

📅 Tarikh Pendaftaran: 3 Ogos 2026 hingga 14 Ogos 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📅 Tarikh Tutup Tawaran: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ Waktu Tutup: 12.00 tengah hari
📍 Tempat Penyerahan: Peti Sebutharga, Pejabat SMK Kabong, Jalan Badron, 94650 Kabong

⚠️ PERHATIAN:
• Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN.
• Hanya penama dalam Sijil Asal sahaja dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak.
• Kontraktor hendaklah memenuhi syarat penyertaan seperti yang dinyatakan dalam iklan.

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Kewangan SMK Kabong di talian 083-4311664 / 019-7341392.

Mohon sebarkan kepada kontraktor yang berkelayakan.

KABKNG BANGKIT UNGGUL

✨️CHORAL SPEAKING COMPETITION FOR SECONDARY SCHOOLS 2026 : SARATOK DISTRICT LEVEL ✨️A snapshot of intense focus, meticul...
30/07/2026

✨️CHORAL SPEAKING COMPETITION FOR SECONDARY SCHOOLS 2026 : SARATOK DISTRICT LEVEL ✨️

A snapshot of intense focus, meticulous deliberation, and pure dedication! Swipe through to catch a glimpse of the action—from powerful vocal deliveries on tape to our panel closely reviewing and adjudicating the incredible choral speaking performances by every participating school.

Every team brought unmatched energy, creativity, and passion to the stage, making this year’s district-level competition an unforgettable showcase of talent.

Huge congratulations to all participating schools for your stellar efforts:

🏫 SMK Kabong
🏫 SMK BM Saratok
🏫 SMK Agama Saratok

And a massive shoutout to the podium finishers:

🥇 Champion: SMK BM Saratok
🥈 Runner-Up: SMK Kabong
🥉 Third Place: SMK Agama Saratok

Thank you to the teachers, trainers, and students for keeping the art of spoken word and choral harmony alive. Your hard work truly resonates! 👏✨

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Choral Speaking SMK Kabong atas kejayaan meraih Nai...
30/07/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Choral Speaking SMK Kabong atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Choral Speaking Competition for Secondary School sempena Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Peringkat Daerah Saratok 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin dan semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan murid serta dedikasi guru pembimbing yang tidak pernah jemu membimbing dan menggilap potensi mereka. Setiap usaha, latihan dan pengorbanan yang dicurahkan telah membuahkan hasil yang amat membanggakan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para guru pembimbing, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan sepanjang perjalanan pasukan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan serta mengharumkan nama SMK Kabong di persada yang lebih tinggi.

Tahniah sekali lagi kepada seluruh pasukan! 🎉🏆

KABONG BANGKI UNGGUL

SATU PENTAS. SATU SUARA. SATU KEJAYAAN.Dari Kabong ke pentas negeri, suara kami membawa aspirasi, usaha kami mengukir pr...
29/07/2026

SATU PENTAS. SATU SUARA. SATU KEJAYAAN.

Dari Kabong ke pentas negeri, suara kami membawa aspirasi, usaha kami mengukir prestasi.

Alhamdulillah!

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Forum Remaja MADANI SMK Kabong atas kejayaan meraih TEMPAT KETIGA dalam Pertandingan Forum Remaja MADANI Peringkat Negeri Sarawak 2026.

Di sebalik trofi ini tersimpan ratusan jam latihan, keberanian menyampaikan hujah, semangat berpasukan dan pengorbanan yang akhirnya membuahkan hasil.

Terima kasih kepada para peserta, guru pembimbing serta semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan sokongan.

Hari ini kita berdiri sebagai pemenang. Esok, kita melangkah lebih jauh. Semoga yang mendatang, Mutiara Kabong akan menyinar lebih dengan kilauan yang terang.

KABONG BANGKIT UNGGUL

🔬 PEPERIKSAAN AMALI SAINS SARAWAK TINGKATAN 5 | SESI AKADEMIK 2026 🧪Perhatian kepada semua calon Tingkatan 5 Amanah yang...
27/07/2026

🔬 PEPERIKSAAN AMALI SAINS SARAWAK TINGKATAN 5 | SESI AKADEMIK 2026 🧪

Perhatian kepada semua calon Tingkatan 5 Amanah yang terlibat dalam Peperiksaan Amali Sains Sarawak.

📅 Jadual Peperiksaan:
🟢 28 Julai 2026 (Selasa) – Fizik (4531/3)
🔵 29 Julai 2026 (Rabu) – Kimia (4541/3)
🟠 30 Julai 2026 (Khamis) – Biologi (4551/3)

Selamat maju jaya kepada semua calon. Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan semasa menjalankan amali, dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

KABONG BANGKIT UNGGUL

📚 SELAMAT MENDUDUKI UJIAN & PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2026 📚Seluruh warga SMK Kabong mengucapkan selamat men...
26/07/2026

📚 SELAMAT MENDUDUKI UJIAN & PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2026 📚

Seluruh warga SMK Kabong mengucapkan selamat menduduki Ujian dan Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik kepada semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.

Semoga segala usaha, doa dan persiapan yang telah dilakukan membuahkan hasil yang cemerlang. Jawablah setiap soalan dengan tenang, yakin dan penuh kejujuran. Ingatlah bahawa kejayaan hadir kepada mereka yang berusaha tanpa jemu.

Selamat maju jaya dan semoga memperoleh keputusan yang membanggakan. Teruskan membawa semangat Kabong Bangkit Unggul.

KABONG BANGKIT UNGGUL

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟Warga SMK Kabong mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan Gema Pantun Warisan M...
25/07/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Warga SMK Kabong mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan Gema Pantun Warisan Madani atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Pertandingan Gema Pantun Warisan Madani Peringkat Daerah Saratok 2026 yang telah berlangsung pada 20 hingga 21 Julai 2026 di SMK Saratok.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, komitmen yang tinggi, semangat berpasukan serta bimbingan berterusan daripada guru pembimbing. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dalam memperkasakan warisan budaya dan memartabatkan seni berpantun.

Sekalung tahniah kepada para peserta:
✨ Arishya Shahiza Binti Sahiden
✨ Aina Aleesya Binti Mohd Idrus
✨ Putri Nur Dhaniyah Binti Spawie
✨ Nur Allya Syazana Binti Yusuf
✨ Mohd Amirul Fariqc Bin Anoi

Penghargaan dan terima kasih turut diucapkan kepada guru pembimbing:
👨‍🏫 Cikgu Norashikin Binti Jemat
👨‍🏫 Cikgu Zulizam Bin Awang Nasip @ Zulani

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Tahniah sekali lagi. Teruskan mengharumkan nama SMK Kabong!

KABONG BANGKIT UNGGUL

Address

Jalan Badron
Kabong
94650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Kabong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Kabong:

Shortcuts

Share

Category