Kelestarian SMK Mutiara Rini

Kelestarian SMK Mutiara Rini Kelestarian SMK Mutiara Rini

ENJIN HIDUP… TAPI UNTUK APA?Setiap hari kita tunggu anak depan sekolah…Setiap minit enjin menyala = pembaziran minyak + ...
02/04/2026

ENJIN HIDUP… TAPI UNTUK APA?

Setiap hari kita tunggu anak depan sekolah…

Setiap minit enjin menyala = pembaziran minyak + pencemaran udara😢

Jadi...apa yang perlu kita lakukan..

✔️ Matikan enjin
✔️ Jimat kos
✔️ Lindungi kesihatan

Mulakan hari ini. Jangan tunggu esok.

🌍 Tindakan kecil, impak besar.

📍 UNIT KELESTARIAN SMK MUTIARA RINI

Selesai sesi perkongsian ilmu dalam Program Jom Jimat Tenaga dengan kerjasama strategik bersama Masjid Al-Jawahir, Taman...
15/02/2026

Selesai sesi perkongsian ilmu dalam Program Jom Jimat Tenaga dengan kerjasama strategik bersama Masjid Al-Jawahir, Taman Mutiara Rini.

Program ini mensasarkan pelajar Tingkatan 1 & 2 bagi memberi pendedahan awal tentang:

✅ Kepentingan penjimatan tenaga demi kelestarian alam.

Inisiatif ini adalah pelengkap kepada projek infrastruktur (pemasangan lampu solar) di bawah geran kami. Kami percaya, teknologi hijau (solar) mesti seiring dengan kesedaran minda pengguna.

Terima kasih kepada pihak Masjid Al-Jawahir Rendah Karbon atas perkongsian yang sangat bermanfaat!

Pendidikan kelestarian tidak hanya terhad di luar bilik darjah, tetapi diserap masuk terus ke dalam sesi PdPc.✅ Pendidik...
15/02/2026

Pendidikan kelestarian tidak hanya terhad di luar bilik darjah, tetapi diserap masuk terus ke dalam sesi PdPc.

✅ Pendidikan Moral (T2): Mengaitkan penjimatan tenaga & keselamatan diri dengan topik "Tanggungjawab Diri Terlaksana Hidup Makin Bahagia".
✅ Asas Kelestarian (T4 & T5): Penerangan khusus mengenai sumber tenaga & kepentingannya.

Usaha kecil ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan sekolah untuk melahirkan murid yang celik tenaga dan peka terhadap isu keselamatan dan kelestarian, selaras dengan geran yang diterima. SMK Mutiara Rini cemerlang gemilang ⚡

💡 Update Projek : Lampu Solar Tepi Pagar Surau ✅Pemasangan selesai. Kami menyedari bahawa dengan ketinggian tiang yang d...
15/02/2026

💡 Update Projek : Lampu Solar Tepi Pagar Surau ✅

Pemasangan selesai. Kami menyedari bahawa dengan ketinggian tiang yang dipasang, lampu berfungsi menerangi laluan masuk, tetapi kapasiti semasa memberikan pencahayaan yang agak terhad (fokus di kawasan itu sahaja).

Jangan risau, ini baru permulaan! Untuk fasa akan datang, kami sasarkan penggunaan unit High Wattage supaya cahaya lebih terang dan luas.

Terima kasih atas maklum balas dan sokongan. Kami belajar dari proses ini dan akan terus perbaiki demi keselesaan warga sekolah dan penduduk sekitar. 💪

RM10,000 Untuk Lebih Selamat & Lestari! 💰💡Projek Smart Sensor Light kini rasmi bermula di SMK Mutiara Rini!✅ Lampu Solar...
08/02/2026

RM10,000 Untuk Lebih Selamat & Lestari!
💰💡

Projek Smart Sensor Light kini rasmi bermula di SMK Mutiara Rini!

✅ Lampu Solar Pintar
✅ Lokasi: Pondok Menunggu & Laluan Surau
✅ Misi: Keselamatan & Rendah Karbon

Satu langkah kecil ke arah sekolah pintar dan mesra alam. Jom sokong inisiatif hijau ini! 🌿

Terima kasih Iskandar Puteri Rendah Karbon.

Status Terkini: Kerja Pemasangan Bermula di Pintu Pagar Kedua! 🚧Alhamdulillah, kerja-kerja pemasangan tiang dan lampu so...
08/02/2026

Status Terkini: Kerja Pemasangan Bermula di Pintu Pagar Kedua! 🚧

Alhamdulillah, kerja-kerja pemasangan tiang dan lampu solar kini sedang dijalankan di laluan tepi sekolah (akses ke perumahan Jalan Bakti).

Ini adalah sebahagian daripada fasa penggunaan baki geran yang telah dirancang. Walaupun ini hanyalah laluan kedua, kami tidak memandang enteng aspek keselamatan di sini kerana ia menjadi antara laluan ramai murid setiap hari terutama awal pagi dan lewat petang.

Doakan kerja pemasangan berjalan lancar hari ini. Tak sabar nak tunggu malam untuk "test run"!

Gambar pintu B sebelumMisi seterusnya: Terangkan laluan ini! 💪Gambar yang diambil minggu lepas pada pukul 6.50 pagi.Liha...
07/02/2026

Gambar pintu B sebelum

Misi seterusnya: Terangkan laluan ini! 💪

Gambar yang diambil minggu lepas pada pukul 6.50 pagi.

Lihatlah keadaan laluan di pintu pagar belakang sekolah ini. Walaupun ia menjadi laluan murid yang tinggal di kawasan perjiranan Jalan Bakti, ketiadaan lampu jalan menjadikan kawasan ini gelap dan berisiko pada waktu awal pagi atau lewat petang.

Isu keselamatan murid dan penduduk sekitar di sini menjadi keutamaan kami. Atas sebab inilah, baki dana geran yang ada akan difokuskan sepenuhnya untuk menerangi kawasan "blind spot" ini.

Kami mahu pastikan anak-anak Jalan Bakti boleh pergi dan balik sekolah dengan rasa selamat.

Syukur dapat melihat murid-murid menunggu jemputan ibu bapa dalam keadaan yang lebih selamat. Tiada lagi rasa bimbang me...
16/01/2026

Syukur dapat melihat murid-murid menunggu jemputan ibu bapa dalam keadaan yang lebih selamat. Tiada lagi rasa bimbang menunggu dalam gelap.

Ini baru permulaan. Kami akan teruskan usaha untuk fasa seterusnya bagi memastikan lebih banyak kawasan mendapat pencahayaan yang baik untuk kegunaan bersama.

Ini adalah keadaan semasa di tapak projek sebelum projek dijalankan. Agak gelap dan memerlukan pencahayaan yang lebih ba...
15/01/2026

Ini adalah keadaan semasa di tapak projek sebelum projek dijalankan. Agak gelap dan memerlukan pencahayaan yang lebih baik, bukan?

Kami tidak sabar untuk melihat kawasan ini menjadi lebih terang dan selamat untuk kegunaan semua, terutamanya warga sekolah dan penduduk setempat.

Nantikan kemas kini seterusnya dari kami. ✨

Address

SMK Mutiara Rini Persiaran Utama, Mutiara Rini, Skudai Darul Ta'zim
Johor Bahru
81300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelestarian SMK Mutiara Rini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category