β³ COUNTDOWN TO HARI KEUSAHAWANAN SMK MEDINI! π
Dah ready ke, warga SMK Medini? ππ₯
Hari yang dinanti-nantikan semakin dekat! Pelbagai gerai jualan, makanan, minuman dan aktiviti menarik bakal memeriahkan Hari Keusahawanan SMK Medini. ποΈππ₯€β¨
Tinggal beberapa hari sahaja lagiβ¦ Are you ready? π
SMK Medini Iskandar Puteri
Sekolah Amanah Malaysia
24/08/2026
TEMASYA SUKMA XXII, SELANGOR 2026
π₯π₯ TAHNIAH & SYABAS! π
Tahniah diucapkan kepada pelajar SMK Medini yang telah berjaya menyumbang kepada kejayaan Pasukan Kriket Sukma Johor. Pasukan Kriket Lelaki berjaya meraih Pingat Perak dalam ketagori 50overs manakala Pasukan Kriket Wanita mendapat Pingat Gangsa
Pemain lelaki dari Smk Medini ialah :
- MUHAMMAD AIMAN BIN ABU BAKAR (5 INOVASI)
- MUHAMMAD AL HAFIZ BIN MOHD AL FAIZA (5 LESTARI)
Pemain wanita dari Smk Medini ialah :
- NURHILMIZA SYAMIMIE BINTI JOHARI (5 ESENSI)
- NUR ALIA NATIJAH BINTI MANSOR (4 INOVASI)
- NUR ATHIRAH ZAHRA BINTI AZMAN (4 ESENSI)
Selain itu, seramai 5 orang bekas pelajar dari Smk Medini juga terpilih untuk Temasya Sukma kali ini dan jumlah keseluruhan ialah seramai 10 orang. Satu pencapaian yang amat membanggakan setelah hampir lima tahun program kriket di Smk Medini hasil kerjasama antara Persatuan Kriket Johor/Jabatan Pendidikan Negeri Johor/ Persatuan Kriket Malaysia.
Lebih membanggakan, guru merangkap jurulatih SMK Medini iaitu Cikgu Mohd Saifful Hawari bin Hussein turut diberi kepercayaan sebagai salah seorang jurulatih Pasukan Kriket Sukma Lelaki Johor.
Pencapaian ini membuktikan bahawa bakat, komitmen dan dedikasi warga SMK Medini mampu menyumbang bukan sahaja di peringkat sekolah, negeri malah hingga ke pentas antarabangsa.
Syabas kepada atlet dan jurulatih SMK Medini! Teruskan perjuangan, teruskan mencipta kejayaan dan terus mengharumkan nama SMK Medini dan Johor! πͺπ₯π
SMK Medini β Melahirkan Atlet, Membina Juara! π
21/08/2026
π£ HEBAHAN | HARI KEUSAHAWANAN SMK MEDINI 2026 π
Jom hadir dan meriahkan Hari Keusahawanan SMK Medini 2026 yang bakal berlangsung pada:
π
28 Ogos 2026 (Jumaat)
β° 8.00 pagi β 3.00 petang
π SMK Medini
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung, antaranya pertandingan, permainan, rumah hantu, Soopa Doopa, photobooth serta pameran agensi kerajaan dan swasta. πͺππΈ
π Yang paling penting, pelbagai gerai jualan makanan dan minuman turut disediakan! Jadi, bolehlah datang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pelbagai pilihan makanan sambil memeriahkan program.
π Senarai gerai jualan turut disertakan dalam hebahan ini. Boleh tengok dahulu gerai mana yang menarik perhatian anda sebelum datang nanti. π
π Selain itu, cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik juga menanti para pengunjung!
Ayuh, luangkan masa dan hadir beramai-ramai ke Hari Keusahawanan SMK Medini 2026. Sokong usaha dan kreativiti warga SMK Medini sambil menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan.
Jumpa anda di SMK Medini pada 28 Ogos nanti! π
18/08/2026
π£ HEBAHAN RASMI | HARI KEUSAHAWANAN & KARNIVAL KITA
SMK MEDINI 2026 π
Ayuh warga sekolah, ibu bapa, komuniti setempat dan semua pengunjung untuk hadir memeriahkan Hari Keusahawanan & Karnival KITA SMK Medini 2026! π₯³
π
Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)
β° Masa: 8.00 pagi β 3.00 petang
π Tempat: SMK Medini
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! π€©
π Gerai Makanan & Minuman Viral
π Pertandingan
π’ Pameran Agensi Kerajaan & Swasta
πͺ Soopa Doopa (Istana Belon)
π Permainan
πΈ Photobooth
π» Rumah Hantu
π Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah menarik!
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan karnival ini sambil menyokong usahawan muda SMK Medini. πͺβ¨
π JOM SOKONG USAHAWAN MUDA SMK MEDINI!
π’ MARILAH DATANG BERAMAI-RAMAI, SEMUA DIJEMPUT HADIR!
11/08/2026
ππ MINGGU SIMFONI BAHASA 2026 | SMK MEDINI ππ
π
10 β 14 Ogos 2026
π« SMK Medini
Minggu Simfoni Bahasa 2026 membuka tirainya dengan penuh meriah menerusi Majlis Perasmian Minggu Simfoni Bahasa 2026, yang menghimpunkan warga SMK Medini dalam meraikan keindahan bahasa, kreativiti dan bakat murid. π
ποΈ Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, Puan Noraishah binti Md Yusof @ Yusof, yang berkongsi aspirasi serta matlamat penganjuran Minggu Simfoni Bahasa 2026.
π Acara kemuncak diteruskan dengan gimik perasmian oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustaz Mohd Hanafi bin Abdul Rahman, diiringi oleh Puan Marfiza binti Mohtar, Penolong Kanan Kokurikulum dan Puan Noraishah binti Md Yusof @ Yusof, Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa.
π Majlis turut diserikan dengan persembahan Choral Speaking oleh Pasukan Choral Speaking SMK Medini yang tampil penuh bersemangat, bertenaga dan yakin, sekali gus menceriakan suasana majlis. πβ¨
π Syabas dan tahniah kepada Bidang Bahasa SMK Medini, semua guru yang terlibat serta murid-murid yang memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.
Semoga Minggu Simfoni Bahasa 2026 menjadi wadah untuk menyemarakkan kecintaan terhadap bahasa, mencungkil bakat dan kreativiti, membina keyakinan diri serta meraikan kepelbagaian bahasa dalam kalangan warga SMK Medini. β€οΈπ
π« βBahasa Menyatukan Kita, Kreativiti Menginspirasi Semua!β
30/07/2026
PROGRAM MADANI KITA @ JOHOR BAHRU 2026
π
1 Ogos 2026 (Sabtu)
β±οΈ 7.00 pagi hingga 5.00 petang
π Dewan Serbaguna,
Pangsapuri Desa Datoβ Hajah Hasnah,
Jalan Bayu Puteri 2,
Kampung Tok Siak, Johor Bahru
π Booth No. 8 : Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan
25/07/2026
Tahniah diucapkan kpd Nur Alia Natijah bt Mansor atas pengiktirafan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan melawan Qatar dalam Kejohanan ICC U19 Women's World Cup Asia Qualifiers . Teruskan melakar kejayaan.
23/07/2026
INFO J-SAFE SIRI 2/2026
CEK BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT
Keselamatan murid bermula dari rumah.
Ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak membawa hanya barangan yang diperlukan ke sekolah. Luangkan hanya 2 minit setiap hari untuk memeriksa beg anak sebelum mereka melangkah ke sekolah.
β
Buka beg bersama anak.
β
Periksa setiap ruang beg.
β
Pastikan tiada barang terlarang.
β
Bawa hanya keperluan pembelajaran.
β
Berbual dengan anak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan.
π« Jangan sesekali membawa ke sekolah:
β’ V**e atau rokok
β’ Senjata tajam
β’ Mercun
β’ Pemetik api
β’ Dadah atau bahan terlarang
β’ Ubat tanpa kebenaran
β’ Sebarang barangan yang boleh membahayakan murid lain
Sekolah yang selamat bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah, tetapi merupakan tanggungjawab bersama ibu bapa, masyarakat dan seluruh komuniti.
Marilah kita berganding bahu membudayakan amalan "Cek Beg Anak" sebagai langkah pencegahan awal demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan sejahtera untuk semua murid di Negeri Johor.
JPN Johor komited memastikan setiap sekolah kekal sebagai tempat yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang ancaman.
INFO J-SAFE
Siri perkongsian rasmi JPN Johor bagi memperkasakan budaya keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan murid di semua institusi pendidikan negeri Johor.
Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita
Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/
Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/
Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/
YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/
TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/
Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my
19/07/2026
Assalamualaikum wbt.
Pembuka tirai SPM 2026 dimulakan dengan Subjek PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2 (1223/2) UJIAN TILAWAH QURAN, HAFAZAN DAN BACAAN HADIS (UTQH)
Kertas peperiksaan ini sangat penting bagi Subjek Pendidikan Islam kerana ia membawa markah wajaran sebanyak 20% dari keseluruhan markah kertas Pendidikan Islam.
InshaAllah, kita buka tirai SPM dengan keberkatan kalam Allah nan indah menuju ke arah kejayaan yang cemerlang SPM 2026 ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Jalan PERSIARAN KAMPUS EDUCITY, ISKANDAR PUTERI
Johor Bahru
79200
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Tuesday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Wednesday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Thursday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Friday | 08:00 - 12:15 |
| 14:45 - 17:00 |