25/08/2026
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, atas pengurniaan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Ulang Tahun Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos 2026.
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, atas pengurniaan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Ulang Tahun Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos 2026.
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”
25/08/2026
Program Pendidikan Sivik
Minggu 30
25/08/2026
Salam Maulidur Rasul 1448H.
Semoga kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW terus mekar dalam hati, dan akhlak Baginda menjadi panduan dalam setiap langkah kehidupan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
23/08/2026
✨ JALINAN KOLABORASI STRATEGIK ✨
SMK Bandar Uda Utama × LPPKN Negeri Johor
📅 17 Ogos 2026 (Isnin)
📍 Pejabat LPPKN Negeri Johor, Nusa Bestari, Johor
Sesi kolaborasi strategik antara SMK Bandar Uda Utama dan LPPKN Negeri Johor telah berjaya dilaksanakan bagi memperkukuh pembangunan dua projek inovasi sekolah dibawah pemantauan Guru Sains iaitu Cikgu Rosli bin Harun:
🔊🛡️ VIBRASCUE Help Alert
👶🏻🚗 BabyShield AI Monitor
👥 Wakil SMK Bandar Uda Utama
Ketua Bidang Sains & Matematik
Dr Hjh Rashimah binti Abu Kasim
👥 Wakil LPPKN Negeri Johor
Ketua Pengarah LPPKN Johor
Dr Salmi Jalina binti Jalil
Antara pengisian program ialah:
💡 Pembentangan idea dan fungsi inovasi
🧪 Demonstrasi serta pengujian prototaip
💬 Perbincangan berkaitan aspek keselamatan, privasi dan kesejahteraan
✍🏻 Pemeteraian dokumen Jalinan Kolaborasi Strategik
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada LPPKN Negeri Johor atas kesudian berkongsi kepakaran, pandangan dan khidmat nasihat dalam membantu murid mengembangkan inovasi yang bermanfaat kepada masyarakat. 💐
Semoga jalinan kolaborasi ini terus berkembang sebagai pemangkin kepada lebih banyak inovasi yang dapat menyumbang kepada keselamatan, kesejahteraan serta masa depan kanak-kanak dan remaja. 🌟
🤝 Bersama Memperkasa Inovasi, Demi Masyarakat yang Lebih Sejahtera.
22/08/2026
🔬 BENGKEL MEMBINA PROTOTAIP PENAPIS UDARA HEPA
📅 Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 1.30 tgh – 2.30 petang
📍 Tempat: Makmal Newton
👩🔬 Kelas: 4 Scientist
Pada 22 Julai 2026 (Rabu), SMK Bandar Uda Utama telah menghantar tiga orang wakil murid untuk menyertai Bengkel NEXTGEN ENGINEERS CHALLENGE BOOTCAMP 2026. Melalui bengkel tersebut, murid telah didedahkan kepada kemahiran membina prototaip Penapis Udara HEPA serta memperoleh pengetahuan berkaitan habuk, pencemaran udara dan kaedah untuk mengatasinya.
Susulan daripada pendedahan tersebut, Bengkel Membina Prototaip Penapis Udara HEPA akan dilaksanakan bersama murid 4 Scientist.
Bengkel ini bertujuan memperluas perkongsian ilmu, meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan kualiti udara serta menggalakkan mereka menghasilkan penyelesaian inovatif melalui pendekatan STEM dan kejuruteraan.
🌱 Belajar • Membina • Berinovasi
22/08/2026
🏆✨ TAHNIAH & SYABAS! ✨🏆
Dua pasukan SMK Bandar Uda Utama telah mewakili sekolah dalam KPS Celik Initiative Johor State Level 2026 pada 18 Ogos 2026 (Selasa) bertempat di PETRONAS PlaySmart Johor Bahru.
🚀 PASUKAN CREOVATE
👥 Nawwarah • Taranya • Alvino • Aniq
🤖 PASUKAN RENTARA
👥 Fazli • Ar Rayyan • Hwee Yu • Ariq
👨🏫 MENTOR
Cikgu Rosli bin Harun & Cikgu Anuar
🥇 Tahniah kepada Pasukan RENTARA yang berjaya dinobatkan sebagai JOHAN, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM300! 💰🎉
🇲🇾 Kemenangan ini turut melayakkan Pasukan RENTARA untuk mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan.
Syabas kepada semua peserta dan mentor atas usaha, komitmen serta semangat inovasi yang membanggakan sekolah. Semoga terus melakar kejayaan yang lebih gemilang! 💡🔥
💜 SMK Bandar Uda Utama — Melangkah Maju dalam STEM & Inovasi
22/08/2026
Bengkel Kerja Pengintegrasian AI dalam PdPC STEM: Memperkasa Inovasi Pengajaran dan Pemikiran KBAT
📅 27 Julai 2026 (Isnin)
🕛 12.00 tgh – 2.00 ptg (guru petang STEM)
2.00 – 4.00 ptg (guru pagi STEM)
📍 Bilik Imtiaz, SMK Bandar Uda Utama
22/08/2026
Program Future CHEM Pitch
Bab 8 : Bahan Kimia dalam Industri
Tarikh : 18/8/2026 dan 20/8/2026
Masa : Waktu PdPc 4 Scientist
Tempat : Makmal Al-Kimiya
22/08/2026
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB
BM TING 3 sasaran pelajar galus
Bilik Seminar
1.15-3.00 petang
5 Ogos 2026
22/08/2026
PROGRAM SULUH SAINS PPC 2026
Tarikh : 31 Julai 2026 (Jumaat)
Masa : 2.15 - 4.30 ptg
Tempat : PSS
Syabas dan terima kasih buat semua yang terlibat. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin kejayaan. All the best! 👍✨