SK Nanga Maong, Julau

SK Nanga Maong, Julau Laman sosial ini diwujudkan sebagai sebuah platform untuk sebarang pengumuman & perkongsian aktiviti.

Perhimpunan Akhir Sesi Akademik 2025 🌟19.12.2025 | Jumaat - Menjadi rutin warga Maong untuk mengadakan sesi perhimpunan ...
22/12/2025

Perhimpunan Akhir Sesi Akademik 2025 🌟

19.12.2025 | Jumaat - Menjadi rutin warga Maong untuk mengadakan sesi perhimpunan akhir sebelum menutup tirai akademik.

Setelah ucapan dan amanat yang disampaikan oleh setiap pentadbir, maka diadakan sesi bersalaman.
Terukir sebuah kenangan,
hari terakhir Cikgu Balqis menabur bakti,
dan saat perpisahan murid Tahun 6
yang bakal melangkah ke lembaran baharu kehidupan.

Patah tumbuh hilang berganti,
pergi bukan bererti terlerai.
Ilmu disemai penuh erti,
jadi bekal sepanjang hayat nanti. 🌷

Semoga segala jasa, didikan dan pengorbanan Cikgu Balqis menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Didoakan murid-murid Tahun 6
terus melangkah dengan berani,
berakhlak mulia, berilmu tinggi
dan berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum.

SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA GURU DAN MURID SK NANGA MAONG! πŸ₯³πŸ’

✨ MAJLIS AKHIR TAHUN SEKOLAH ✨17.12.2025 | RabuSekolah telah mengadakan Majlis Akhir Tahun dengan penuh meriah dan berma...
19/12/2025

✨ MAJLIS AKHIR TAHUN SEKOLAH ✨

17.12.2025 | Rabu

Sekolah telah mengadakan Majlis Akhir Tahun dengan penuh meriah dan bermakna. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala usaha, pencapaian dan kenangan indah sepanjang tahun persekolahan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah, murid-murid, ibu bapa serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga segala kenangan yang tercipta menjadi memori terindah dan pembakar semangat untuk melangkah ke tahun baharu dengan azam serta harapan yang lebih cemerlang. 🌟
Sekalung penghargaan, sejuta kenangan.
Jumpa lagi di tahun mendatang. πŸ’




WARGA SK NANGA MAONG TAHUN 2025 🌟Inilah kami, warga reMaongBerbeza peranan, satu keluarga.Sekeping gambar, seribu makna....
18/12/2025

WARGA SK NANGA MAONG TAHUN 2025 🌟

Inilah kami, warga reMaong
Berbeza peranan, satu keluarga.

Sekeping gambar, seribu makna. Warga SKNM yang sentiasa komited mendidik generasi masa depan. πŸ’“

Cc: Cikgu Angela

UNIT KOKURIKULUM TAHUN 202515.12.2025 | IsninπŸ“Έ Sekeping gambar, seribu kenangan.Di lapangan inilah semangat diasah,bakat...
17/12/2025

UNIT KOKURIKULUM TAHUN 2025

15.12.2025 | Isnin

πŸ“Έ Sekeping gambar, seribu kenangan.
Di lapangan inilah semangat diasah,
bakat dicungkil dan keberanian dibina.
Unit Kokurikulum 2025,
kecil di gambar, besar maknanya. πŸ†πŸ₯‡

Cc: Cikgu Angela

GAMBAR KELAS SESI AKADEMIK 2025 πŸ₯³15.12.2025 | IsninSenyum hari ini, kenangan untuk esok hari 😊Kelas yang kecil, impian y...
17/12/2025

GAMBAR KELAS SESI AKADEMIK 2025 πŸ₯³

15.12.2025 | Isnin

Senyum hari ini, kenangan untuk esok hari 😊
Kelas yang kecil, impian yang besar πŸ’«

Semoga kebersamaan ini menjadi memori indah dalam perjalanan pendidikan mereka πŸ“š

Cc: Cikgu Angela

M.A.KUNIT HAL EHWAL MURID (HEM) πŸ’Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua murid serta warga sekola...
15/12/2025

M.A.K
UNIT HAL EHWAL MURID (HEM) πŸ’

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua murid serta warga sekolah yang telah menunjukkan sahsiah terpuji, disiplin cemerlang dan komitmen tinggi sepanjang sesi persekolahan ini yang telah disampaikan oleh Encik Valentine Teo selaku GPK HEM.

Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan Unit Hal Ehwal Murid dalam membentuk peribadi murid yang seimbang dari aspek sahsiah, emosi dan sosial, selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

🌸 Budi disemai subur di jiwa,
🌸 Disiplin dijunjung pembentuk peribadi,
🌸 Murid berakhlak pemacu sekolah berjaya,
🌸 Inilah tanda kecemerlangan hakiki.

Semoga pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk terus melahirkan murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Syabas dan tahniah diucapkan! πŸ‘βœ¨

M.A.K UNIT KOKURIKULUM πŸ†Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua murid serta guru pembimbing yang ...
15/12/2025

M.A.K UNIT KOKURIKULUM πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua murid serta guru pembimbing yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun ini yang telah disampaikan oleh Encik Jimbat anak Jeffery Juing selaku GPK Kokurikulum serta Anugerah Khas Kokurikulum telah disampaikan oleh Encik Mancha, YDP PIBG.

Majlis ini diadakan sebagai tanda pengiktirafan terhadap usaha berterusan Unit Kokurikulum dalam mencungkil bakat, membentuk kepimpinan serta memupuk nilai kerjasama dan daya saing dalam kalangan murid.

🏸 Bakat diasah, potensi digilap,
🏸 Disiplin dijulang, jati diri dibina,
🏸 Kokurikulum wadah membentuk insan hebat,
🏸 Pemangkin kejayaan sekolah tercinta.

Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah dan syabas diucapkan! πŸ‘βœ¨

M.A.K UNIT KURIKULUM πŸŽ€Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga pendidik dan murid y...
15/12/2025

M.A.K UNIT KURIKULUM πŸŽ€

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga pendidik dan murid yang telah menunjukkan komitmen serta kecemerlangan dalam pelaksanaan dan pencapaian unit kurikulum sepanjang tahun ini yang telah disampaikan oleh Encik Justin Robin anak Usay selaku GPK Pentadbiran.

Majlis ini diadakan sebagai tanda pengiktirafan terhadap usaha gigih, dedikasi dan semangat kerja berpasukan yang menjadi tunjang kejayaan sekolah dalam melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berakhlak mulia.

πŸ“ Kalau tidak dipecahkan ruyung,
πŸ“ Manakan dapat sagunya,
πŸ“ Kalau tidak kerana usaha yang dijunjung,
πŸ“ Tidakkan lahir kecemerlangan yang dibanggakan bersama.

Semoga anugerah yang diterima menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
Tahniah dan syabas! πŸ‘βœ¨

🌟 MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2025 🌟11.12.2025 | KhamisPergi ke taman memetik kenanga,Disusun rapi di dalam jamb...
15/12/2025

🌟 MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2025 🌟

11.12.2025 | Khamis

Pergi ke taman memetik kenanga,
Disusun rapi di dalam jambangan;
Ilmu dituntut asas berjaya,
Kecemerlangan diraikan penuh kebanggaan.

Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Ng Maong bagi Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh kegembiraan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum serta sahsiah terpuji sepanjang tahun persekolahan ini.

Majlis ini bukan sahaja bertujuan meraikan kejayaan, malah menjadi wadah untuk menyemai semangat persaingan sihat, meningkatkan motivasi serta membina keyakinan diri dalam kalangan murid agar terus berusaha mencapai kecemerlangan yang berterusan.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Kejayaan yang dikecapi hari ini merupakan hasil usaha gigih murid, bimbingan dan dedikasi para guru serta sokongan padu daripada ibu bapa dan seluruh warga SK Ng Maong.

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

Semoga Majlis Anugerah Kecemerlangan (M.A.K) ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang serta melahirkan generasi murid SK Ng Maong yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing.

✨ Tahniah dan selamat melakar kejayaan! ✨


πŸŽ‰ MAJLIS FAREWELL & WELCOMING GURU πŸŽ‰06.12.2025 | Restaurant Sukahati Steamboat, SarikeiSekolah merakamkan momen penuh wa...
09/12/2025

πŸŽ‰ MAJLIS FAREWELL & WELCOMING GURU πŸŽ‰

06.12.2025 | Restaurant Sukahati Steamboat, Sarikei

Sekolah merakamkan momen penuh warna dengan mengadakan Majlis Farewell Cikgu Nur Asila Balqis dan Majlis Welcoming Cikgu Muhammad Zulfadzley! πŸ’πŸ’›

πŸ’– Selamat Berpindah, Cikgu Balqis!
Terima kasih atas segala usaha, senyuman dan dedikasi cikgu sepanjang bersama kami. Semoga terus sukses dan membawa keceriaan cikgu ke tempat baharu! 🌈✨

πŸŽ‰ Selamat Datang, Cikgu Zulfadzley!
Kami sangat gembira menerima warga baharu sekolah. Semoga cikgu cepat serasi dan sama-sama mencipta lebih banyak kenangan indah bersama warga sekolah. 🌟

Majlis sederhana, tapi penuh gelak tawa, kasih sayang dan kenangan manis. Terima kasih semua.

Address

D/A Pejabat Pendidikan Daerah Julau, SK Nanga Maong, Sungai Mujok
Julau
96600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Nanga Maong, Julau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category