The Book Kingdom

The Book Kingdom

Share

PUSAT SUMBER SK MEDINI, NUSAJAYA :
Khutub Khanah
Mini Library
Audio Visual Room
LIttle Tiny Free Libr

30/08/2020

Ambang Merdeka 🇲🇾

MENJELANG HARI KEBANGSAAN 31 OGOS

Kami berkongsi informasi mengenai tanah air tercinta. Semoga menerapkan semangat jati diri.

Infografik 3 - SEJARAH LAGU NEGARAKU



Photos from The Book Kingdom's post 20/06/2020

Sertai penstriman langsung bersama Planetarium Negara. Namun tiada sebarang acara diadakan untuk orang awam di mana-mana di seluruh negara bagi langkah keselamatan akibat penularan pandemik Covids19.

Malaysia, 2020 hanya menyaksikan gerhana separa di Malaysia sahaja tidak seperti Disember tahun lalu yang menyaksikan gerhana cincin sepenuhnya. Namun sejarah fenomena ini sangat bermakna dan ia sebahagian pendidikan astronomi untuk anak-anak kita khususnya tahap 2 dan untuk pengetahuan umum.

Bagi anak-anak Muslim, ibu bapa boleh mendedahkan dan menggalakkan anak-anak menunaikan Solat Sunat Gerhana bagi mensyukuri tanda nikmat kebesaran Allah.



19/06/2020

Kepada pengumpul setem sebagai koleksi hobi, boleh dapatkan siri khas Hidupan Marin Ikonik sempena Hari Penyu Laut Sedunia dan Hari Lautan Sedunia di Pejabat Pos Malaysia.
✉📭📪📬
Anak-anak yang baru mencuba untuk berjinak menjadikan aktiviti mengumpul setem sebagai satu hobi menarik dan berharga, boleh memulakannya. Masih belum terlewat termasuk juga orang dewasa.

KELAB PUSAT SUMBER MTS akan mengadakan sekali lagi Pertandingan Pameran Hobi bagi dua Kategori -MTS dan terbuka kepada anak-anak sekolah lain. Hobi koleksi setem ini boleh dipamer dan dipertandingkan juga.

Bagi anak-anak Pengakap p**a, aktiviti ini boleh dijadikan sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan Lencana Koleksi Hobi ke arah anugerah pingat pekboree.

Koleksi ini boleh dipamerkan, diceritakan dan dikongsikan akan kelestariannya.

Bersama lindungi haiwan hidupan air.

🐢🌊💦





Photos from The Book Kingdom's post 06/06/2020

💜 WORLD LIBRARIAN DAY💜

Sempena World Librarian Day, saya mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua warga komuniti perpustakaan SK Medini khususnya Pengawas Pusat Sumber Sekolah MTS atas segala komitmen dan dedikasi anda menjayakan segala program pusat sumber dan membugarkan usaha pembangunan literasi di SK Medini dan luar umumnya.

Semoga PPSS terus berusaha memajukan diri dan menjadi rakan pembaca terbaik bagi menjadi kebanggaan warga pusat sumber yang lestari.
Bersama berusaha untuk kemajuan globalisasi The Book Kingdom.
Terus maju jaya!!

Terima kasih💜ThankYou💜Gracias💜Nande💜Shukran💜Dank u💜Merci💜Arigato💜Hamsahanida

- GPM, MTS

Photos from The Book Kingdom's post 05/06/2020

Selamat hari Alam Sekitar
5 Jun 2020
(Nama tidak rasmi adalah Hari Eko
🌍🌳🌵☘🦒🦍🐘🐼🦔🦏

Bacaan link ini boleh direkodkan dalam Buku Nilam. (Sumber bahan digital).
📔📕📗📘📙
https://www.awarenessdays.com/awareness-days-calendar/world-environment-day-2020/

P/s Foto utama ialah rakaman percutian GPM di Taman Negara Pahang, Kuantan. Pengalaman menyeronokkan menikmati khazanah alam semulajadi. Mandi air terjun, selusuri sungai, 'night walk', bermanja dengan haiwan yang jinak, kelah santuary, teroka gua, hiking, mempelajari kehidupan masyarakat orang Asal dan banyak lagi. Banyak ilmu dan ibrah andai anak-anak dibawa ke sini.

Foto kedua merupakan sebahagian kecil aktiviti pusat sumber dalam memberi kesedaran kelestarian alam bersama anak-anak baik dalam sesi PDPc, kelab, uniform dan aktiviti luar bersama NGOs dan CSR program.












02/06/2020

Jom anak-anak saksikan 'teater muzikal secara maya' dari rumah. Kenali kisah Lagenda Tan Sri P.Ramlee dan cedoklah nilai ilmu dalam sebuah pementasan drama hebat ini.
Legakan kegusaran Covids dengan terus tetap duduk diam di rumah nikmati seisi keluarga.
Tontonan boleh direkod dalam BUKU NILAM sebagai bahan digital.






..... 📢📢📢 Atas PERMINTAAN ramai, kini anda boleh tonton terus P. Ramlee The Musical dari view paling best - sofa rumah sendiri!
-
Ha, dah tak payah rush nak beli tiket. Hanya dengan RM25/USD5.99, anda boleh menonton P. Ramlee The Musical berulang kali selama 48 jam di vimeo.com/EnfinitiV 😉Kumpulkan seluruh keluarga, tag kawan-kawan untuk sama-sama menonton dari rumah masing-masing.
-
Book SEKARANG at vimeo.com/EnfinitiV "Opening Night” pada 22 Mei mulai 9pm - tapi yang paling bestnya muzikal kegemaran anda ini boleh tonton bila-bila masa saja!
-
P. Ramlee The Musical terbitan menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat - sebagai P. Ramlee, , .melissa.saila , , dan ramai lagi. DAN penampilan khas oleh SITI NURHALIZA!
-
If you need help with the Vimeo registration process or for any enquiries regarding payment, please message us at EnfinitiV. Our team are on standby to help you.
-
Enjoy the story of Malaysia’s most loved entertainer of all,
P.Ramlee...The Life, The Loves & The Inspiration!
-









29/05/2020

📍 LIVE from the Countdown Clock at NASA's Kennedy Space Center — America's spaceport

HARI INI DALAM SEJARAH!

Untuk anak-anak MTS, tontonan samada secara langsung atau ulangan boleh direkod dalam BUKU NILAM sebagai bahan digital.

Sejarah akan tercipta pagi ini jam 4:33 pagi waktu tempatan. Buat pertama kalinya selepas 9 tahun, angkasawan Amerika akan ke angkasa melalui tanah air mereka sendiri. Sebelum ini Angkasawan mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan roket Soyuz Rusia.

Robert Behnken and Douglas Hurley akan mencipta sejarah menaiki kapal angkasa Dragon yang elegan ini menuju ke angkasa.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=535846507294087&id=54971236771

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Johor Bahru
79000