Page Rasmi SMK Taman Selesa Jaya 2

Page Rasmi SMK Taman Selesa Jaya 2

Share

Halaman ini memaparkan foto aktiviti, pertandingan, kursus dan apa sahaja peristiwa yang berlaku

Halaman ini memaparkan foto aktiviti, pertandingan, kursus dan apa sahaja peristiwa yang berlaku didalam dan diluar sekolah khas untuk warga smktsj2

Photos from Page Rasmi SMK Taman Selesa Jaya 2's post 18/04/2026

Suasana meriah Jamuan Hari Raya potluck di SMKTSJ2 ✨


Photos from Page Rasmi SMK Taman Selesa Jaya 2's post 18/04/2026

Pertandingan Fesyen Show Raya πŸ₯³ Tahniah kepada semua peserta. Anda memang WoW!


17/04/2026

✨ Kenangan Indah Sambutan Hari Raya SMK Taman Selesa Jaya 2 (RIMUP RAYA) ✨

Alhamdulillah, Sambutan Hari Raya yang berlangsung pada 8 April 2026 telah berjalan dengan meriah dan penuh warna-warni πŸŒ™πŸŽ‰

Setiap kelas dihiasi dengan cantik, pakaian tradisional pelbagai kaum menyerikan suasana, dan jamuan potluck yang disediakan benar-benar menyatukan warga SMKTSJ2 πŸ½οΈπŸ’–

Tahniah kepada para pemenang pertandingan Pakaian Raya Tercantik dan Kelas Tercantik! πŸ†

Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah bekerjasama menjayakan program ini. Semoga kenangan indah ini terus mengeratkan silaturahim dan perpaduan antara kita 🀝✨


15/04/2026

πŸ“’ MAKLUMAN KEPADA SEMUA MURID TINGKATAN 4 & 5

Dimaklumkan bahawa sepanjang Minggu Peperiksaan Sekolah, semua murid WAJIB hadir ke sekolah seperti biasa.

Kehadiran penuh amat penting bagi memastikan murid dapat:
βœ… Menduduki semua kertas peperiksaan
βœ… Mengelakkan sebarang masalah ketidakhadiran
βœ… Mencapai keputusan yang cemerlang

Sehubungan itu, semua murid diminta untuk:
πŸ“Œ Hadir ke sekolah
πŸ“Œ Datang lebih awal dan bersedia untuk peperiksaan

Kerjasama dan komitmen semua murid amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

07/04/2026

PERTANDINGAN KELAS SUASANA RAYA

πŸŒ™βœ¨SUASANA RAYA CERIA βœ¨πŸŒ™
Jom tunjukkan kreativiti kelas anda dan hayati kemeriahan Hari Raya bersama!

🎯 Kriteria Penilaian:

🌟 Kreativiti – Dekorasi unik & idea kreatif bertemakan Raya
🧹 Kekemasan – Susun atur kelas teratur & kemas
✨ Kebersihan – Kelas bersih, selesa & terjaga
πŸŽ‰ Sambutan – Suasana meriah & semangat Raya yang menyerlah
πŸ‘— Penampilan – Pakaian tradisional & hidangan Raya yang menarik

βΈ»

πŸ“Œ Info Penting:
πŸ—“ Tarikh: Rabu, 8 April 2026
⏰ Masa Penilaian: 11:10 pagi - 11:50 pagi

🎁 Hadiah menarik menanti!
πŸ‘₯ Libatkan semua ahli kelas & cipta suasana Raya paling ceria!

βΈ»

πŸ’š Serlahkan bakat, pupuk kerjasama & eratkan silaturahim!

07/04/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Untuk makluman ibu bapa / penjaga Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Selesa Jaya 2 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2025 akan diadakan pada ketatapan berikut:

Tarikh: 11 April 2026
Hari: Sabtu
Waktu: 7.45 Pagi

Oleh itu, mohon kerjasama ibu bapa / penjaga diminta untuk menjawab borang pengesahan kehadiran dan menulis usul (jika ada) pada link di bawah ini ⬇️ atau scan kehadiran dengan segera.

https://forms.gle/Z3A1nBP9pHnpkmp58

Kerjasama Tuan / Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

07/04/2026

πŸŽ‰ PERTANDINGAN FESYEN SHOW PERINGKAT SEKOLAH πŸŽ‰
✨ Tema: Baju Raya Mengikut Agama Masing-Masing ✨

πŸ“… Tarikh: 8 April 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 7.30 - 8.45pagi
πŸ“ Tempat: dataran sekolah

βΈ»

🌟 SYARAT PENYERTAAN:
1. Setiap tingkatan perlu menghantar 10 orang peserta.
2. Murid dibenarkan bersolek.
3. Peserta wajib memakai baju raya di malaysia.
4. Semua peserta mesti memakai kasut sekolah.

βΈ»

πŸ† HADIAH MENARIK MENANTI PEMENANG!
πŸ’ƒ Serlahkan gaya, keyakinan & keunikan budaya anda! πŸ•Ί

07/04/2026

Sambutan Hari Raya SMK Taman Selesa Jaya 2 (RIMUP RAYA)

Tarikh: 8 April 2026 (Rabu)
Tempat: Kelas masing-masing
Pakaian: Baju Raya/ Baju Tradisional pelbagai Bangsa Malaysia 🀩
Pakaian mestila sopan dan tidak mencolok mata
Kasut: Kasut sekolah

Terdapat Pertandingan πŸ₯³
1. Pakaian Raya Tercantik (Sila Bagi nama kepada cikgu Mei)
2. Kelas Tercantik dengan hiasan raya

Pelajar dialu-alukan untuk membawa makanan (portluck) bagi memeriahkan lagi jamuan Hari Raya ✨

Semua pelajar tingkatan 1-5 akan pulang pada pkul 1.50 petang.

30/03/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Silat Harimau 33, Bandar Selesa Jaya
Johor Bahru
81300