21/08/2026
🚀🔬 MAJLIS PENANGGUHAN KARNIVAL STEM 1.0 SK ULU ENTAIH, JULAU🤖🧪
Penyelaras Program : Cik Patricia Anne anak Limbang
Majlis Penangguhan Karnival STEM 1.0 Peringkat SK Ulu Entaih, Julau telah berlangsung dengan penuh meriahnya pada 20 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Terbuka YB Dato’ Rolland Duat.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Larry Sng Wei Shien, Ahli Parlimen P209 Julau merangkap Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).
Karnival STEM 1.0 menjadi platform untuk murid meneroka dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan mencabar minda. 🔭💡🤖
Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan sepanjang karnival, yang bukan sahaja mencungkil bakat dan kreativiti murid, malah memupuk kemahiran berfikir secara kritis, penyelesaian masalah, kolaborasi dan inovasi dalam kalangan murid.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Larry Sng Wei Shien, barisan pentadbir, guru-guru, AKP, murid-murid serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan Karnival STEM 1.0 SK Ulu Entaih.❤️
Semoga semangat STEM terus subur dalam diri setiap murid dan menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi yang kreatif, inovatif, berilmu dan berdaya saing.🌟
STEM Hari Ini, Inovasi Masa Depan!🚀
📌Kitai Fighters! Nadai Utai Enda Ulih!