SRITI Al-Amin Kampung Juasseh Seberang

SRITI Al-Amin Kampung Juasseh Seberang Ia dikelola oleh Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia.

SRITI merupakan usaha kesinambungan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

Alhamdulillah,Bulan Mei telah melabuhkan tirainya,Program Akhir adalah Qiamullail.Anak2 SRITI Al-Amin Kampung Juasseh Se...
31/05/2026

Alhamdulillah,Bulan Mei telah melabuhkan tirainya,Program Akhir adalah Qiamullail.
Anak2 SRITI Al-Amin Kampung Juasseh Seberang sangat seronok hadir aktiviti seperti ini.Semoga mereka akan kekal semangat dn sentiasa konsisten dlm Prog Qiamullail pada yg berikutnya.

Akan datang Program Qiamullail pasti menyeronokan.

🌟SAMBUTAN HARI GURU SRITI Al-Amin Kampung Juasseh Seberang 🌟Diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW: وَإِ...
31/05/2026

🌟SAMBUTAN HARI GURU SRITI Al-Amin Kampung Juasseh Seberang 🌟

Diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW:


وَإِنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ ، وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ ، لَمْ يُوَرِّثوا دِيْنَارًا ، وَلَا دِرْهَمًا ، إِنَّمَا وَرّثوا العِلْمَ ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sungguhpun para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka telah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]

Terima Kasih cikgu,Jasamu kami kenang selalu.

Sudah sebulan berlalunya Syawal,Namun belum terlambat untuk kami kongsikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi SRI...
10/05/2026

Sudah sebulan berlalunya Syawal,Namun belum terlambat untuk kami kongsikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi SRITI Al-Amin Kampung Juasseh Seberang yang telah disambut pada hari terakhir syawal.

Alhamdulillah,terima kasih kepada semua Ibu bapa,murid & guru2 yang sudi hadir serta memeriahkan potluck jamuan di SRITI.

Terima kasih kepada para Alumni,yg sudi hadir ziarah kasih ke sriti.Innshaa Allah akan dtg kami jemput lagi.

25/02/2026

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐔𝐏𝐊𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟓

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh murid atas keputusan 𝐔𝐏𝐊𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟓 yang telah diumumkan.

Penghargaan yang tidak terhingga turut dirakamkan buat para guru yang istiqamah, sabar dan penuh dedikasi dalam mendidik tanpa mengenal erti jemu dan lelah. Tidak dilupakan juga ibu bapa yang sentiasa komited memberi sokongan serta dorongan berterusan demi kecemerlangan anak-anak.

Buat para calon, ingatlah bahawa kejayaan bukan semata-mata terletak pada angka dan gred yang diperoleh, tetapi pada sejauh mana ilmu difahami dan diamalkan, akhlak dibentuk, serta ketabahan diri diperkukuhkan sepanjang menuntut ilmu.

Apa jua keputusan yang diterima, terimalah dengan hati yang lapang dan penuh kesyukuran. Jadikan ia sebagai pemangkin semangat untuk terus berusaha, memperbaiki diri dan melangkah lebih jauh dalam mengejar kejayaan yang diredai Allah, di dunia dan juga di akhirat.








24/02/2026
Assalamualaikum WbtSalam sejahtera semua,harini kami semua ad ceramah & Majlis PERASMIAN IHYA' RAMADHAN.Alhamdulillah,se...
13/02/2026

Assalamualaikum Wbt
Salam sejahtera semua,harini kami semua ad ceramah & Majlis PERASMIAN IHYA' RAMADHAN.Alhamdulillah,semua Hadir dengan jayanya.

Salam RAMADHAN kepada Semua Sahabat SRITI AL-AMIN,semoga RAMADHAN tahun ini menajdikan kita semua insan yang terpuji Dan memdapat rahmat Dari ALLAH SWT.

Amin.

Assalamualaikum Wbt,Hai semua,apa Khabar harini?Semoga semua sihat, pada setiap Hari rabu kami beriadah tau,aktiviti di ...
11/02/2026

Assalamualaikum Wbt,
Hai semua,apa Khabar harini?
Semoga semua sihat, pada setiap Hari rabu kami beriadah tau,aktiviti di padang.Jom lihat aktiviti sukaneka harini 😄.

Acara Isi air dlm botol
Bawa bola Pp dalam sudu
Tiup bola PP bercawan
Menjaringkan bola.

Terhibur semua harini.Tidaklupa juga,aktiviti panaskn badan sblm & sejukan badan slps bermain.

06/02/2026

𝟏𝟔𝟗 𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝟐𝟗,𝟗𝟖𝟔 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Alhamdulillah, terdapat 169 buah SRITI dan 29,986 murid SRITI seluruh Malaysia pada tahun 2026.

Terima kasih kepada ibu bapa kerana menjadikan SRITI sebagai pilihan utama pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah untuk anak-anak.

Insya-Allah, doakan guru-guru SRITI terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada murid-muridnya.

Semoga SRITI dapat melahirkan generasi soleh pintar dan memimpin ummah pada masa akan datang.









SRITI AL-AMIN berduka,Perginya seorang Murabbi yang anak2 panggil Ustaz Atok pengasas SRITI Al Amin moga Rohnya dicucuri...
07/01/2026

SRITI AL-AMIN berduka,
Perginya seorang Murabbi yang anak2 panggil Ustaz Atok pengasas SRITI Al Amin moga Rohnya dicucuri rahmat🤲🤲

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu".

Dimaklumkan bahawa Ayahanda kesayangan kami, *ALIAS B TIJAD* telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 11.34pm,Selasa 6.01.2026, 17 Rejab 1447H

Sama² kita semua doakan semoga Allah SWT tempatkan almarhum bersama dikalangan orang² yg beriman, dimuliakan kematian almarhum, dilapangkan kubur arwah, dan jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal buat almarhum..

Sama²lah semua kenalan sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada almarhumah.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين۞

Address

NO 31 KAMPUNG JUASSEH SEBERANG
Juasseh
72000

Telephone

+60196808199

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Al-Amin Kampung Juasseh Seberang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Al-Amin Kampung Juasseh Seberang:

Share

Category