27/05/2024
Tadika Ilman Nafi'aa
Tadika dengan konsep Islamik, berlandaskan sunnah Islamic Kindergarten
27/05/2024
03/01/2021
Alhamdulillah... setelah dua kali ditunda, Ihtifal Ilman Nafiaa 2020 telah berjaya dilaksanakan di Pulai Springs Resort Berhad pada 1 Jan 2021.
Ihtifal kali ini diadakan dengan normal baru dan patuh SOP. Walau tidak semeriah sebelum ini dengan pelbagai persembahan dari khalifah kecil, ihtifal kali ini mempunyai makna tersendiri pada Khalifah kecil ini.
Puan Guru boleh berdiri penuh bangga apabila si cilik tampil yakin membimbing bacaan ikrar dan doa walau tidak sempat dilatih.
Beesemoena dengan keadaan sekarang dengan penularan wabak Covid-19 yang menyerang dunia, tema Heroes dan Princesses telah dipilih. Sebagai simboliknya, setiap orang adalah adiwira dan memainkan peranan didalam perang melawan virus ini.
Paling rasa seronok, sempat juga selit persembahan tarian Skidamarink yang comel dari puteri-puteri yang memang sangat comel.
Adiwira-wira yang tampan juga tampil segak dan yakin menyanyikan lagu Covid dah datang, bagi menghiburkan tetamu yang hadir.
Alhamdulillah... berjaya juga melakarkan memori buat khalifah kecil. Moga memori ini menjadi memori indah yang akan tersemat di sanubari..
Moga setiap khalifah kecil Tadika dan Transit Ilman Nafiaa akan membesar menjadi muslimin dan muslimat yang soleh dan solehah, yang cermelang di dunia dan akhirat.
Nota: atas sebab teknikal, tiada foto penerimaan anugerah untuk Bintang Potensi Cemerlang (5tahun). Mohon maaf atas kekurangan ini.
25/11/2020
Alhamdulillah....dapat juga tunaikan hajat khalifah kecil memakai jubah tadika.
Walau dalam keadaan notis di saat akhir, macam bidan terjun, sangat sederhana, tiada jurugambar professional, tetapi momen ini tetap dapat dirakam dan mereka tetap kacak dan jelita. 🥰🥰🥰
Insya-Allah... walau sekarang ini kita bersederhana, lebih kurang 20 tahun lagi kalian akan gah di pentas konvokesyen sebenar yang gilang gemilang.
Di bahu Puan guru ada satu batu besar yang sudah hilang. Dihati tetap berbunga melihat wajah tersayang.
Kemain gigih Cik Jit menyiapkan busy book ini. Tinggi angan-angan mahu berkongsi dengan si cilik. Terbayang-bayang kecomelan mereka yang teruja.
Apakan daya.....rupanya sesi persekolah sudah berakhir. Kita kongsi video sahaja ya. Insya-Allah tahun depan baru kita main sama sama ya!
Ilham untuk busy book ini diambil dari Kad ASK yang viral tu. Seronok!
Hari ini, dengan rasminya diumumkan berakhirnya sesi persekolahan 2020. Walaupun kami memang sudah bersedia dan membuat keputusan sebelum pengumuman dibuat, namun tetap ada sedikit rasa terkilan kerana tidak berkesempatan mengucapkan selamat tinggal kepada khalifah kecil tersayang.
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini, kitakan berpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Sayang kalian sepnuh hati, sepenuh jiwa
https://www.facebook.com/1530252787297440/posts/2782780682044638/
Jom kita beri sokongan pada Asyraaf dan like video bercerita ini!
Tahun ini, kita tak dapat sertai perarakan keliling Pulai Perdana. Kita berarak keliling dunia. Tentulah dunia kami yang cukup membahagiakan ini.
Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam dari kami di Tadika Ilman Nafiaa.
Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”. Moga khalifah kecil ini membesar sebagai insan rabbani (hamba yang dekat dengan Allah) yang bakal menjadi tunggak peneraju negara yang harmoni. Insya-Allah.
Dua belas Rabiulawal menjelma lagi
Selawat salam buat Rasulullah yang dirindui
Ummah Rabbani Negara Harmoni
Meraikan sambutan Maulidur Rasul kali ini
Alhamdulillah, majlis yang sederhana sahaja tahun ini, demi memastikan kepatuhan SOP. Diharap mampu melakar satu lagi memori indah buat khalifah kecil ini.
Bangga melihat semangat mereka, walaupun hanya berlatih 2 hari sahaja. Di mata Puan Guru, ini sangat sempurna. 😍😍
Entah akan mampu atau tidak, Ihtifal Ilman Nafiaa diadakan tahun ini. Andai kes harian Covid-19 terus tinggi, harapan untuk ihtifal mungkin terus tipis. Namun, berputus asa tidak sama sekali, kerana jika Allah mahukan ia terjadi, pasti akan terjadi.
Marilah kita sama- sama mendoakan agar wabak pandemik covid19 yang melanda negara ini akan segera berakhir.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
77-01, Jalan Pulai Perdana 11
Johor Bahru
81300
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 18:30 |
| Tuesday | 07:00 - 18:30 |
| Wednesday | 07:00 - 18:30 |
| Thursday | 07:00 - 18:30 |
| Sunday | 07:00 - 18:30 |