PPKI SK Majidi Bahru

PPKI SK Majidi Bahru

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PPKI SK Majidi Bahru, School, SK MAJIDI BAHRU, Johor Bahru.

Photos from PPKI SK Majidi Bahru's post 11/05/2026

✨🎬 TERAPI AUDIO VISUAL DAN SOSIAL PPKI SKMB πŸŽ‰

Alhamdulillah, program Terapi Audio Visual dan Sosial telah berjalan dengan lancar 😊

Murid-murid berpeluang menjalani aktiviti santai dan menyeronokkan melalui tayangan wayang πŸŽ₯ serta Sambutan Hari Jadi bagi murid kelahiran Januari hingga Jun πŸŽ‚πŸŽˆ

Aktiviti ini bertujuan membantu meningkatkan kemahiran sosial, komunikasi dan keyakinan diri murid dalam suasana yang ceria dan kondusif ❀️

Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan warga sekolah yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini 🌟

Semoga semua murid mendapat pengalaman yang bermakna dan gembira bersama rakan-rakan πŸ₯°

Photos from PPKI SK Majidi Bahru's post 23/04/2026

πŸ“šβœ¨ Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 βœ¨πŸ“š

Murid-murid PPKI turut sama memeriahkan program ini dengan penuh semangat! πŸ’™Walaupun hanya 10 minit, usaha kecil ini mampu memberi impak besar dalam membina minat membaca dan keyakinan diri mereka.

Dengan bimbingan guru dan sokongan rakan-rakan, setiap halaman yang dibaca menjadi langkah bermakna ke arah masa depan yang lebih cerah. 🌈

Syabas dan tahniah kepada semua murid PPKI! Teruskan membaca, teruskan belajar! πŸ‘πŸ“–

Photos from PPKI SK Majidi Bahru's post 21/04/2026

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kesedaran Autisme 2026 πŸ’™

20 April 2026 telah berlangsung dengan jayanya majlis pelancaran di Dewan Sri Cempaka, SK Majidi Bahru.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga sekolah atas sokongan padu dengan mengenakan pakaian berwarna biru sebagai tanda solidariti dan kesedaran terhadap autisme.

Bersama kita menyebarkan kefahaman, menyemai empati dan meraikan keunikan setiap individu. πŸ’™

Photos from PPKI SK Majidi Bahru's post 20/04/2026

Alhamdulillah, Program Marhaban Raya PPKI SK Majidi Bahru telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan bermakna πŸ’š

Sepanjang 5 hari, warga PPKI telah berkunjung ke 11 buah rumah murid bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri:

πŸ“… Tarikh: 13 April hingga 17 April 2026
⏰ Masa: 8:30 pagi – 12:30 tengah hari
πŸ“ Tempat: Kediaman murid

Program ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim antara guru, murid dan ibu bapa, malah memberi pengalaman berharga kepada anak-anak PPKI dalam suasana penuh kasih sayang dan kegembiraan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi menerima kunjungan serta menyediakan jamuan istimewa buat anak-anak PPKI. Jasa dan keprihatinan anda amat kami hargai 🀍

Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berkekalan dan diberkati.

06/04/2026

Semoga berjaya kepada semua peserta Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSD Johor Bahru 2026! πŸŒŸπŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

Teruskan berusaha dengan penuh semangat, berjuang hingga ke garisan penamat, dan buktikan kemampuan diri. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian dan kesungguhan anda adalah kejayaan sebenar. πŸ’ͺπŸ”₯

Semoga semua peserta pulang dengan pengalaman berharga dan kejayaan yang membanggakan.
Good luck, anda semua memang hebat! πŸ’™πŸ…

Photos from PPKI SK Majidi Bahru's post 03/04/2026

✨ Jamuan Hari Raya Aidilfitri ✨

Alhamdulillah, selesai sudah sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada hari ini dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan πŸ’š

Gelak tawa, senyuman dan kebersamaan yang terjalin menjadi kenangan terindah buat semua warga PPKI. Terima kasih kepada semua guru, murid dan yang terlibat dalam menjayakan majlis ini πŸŒ™βœ¨

Semoga ukhwah yang terjalin terus erat dan diberkati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin! πŸ’«

02/04/2026

🌈 Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia 🌈

2 April 2026

PPKI SK Majidi Bahru mengucapkan Selamat Hari Autisme kepada semua insan istimewa yang unik dan luar biasa. πŸ’™

Setiap individu dalam spektrum autisme mempunyai keistimewaan tersendiri. Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran, menyebarkan kasih sayang, dan mewujudkan persekitaran yang inklusif serta penuh penerimaan tanpa prejudis.

✨ Different, not less ✨



Photos from PPKI SK Majidi Bahru's post 02/04/2026

Tahniah diucapkan kepada AHMAD AMMAR BIN MOHAMMAD FARID atas kejayaan meraih Tempat Ke-3 dalam Anugerah NILAM Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor 2026.
Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada semua! πŸŒŸπŸ“š

31/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Warga sekolah memohon doa dan sokongan semua agar Ahmad Ammar bin Mohammad Farid, murid dari SK Majidi Baru, diberikan kejayaan dalam Pertandingan Anugerah NILAM Peringkat Negeri Johor 2026.

Beliau akan mewakili Daerah Johor Bahru dalam pertandingan yang akan berlangsung di Mersing pada esok hari.

Semoga Ahmad Ammar diberikan kelancaran, keyakinan dan memperoleh keputusan yang cemerlang.
Selamat maju jaya dan semoga berjaya mengharumkan nama sekolah serta daerah Johor Bahru.



18/01/2026

✨ MINGGU TRANSISI SELESAI ✨

Alhamdulillah, murid-murid PPKI telah selesai menjalankan Minggu Transisi dengan lancar dan penuh keceriaan 🧩🎨

Murid-murid telah melalui pelbagai aktiviti penyesuaian bagi membina keyakinan, mengenali persekitaran sekolah serta membiasakan diri dengan rutin pembelajaran.

πŸ“š Minggu PdPc akan bermula.
Semoga murid-murid terus bersemangat, ceria dan bersedia untuk meneruskan pembelajaran sepanjang sesi persekolahan ini πŸ’™

Terima kasih kepada semua guru, PPM dan ibu bapa atas sokongan yang diberikan.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


SK MAJIDI BAHRU
Johor Bahru
81100