25/08/2026
Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul 2026.
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sk Taman Johor Jaya 2- Rasmi, School, Jalan Keembong 41, Johor Bahru.
25/08/2026
Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul 2026.
π TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) π
Sekalung tahniah dan penghargaan buat guru-guru dan AKP SK Taman Johor Jaya 2 yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) atas dedikasi, komitmen dan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah sepanjang perkhidmatan.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam mendidik dan membentuk generasi masa hadapan. π
Tahniah dan syabas! Teruskan kecemerlangan! ππ»β¨
PENERIMAAN SURAT TAWARAN PRASEKOLAH SESI AKADEMIK 2027
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga murid Prasekolah 2027 bahawa surat tawaran yang diterima menyatakan tarikh 1 Mac 2026 bagi sesi taklimat.
Untuk makluman, TIADA SEBARANG TAKLIMAT akan diadakan pada tarikh tersebut. Oleh itu, ibu bapa/penjaga dimohon untuk mengabaikan makluman taklimat yang tertera di dalam surat tersebut.
π Mohon ibu bapa/penjaga bersabar dan menunggu sehingga guru kelas, Ticer Dayang atau Ticer Ana membuat kumpulan WhatsApp rasmi Prasekolah 2027 dan menjemput ibu bapa/penjaga ke dalam kumpulan tersebut.
π± Ibu bapa/penjaga juga dimohon untuk sentiasa alert dan peka sekiranya terdapat sebarang mesej atau makluman daripada guru melalui nombor WhatsApp.
Kerjasama, kesabaran dan perhatian daripada pihak ibu bapa/penjaga amatlah dihargai.
Terima kasih atas kerjasama. π·
Guru Kelas Pramumtaz Sk Taman Johor Jaya 2
(Cg Dayang)
28/07/2026
SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN
Perhatian kepada semua ibubapa, semakan bagi permohonan tahun 1 dan murid prasekolah seperti makluman dibawah:
π Tahun 1 2027: 1 Ogos 2026
π Prasekolah 2027: 5 Ogos 2026
Pra sekolah Mumtaz 6 Tahun
SK Taman Johor Jaya 2: Cikgu Dayang / Puan Rohana
π΅ Aduan IdME
portal: https://aduanmoeis.moe.gov.my/
π’ Aduan ePrasekolah
emel: [email protected]
π₯ SOROTAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2026 βΊ
Alhamdulillah, inilah antara momen-momen indah sepanjang Program Perkhemahan Unit Beruniform yang telah berlangsung pada 25 Julai 2026 (Sabtu) di SK Taman Johor Jaya 2.
Video ini merakamkan semangat kerjasama, disiplin, kepimpinan dan kebersamaan yang dipamerkan oleh setiap peserta sepanjang program. Semoga segala pengalaman, cabaran dan kenangan yang tercipta menjadi bekalan berharga dalam membentuk sahsiah murid yang lebih cemerlang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, jawatankuasa, ibu bapa serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan bagi menjayakan program ini.
27/07/2026
βΊ PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2026 βΊ
Alhamdulillah, Program Perkhemahan Unit Beruniform telah berjaya dilaksanakan pada 25 Julai 2026 (Sabtu) di SK Taman Johor Jaya 2.
Program ini menjadi platform untuk murid mengukuhkan nilai kerjasama, disiplin, kepimpinan dan semangat berpasukan melalui pelbagai aktiviti yang menarik serta mencabar. Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan indah dan membentuk sahsiah murid yang lebih cemerlang.
Terima kasih kepada semua guru, jawatankuasa, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama bagi menjayakan program ini.
LAWATAN SI CILIK KE BALAI BOMBA & PENYELAMAT TEBRAU π
Tarikh & Hari : 22 Julai 2026 | Rabu
Tempat : Balai Bomba & Penyelamat Tebrau
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT TEBRAU
Pelbagai pengalaman dan ilmu baharu yang diperoleh oleh murid-murid melalui lawatan ini. Murid berpeluang mengenali lebih dekat tugas dan tanggungjawab anggota bomba, melihat peralatan serta kenderaan bomba, dan mempelajari asas keselamatan serta tindakan ketika berlaku kecemasan π§―π
Terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan anggota bomba atas sambutan yang mesra, perkongsian ilmu yang bermanfaat dan pengalaman yang sangat bermakna buat murid-murid β€οΈ
22/07/2026
LAWATAN SI CILIK KE BALAI BOMBA & PENYELAMAT TEBRAU π
Tarikh & Hari : 22 Julai 2026 | Rabu
Tempat : Balai Bomba & Penyelamat Tebrau
Pelbagai pengalaman dan ilmu baharu yang diperoleh oleh murid-murid melalui lawatan ini. Murid berpeluang mengenali lebih dekat tugas dan tanggungjawab anggota bomba, melihat peralatan serta kenderaan bomba, dan mempelajari asas keselamatan serta tindakan ketika berlaku kecemasan π§―π
Terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan anggota bomba BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT TEBRAU atas sambutan yang mesra, perkongsian ilmu yang bermanfaat dan pengalaman yang sangat bermakna buat murid-murid β€οΈ
01/07/2026
πΈ Sekitar Majlis Persaraan Cikgu Aziah
Sorotan kenangan indah sepanjang Majlis Persaraan Cikgu Aziah yang penuh dengan penghargaan, doa dan senyuman.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Selamat bersara, Cikgu Aziah. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan. π
Selamat Bersara, Cikgu Aziah. πΉ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat dalam dunia pendidikan.
Semoga persaraan ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan. Terima kasih kerana telah mendidik, membimbing dan menjadi inspirasi buat ramai anak didik serta warga sekolah.
Selamat melangkah ke fasa baharu kehidupan. Semoga Cikgu Aziah sentiasa dikurniakan kebahagiaan, kesejahteraan dan rahmat daripada Allah SWT.
Jasamu dikenang, budimu disanjung. Terima kasih, Cikgu Aziah. π€
| Monday | 09:00 - 16:00 |
| Tuesday | 09:00 - 16:00 |
| Wednesday | 09:00 - 16:00 |
| Thursday | 09:00 - 16:00 |
| Friday | 09:00 - 15:00 |