Smk Tasek Utara Johor Bahru

Smk Tasek Utara Johor Bahru

Share

Halaman ini adalah untuk sebaran info-info terkini berkaitan sekolah ini dan mencari bekas pelajar-pelajar SMK Tasek Utara dari tahun 1969 hingga kini

Photos from Smk Tasek Utara Johor Bahru's post 03/03/2016

Tahniah anak2 SMK TASEK UTARA.. Kamulah harapan negara dan bangsa...

03/03/2016
Photos 03/03/2016

Tahniah Farid

Photos 03/03/2016

Salam. Berikut merupakan keputusan rasmi kejohanan balapan & padang mssd
2E, 1P, 2G
Emas - 110m lompat pagar L15 (Ahmad Ariff b Razali)
Emas - 200m lompat pagar L15 (Ahmad Ariff b Razali)
Gangsa - 200m L15 (Daryl sham)
Gangsa - 4×100m L15
Perak - 4×400m L18

Photos from Smk Tasek Utara Johor Bahru's post 20/02/2016

PERSIAPAN ATLIT² DAN PASUKAN PERBARISAN SERTA PASUKAN SORAK DN TARIK TALI
RUMAH TAMING SARI
RUMAH SEMPENA RIAU
RUMAH MAJAPAHIT
RUMAH SUNDANG

Photos from Smk Tasek Utara Johor Bahru's post 15/02/2016

Cara memadam yang salah memadam api

Photos from Smk Tasek Utara Johor Bahru's post 15/02/2016

Latihan Kebakaran 15 Feb 2016

Photos 11/02/2016

Pertandingan Pantun Integrasi Budaya UKM 2016
10 Feb 2016 hingga 14 Feb 2016
Doakan kejayaan anak-anak didik SMK Tasek Utara JB dibawah bimbingan Cikgu Mohd Mustakim

08/02/2016

berkongsi lagi dengan anda...
Sumber internet:
TIPS UNTUK KITA SEBAGAI GURU....GEMBIRA SELALU......RUGI KALAU TAK BACA.....
Tips untuk tidak terlalu menjeruk rasa apabila setiap perkara tidak berjalan seperti yang dirancang antaranya ialah ...

1) Jangan jadi perfectionist sangat.
Kena terima hakikat ada perkara yang kita boleh kawal dan ada perkara yang kita kena biarkan ia berlaku apabila ia di luar kawalan kita. Kalau semua perkara sempurna, kita tak perlu buat post-moterm dan ia akan menjadikan kita manusia yang lebih sombong, bongkak dan mendabik dada. Setiap kelemahan itu mengingatkan kita bahawa kita adalah manusia biasa yang banyak kelemahan.

2) Terima keadaan seadanya.
Elakkan diri daripada meletakkan beberapa kriteria 'expectations' seperti apabila beri pelajar kerja sekolah, kita expect semua pelajar buat. Apabila kita masuk kelas, kita expect semua pelajar bawa buku. Apabila kita buat program, kita expect ada orang akan recognize kita. Apabila kita telah berusaha mengajar, kita expect keputusan pelajar akan memuaskan hati kita. Apabila kita berbuat baik, kita expect semua orang boleh terima kita. Itu semua akan menjadi punca kita kecewa.

3) Memahami atmosfera sekolah.
Sentiasa update dengan apa yang berlaku dalam sekolah. Ops Sikap ke, Teknik Menjawab Soalan ke, Ujian Lisan sedang berlangsung ke, atau apa-apa event yang sedang dijalankan dan bakal dijalankan dalam bulan itu. Perhatikan sekeliling, kenal pasti ragam setiap guru yang akan menjadi rakan sekerja kita. Belajar do n don't s berdasarkan perwatakan mereka.

4) Perbanyakkan masa melihat diri
Instead of joining beberapa guru lain untuk bercakap tentang si polan b si polan yang parking kereta ikut sesedap hati, atau si polan bt si polan yang menengking rakan sekerjanya di depan pelajar, atau si polan b si polan yang lambat hantar kertas soalan sehingga kena marah dengan PA pejabat, atau CC pejabat yang mengawal harta sekolah macam harta dia sendiri, atau PK Pentadbiran yang lebih berkuasa dari Pengetua.... Adalah lebih baik kita tumpukan ke atas apa yang kita buat. Usah masuk campur kump**an yang mengumpat pentadbir mahupun mengumpat rakan sekerja sendiri. Juga, usah terpengaruh dengan kelazeran mereka berkata-kata dengan kosa kata yang buruk. Sudah terlalu ramai manusia begitu di atas muka bumi ini dan usahlah kita menjadi punca bertambah bilangannya. Hidup dengan baik, sudahkan kerja anda dengan baik, berkawan dengan semua orang namun tidak sampai terpengaruh dengan mereka. Bentuk identiti, sifat dan tanggapan manusia lain terhadap anda melalui sifat anda yang tersendiri.

5) Dibenci tanpa sebab atau tidak diketahui punca adalah perkara biasa.
Bagaimana baik atau halus sekali pun budi pekerti kita, akan ada manusia lain yang membenci kita tanpa sebab. Mungkin kerana mereka cemburu dengan kelebihan kita, atau kerana ada orang lain yang cemburu kemudian bercerita kepada orang lain lagi dengan cerita tokok tambah, atau mereka nampak sesuatu dan membuat andaian buruk tanpa bertanya. Mungkin juga berpunca daripada spekulasi yang ditimbulkan oleh pelajar kita.

6) Berkerjalah dengan gembira.
Setiap kesusahan, kepayahan, penat lelah, air mata, keringat yang kita curahkan hendaklah dinikmati selagi mampu. Pandanglah ia sebagai cabaran yang perlu kita hadapi. Terima hakikat kadang-kala kita melepasi ujian-ujian tersebut dengan sangat cemerlang. Namun kebanyakan daripadanya akan buat kita jatuh, tersungkur dan patah semangat. Apabila ia terjadi, sentiasalah bangkit dengan harapan baru untuk melihat di sebalik setiap penderitaan itu, ada padanya hikmah. Tentunya kita manusia biasa yang banyak perkara yang apabila diberi peluang ke dua, kita ingin lakukan dengan lebih baik. Keinginan itu yang akan mengikat kita dari melangkah ke hadapan. Berpegang kepada perkara yang dah berlalu adakalanya sangat menyakitkan.

Lepaskanlah. Dan berjalan teruslah. Akan hadir lagi banyak peluang di hadapan untuk kita buktikan diri kita sebagai manusia yang boleh menggalas tanggungjawab. Hadapilah hari-hari mendatang dengan semangat yang baru dan minda yang positif.

Moga darinya akan datang kebaikan yang banyak.

08/02/2016

Motivasi untuk Para Guru... Kita semua adalah guru...

Assalamu'alaikum.
TIGA BELAS MOTIVASI
untuk para Guru مربى

Jadikan Point-point ini sebagai Panduan & Muhasabah Diri sama ada dalam keadaan Gembira, Stress dan sebagainya.
__________________________
🔹MOTIVASI PERTAMA
janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.

🔹MOTIVASI KEDUA
Terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.

🔹MOTIVASI KETIGA
Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.

🔹MOTIVASI KEEMPAT
Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu 'MASTER PLAN' orang-orang besar.

🔹MOTIVASI KELIMA
Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.

🔹MOTIVASI KEENAM
Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.

🔹MOTIVASI KETUJUH
Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.

🔹MOTIVASI KELAPAN
Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah".

🔹MOTIVASI KESEMBILAN
Di hadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

🔹MOTIVASI KESEPULUH
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik p**a.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

🔹MOTIVASI KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.

🔹MOTIVASI KEDUA BELAS
Pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.

🔹MOTIVASI KETIGA BELAS
Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.
__________________________

* TERIMA KASIH kepada para Guru, kerana respon baik yang diberikan.
*Tugas Guru bukan hanya Mengajar tetapi Mendidik.
*Kunci untuk berkhidmat adalah IKHLAS🔹SABAR🔹 ISTIQAMAH🔹
___________________________
Perkongsian...

Photos 08/02/2016

:) smile

07/02/2016

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


SMK TASEK UTARA JOHOR BAHRU
Johor Bahru
80350