Sek Men Islam Johor Bahru

Sek Men Islam Johor Bahru Sekolah ini diasaskan oleh ABIM Johor pada 30 Disember 2012 dan diselia oleh YTPNJ. Kurikulum berasaskan konsep pendidikan bersepadu Tahfiz dan KSSM.

Sekolah Menengah Islam Johor Bahru telah diasaskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Johor (ABIM Johor) pada 30 Disember 2012 dan beroperasi di bangunan wakaf Ampuan Mariam, No. 10 Jalan Abdul Rahman Andak Johor Bahru. Ia adalah kesinambungan dari Sekolah SRI Johor Bahru. ABIM Johor pernah menubuhkan Sekolah SMI Al Ummah Johor Bahru, namun hanya sempat beroperasi selama 2 tahun sahaja dan

terpaksa ditutup operasinya pada tahun 2003 kerana tidak mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa itu atas alasan teknikal. Semangat ABIM Johor masih berkobar-kobar untuk meneruskan usaha lanjutan pendidikan sekolah rendah ke sekolah menangah. Ahli Lembaga Pengelola sekolah telah mengambil keputusan untuk meneruskan lagi usaha membangunkan tanah tersebut bagi pembinaan Sekolah SRI Johor Bahru (Menengah). Penubuhan Sekolah SRI Johor Bahru (Menengah) ini akan menjadi sebuah lagi Institusi Pendidikan ABIM yang berasaskan pendidikan bersepadu melalui proses Islamisasi Ilmu dalam Pembentukan Insan Soleh serta menyediakan sumber modal Insan kepada umat yang kompeten untuk agama, bangsa dan negara. Ia dibina berasaskan konsep sistem Pendidikan Al Hikmah ABIM, berasrama penuh, tahfiz sains. Hal ini akan membolehkan proses pembinaan barisan pendakwah – pendakwah profesional muda, teknokrat, ahli profesional serta bakal pemimpin negara yang lebih berkaliber serta mempunyai tahap kesepaduan ilmu yang tinggi. Ini juga adalah satu bentuk sumbangan kepada umat dan Islam, di mana sistem pendidikan yang terpadu ini pastinya akan menjadi pilihan utama ibubapa.

01/04/2026
KEPUTUSAN SPM 2025Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak SMIJB, calon SPM 2025. Semoga terus melakar kejayaan dal...
01/04/2026

KEPUTUSAN SPM 2025

Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak SMIJB, calon SPM 2025. Semoga terus melakar kejayaan dalam bidang yang diceburi selepas ini.

Terbang tinggi siburung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan,
Insan cemerlang negara terbilang,
Tahniah diucapkan tanda kecemerlangan.
ABIM Johor
Abim Negeri Johor


Program Lawatan Muhibbah SMP Muhammadiyah 1 & Muhammadiyah 2 ke SMIJB. Semoga jalinan ukhwah ini menjadi platform pertuk...
03/02/2026

Program Lawatan Muhibbah SMP Muhammadiyah 1 & Muhammadiyah 2 ke SMIJB. Semoga jalinan ukhwah ini menjadi platform pertukaran ilmu, pengalaman pendidikan, dan pemupukan nilai persaudaraan serantau di kalangan warga sekolah.


LEAD WE ACHIEVE

03/02/2026

Lawatan SMP Muhammadiyah 1 Dan Muhammadiyah 2, Indonesia ke SMIJB

Selamat kembali ke sekolah untuk sesi akademik 2026 di ucapkan kepada warga SMIJB  LEAD WE ACHIEVE  HEBAT
11/01/2026

Selamat kembali ke sekolah untuk sesi akademik 2026 di ucapkan kepada warga SMIJB
LEAD WE ACHIEVE
HEBAT

Hebahan jawatan kosong di Sekolah Menengah Agama Islam (SMI) Johor Bahru, Pekan Rabu, Johor. Sila hantar resume ke email...
09/12/2025

Hebahan jawatan kosong di Sekolah Menengah Agama Islam (SMI) Johor Bahru, Pekan Rabu, Johor. Sila hantar resume ke email [email protected].

Selamat berjuang kepada Kontinjen SMIJB, ABIM Johor  yang akan mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan di Ihtifal Keban...
20/08/2025

Selamat berjuang kepada Kontinjen SMIJB, ABIM Johor yang akan mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan di Ihtifal Kebangsaan Sekolah ABIM (IKSA) 2025 yang akan berlangsung pada 22-25 Ogos 2025 di UMK, Kelantan

HEBAT
LEAD WE ACHIEVE

Address

Kompleks Pendidikan Al Hikmah Johor Bahru, Pekan Rabu
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Sunday 07:30 - 17:00

Telephone

+6072075431

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sek Men Islam Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sek Men Islam Johor Bahru:

Shortcuts

Share