18/08/2026
AKAUNTABILITI:
Sektor Pembangunan Murid
TUGAS UTAMA:
Menyelaras, memantau, menyemak data dan pelaporan, memberi bimbingan serta memastikan tindakan susulan terhadap isu pelaksanaan RMT & PSS di sekolah.
TAJUK:
Pemantauan & Bimbingan Task Force bagi Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) & Program Susu Sekolah (PSS) di bawah KPM bagi Negeri Sarawak Tahun 2026
PERINCIAN:
Tarikh : 11 Ogos 2026
Tempat : SK Pulo
Masa : 9:00 a.m.
PENGLIBATAN:
1. Penolong PPD Kuching, Pn Norazalina binti Kushairy
2. Barisan Pengurusan SK Pulo
3. Penyelaras RMT & PSS SK Pulo
OBJEKTIF:
Memastikan pengurusan dan pelaksanaan RMT serta PSS di sekolah dilaksanakan secara cekap, teratur, telus dan mematuhi garis panduan, di samping memastikan murid yang layak menerima bantuan makanan dan susu mengikut ketetapan.
RUMUSAN:
Task Force RMT & PSS berperanan memastikan kelancaran pelaksanaan program melalui penyelarasan, pemantauan, semakan dan tindakan susulan secara berterusan.
IMPAK:
Pelaksanaan RMT & PSS lebih teratur, tepat dan berkesan serta mengurangkan keciciran penerima, kesilapan data dan isu ketidakpatuhan.
TINDAK SUSUL:
Pemantauan berkala, bimbingan kepada sekolah, semakan tindakan pembetulan serta pengemaskinian data dan pelaporan secara berterusan.
AMALAN TERBAIK SEKOLAH:
Amalan Pemantauan Harian oleh guru bertugas.Uji rasa oleh guru bertugas dilaksanakan sebelum diedar kepada murid. Susu disimpan ditempat yang selamat.
"๐๐๐ ๐๐ข๐ญ๐, ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฐ๐๐ ๐๐ข๐ญ๐"