MRSM JOHOR BAHRU

MRSM JOHOR BAHRU

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MRSM JOHOR BAHRU, School, MRSM JOHOR BAHRU, Jalan PESIARAN SINARAN ILMU, Johor Bahru.

18/08/2026

Alhamdulillah, Program Vaksinasi Influenza julung kali diadakan di MRSM Johor Bahru telah berjaya dilaksanakan. 🌷

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa, pihak Pengurusan Maktab, Team Muafakat serta PSG atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Tidak dilupakan, terima kasih juga kepada rakan strategik, Twin Towers Medical Centre KLCC Sdn Bhd, Twin Tower Medical Centre (TTMC) yang telah membantu dalam pengurusan dan pelaksanaan vaksinasi.

Semoga usaha kecil ini dapat memberikan perlindungan dan manfaat kepada seluruh warga JOBA.

Moga warga JOBA sentiasa dilindungi dan dipelihara oleh-Nya. 🀲🏻

09/08/2026

Selamat menduduki peperiksaan SPMRSM 2026 batch Erudite. Semoga dipermudahkan segala urusan, dilancarkan setiap langkah dan segala usaha serta doa membuahkan kejayaan cemerlang dengan 9A+

04/08/2026

TAHNIAH kepada homeroom yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bulan JULAI 2026.
Semoga terus menjadi inspirasi kepada homeroom lain agar turut sama bersaing secara sihat untuk mencapai kegemilangan.










02/08/2026

πŸ§ͺ SELAMAT MENDUDUKI UJIAN AMALI SAINS SPMRSM 2026 πŸ§ͺ

Semoga anak-anak Erudite dipermudahkan, diberikan ketenangan, ketelitian ketika menjalankan eksperimen serta memperoleh keputusan yang cemerlang.

Selamat Maju Jaya dan Semoga Beroleh Kejayaan Yang Cemerlang!

Ikhlas daripada,
Pihak Pengurusan MRSM Johor Bahru
dan Seluruh Warga MRSM Johor Bahru

Photos from MRSM JOHOR BAHRU's post 25/07/2026

Selesai program Unlock The Code anjuran Unit Matematik Tingkatan 1 hari ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga program ini dapat menyemai minat terhadap Matematik serta memberi inspirasi kepada anak-anak Aurelius untuk terus belajar, berfikir secara kritis dan mencapai kecemerlangan.

Photos from MRSM JOHOR BAHRU's post 25/07/2026

Assalamualaikum wbt, untuk makluman semua,
MRSM JB telah menghantar 3 pasukan :
1. Water Rocket
2. 50m Rocket Team A
3. 50m Rocket Team B

ke Pertandingan Malaysian Rocket and Cansat Competition Zon Selatan di UTHM pada 23-24 Julai 2026.

Laporan pencapaian adalah seperti berikut:
1. Water Rocket: tempat ke-tiga (layak ke peringkat kebangsaan)
2. 50m Rocket Team A: tempat ke-empat ( layak ke peringkat kebangsaan)
3. 50m Rocket Team B: (penyertaan)

Pasukan- pasukan yang layak ke peringkat kebangsaan akan berentap di Batu Gajah, Perak pada September 2026.

Sekian

Photos from MRSM JOHOR BAHRU's post 25/07/2026

Program Aviothic 'Appreciation Night for Guru Muda & Mentor' 2026. Alhamdullilah, terima kasih kepada TPKA, En.Asnor bin Senon & pihak pengurusan yang telah membantu PGG tingkatan 4 merealisasikan program ini. Tujuan utama program ini adalah untuk menghargai peranan Guru Muda & Mentor Aviothic yang telah banyak membantu rakan-rakan batch dalam akademik khususnya dan mendapat peningkatan akademik yang baik dalam peperiksaan SEM 1 2026. Terima kasih juga buat semua penyelaras subjek & guru-guru tingkatan 4 yang sentiasa komited πŸ’ͺ mengajar di dalam kelas serta ibu ayah Aviothic yang sentiasa mendoakan kecemerlangan anak-anak di sini🫰

19/07/2026

بِسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…Ω°Ω†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ω

Selamat menduduki Ujian Tilawah Al-Quran dan Hadis SPMRSM 2026 kepada pelajar Batch ERUDITE MRSM Johor Bahru.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kelancaran bacaan, serta dipermudahkan
Semoga berjaya dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

19/07/2026

Alhamdulillah..Tahniah Ansara MRSM Johor Bahru..Semoga terus cemerlang

π“π€π‡ππˆπ€π‡ π”ππ†πŠπ” π‡π€π…πˆπ™ π’π˜π€π™π–π€π π’π˜π€π‡, 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπŽπ‹π„π‰ πŒπ€π‘π€ ππ€ππ“πˆππ† πŒπ„ππƒπ€ππ€π“ "𝐈𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 π’π‚πŽπ‘π„"

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ungku Hafiz Syazwan atas pencapaian cemerlang memperoleh skor sempurna 45/45 dalam peperiksaan International Baccalaureate (IB) Diploma Programme, Mei 2026.

Kejayaan luar biasa ini membuktikan bahawa usaha yang konsisten, disiplin yang tinggi dan semangat untuk mencapai kecemerlangan mampu menghasilkan pencapaian bertaraf dunia. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Kolej MARA Banting serta generasi pelajar akan datang untuk terus berani bermimpi, berusaha tanpa jemu dan mengharumkan nama MARA serta Malaysia di persada antarabangsa.

Untuk makluman semua, KMB mempunyai 2 orang pelajar yg mempunyai IB Perfect Score iaitu Saudari Nur Alin Qistina dan Saudara Ungku Hafiz Syazwan, 3 orang gred mata 44, dan hampir 70 orang gred mata di antara 40-45 mata.

Tahniah sekali lagi, Ungku Hafiz Syazwan! Kami amat berbangga dengan kejayaan anda.









* *

Photos from Homeroom Mutiara MRSM Johor Bahru's post 16/07/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


MRSM JOHOR BAHRU, Jalan PESIARAN SINARAN ILMU
Johor Bahru