Sekolah Agama Princess Elizabeth

Sekolah Agama Princess Elizabeth

Share

d/a SKPK Princess Elizabeth, Lorong Nong Chik 5, Jalan Sri Gelam, 80100 Johor Bahru Johor.

09/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Dato’ Haji Nasri bin Md Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor atas pengurniaan Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato’ sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 09 Mei 2026.

Photos from Sekolah Agama Princess Elizabeth's post 05/05/2026

Alhamdulillah. ✨💫
Telah berlangsung satu acara setiap tahun iaitu Majlis Perujian Tilawah Al Quran Murid-murid SAKNJ Daerah Johor Bahru Zon Pulai.

🗓️ Tarikh: 29 April 2026
📍 Tempat: SA Tmn Perling 2 , SA Ibn Khaldun Tmn Perling 1 & Surau Tmn Perling

SA Princess Elizabeth telah menghantar empat orang murid untuk mewakili sekolah dalam acara yang dipertandingkan:

📸 Faiz Qayyum Bin Abd Majid
Acara Tilawah AL Quran Putera Tahap 1

📸 Muhd Khairi Ridhwan Bin Mohd Rozhan
Acara Azan Subuh & Iqamah Tahap 1

📸 Muhd Al Fateh Bin Muhd Farid
Acara Tarhim & Azan Subuh Tahap 2

📸 Nurfatin Alya Binti Mohd Azlan
Hafazan Puteri Tahap 2

🏆 Tahniah dan Syabas kepada murid-murid yang telah berjaya menampilkan diri dalam acara yang dipertandingkan. Semoga kita peroleh kejayaan pada acara yang dipertandingkan akan datang.


𝑴𝒆𝒍𝒂𝒉𝒊𝒓𝒌𝒂𝒏 𝑶𝑲𝑼 𝑩𝒆𝒓𝒅𝒊𝒌𝒂𝒓𝒊

Photos from Sekolah Agama Princess Elizabeth's post 28/04/2026

Riang Ria Hari Raya
Lagu Raya Dinyanyikan Bersama
Jamuan Disediakan Oleh Ibu Bapa
Meriahnya Kita Raikan Bersama
SA Princess Elizabeth Rasa Gembira

Alhamdulillah.✨💫

Telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Tahun 2026.
Pelbagai aktiviti menarik ketika sambutan berlangsung yang dimulakan dengan Selawat kepada Junjungan Besar Rasulullah S.A.W, pertandingan nyanyian lagu raya berkumpulan dan invidu daripada murid-murid, jamuan juadah hari raya dan diakhiri dengan bersalaman bersama guru-guru.

🗓️Tarikh: 14 April 2026
⏰ Masa: 2:00 ptg hingga 4:30 ptg
🏫 Tempat: Dewan Makan SKPK Princess Elizabeth

Terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa dan penjaga atas perkongsian rezeki yang diberikan bagi menjayakan majlis sambutan hari raya ini.
SEMOGA IBU BAPA SERTA PENJAGA SEMUA DIPERLUASKAN REZEKINYA.
Allahuma Ameen
🥰🥰🥰


𝘔𝘦𝘭𝘢𝘩𝘪𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘖𝘒𝘜 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮

Photos from Sekolah Agama Princess Elizabeth's post 28/04/2026

📸 Lensa Bengkel & Kursus

Alhamdulillah✨💫
Telah berlangsung Bengkel Tingkah Laku Kanak-Kanak OKU Dari Kefahaman Ke Intervensi Praktikal di Batu Pahat, Johor.

Pelbagai ilmu yang dapat kami perolehi dan dapat dipraktikkan kepada murid-murid di sekolah. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada penganjur Seksyen Kurikulum Bahagian Pendidikan Islam, JAINJ atas penganjuran bengkel yang diadakan pada kali ini. Semoga ilmu yang diberikan dapat kami ingati dan digunakan buat seluruh kanak-kanak OKU di negeri ini.

🗓️ Tarikh: 15 hingga 17 April 2026
👨🏻‍🏫 Penceramah: Hasrul Hosshan
🏨 Tempat: The Katerina Hotel Batu Pahat, Johor

Tahniah diucapkan kepada seluruh peserta.
🏆🏆🏆


𝘔𝘦𝘭𝘢𝘩𝘪𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘖𝘒𝘜 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮

Photos from Sekolah Agama Princess Elizabeth's post 28/04/2026

Alhamdulillah
Telah dilaksanakan Penilaian Anugerah Khas Sekolah Gunasama Cemerlang Peringkat Negeri Johor.

Setinggi-tinggi penghargaan buat wakil dari Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru Ust Amirul Asyrof Bin Aslan dan Ust Mohammad Khairul Faizei Bin Mohd Musa atas bantuan dan bimbingan kepada kami sebelum penilaian berlangsung.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada Ustazah Nur Ashikin Binti Salimin bersama Ustazah Misleha Binti Solihan wakil daripada Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor atas nasihat dan penilaian kepada sekolah kami. Semoga perkongsian yang diberikan dapat memberikan manfaat buat seluruh warga Sekolah Agama Princess Elizabeth.

Tarikh: 17 Mac 2026 / 27 Ramadhan 1447 (Selasa)
Masa: 11:00 pagi hingga 1:30 petang
Tempat: Bilik Gerakan SKPK Princess Elizabeth

Semoga dengan penilaian ini dapat memberikan sesuatu yang cemerlang buat SA Princess Elizabeth pada tahun ini.
Allahhuma Ameen 😇🤲💐



Skpk Princess Elizabeth
𝘔𝘦𝘭𝘢𝘩𝘪𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘖𝘒𝘜 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮

Photos from Sekolah Agama Princess Elizabeth's post 23/04/2026

Alhamdulillah
Telah berlangsung Program Maghfirah Ramadhan 2.0 Anjuran Bersama SKPK Princess Elizabeth bersama SA Princess Elizabeth dalam melaksanakan aktiviti yang bermanfaat buat seluruh murid-murid SA Princess Elizabeth dan SKPK Princess Elizabeth sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini iaitu Tadarus Al Quran, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Terawih berjemaah bersama seluruh warga kerja SA Princess Elizabeth dan SKPK Princess Elizabeth.

Tarikh: 16 Mac 2026 / 26 Ramadhan 1447 (Isnin)
Tempat: Surau Nurul Iman SKPK Princess Elizabeth
Masa: 5:30 ptg hingga 9:30 malam.

Semoga dengan kebersamaan dalam menjayakan majlis ini dapat memberikan manfaat buat murid-murid serta seluruh warga sekolah.


𝘔𝘦𝘭𝘢𝘩𝘪𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘖𝘒𝘜 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮

Photos from Buletin TV3's post 03/04/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


D/a SKPK Princess Elizabeth
Johor Bahru
80100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00