15/01/2021
Kos perubatan sememangnya sesuatu yang sangat mahal. Ada saja golongan yang kurang berkemampuan tidak mendapatkan rawatan kerana kekurangan wang.
Namun begitu, ada sahaja kos perubatan yang ditanggung oleh pihak kerajaan supaya golongan yang kurang berkemampuan juga boleh menerima rawatan supaya kesihatan mereka turut terjamin.
Apabila kita bercakap mengenai soal kos, perkara pertama yang terlintas di kepala masing-masing adalah soal duit atau wang. Begitu juga dengan kos rawatan penyakit, ia juga tidak lari daripada soal beban kewangan yang perlu ditanggung.
Mungkin ada yang berkata, tidak perlu risau kerana mereka boleh mendapatkan rawatan bagi penyakit-penyakit yang dialami secara percuma daripada klinik-klinik atau hospital-hospital milik kerajaan. Tunggu sebentar! Adakah anda pasti bahawa kesemua rawatan boleh diperoleh secara percuma di fasiliti kesihatan milik kerajaan?
Sebagai contoh, pembedahan pintasan jantung yang dilakukan di hospital kerajaan sememangnya lebih murah, iaitu 20 kali ganda lebih murah berbanding kos rawatan di hospital swasta.
Walaupun begitu, kos sebanyak RM4,000 di hospital kerajaan ini masih dianggap mahal terutamanya bagi anggota masyarakat yang berpendapatan rendah. Begitu juga dengan kos rawatan strok yang berjumlah RM4,000 ke atas di hospital kerajaan, manakala sekitar RM40,000 hingga RM80,000 diperlukan jika menjalani rawatan di hospital swasta.
Mengapa terdapatnya perbezaan kos yang begitu besar antara hospital kerajaan dan swasta?
Anda pasti tahu mengapa servis rawatan di hospital kerajaan adalah lebih murah. Ya, kerana ia telah disubsidi oleh Kerajaan Malaysia.
Walau bagaimanapun, anda juga perlu tahu kos rawatan di hospital swasta lebih mahal kerana pada kebiasaannya, mereka menyediakan servis perkhidmatan dengan kualiti yang lebih baik. Tetapi ia tidak bermaksud bahawa rawatan perubatan di hospital kerajaan adalah kurang bagus.
Terdapat dua perbezaan yang paling jelas antara hospital kerajaan dan juga swasta iaitu, penjagaan pesakit dan pelawat serta waktu menunggu untuk mendapatkan rawatan.
Selain itu, jika anda berkunjung ke hospital atau pusat perubatan swasta, anda boleh melihat kepada persekitaran yang lebih selesa dan mewah, pilihan makanan yang lebih enak dan berkualiti tinggi selain jenis ubat-ubatan yang digunakan. Anda juga boleh mendapatkan bilik peribadi yang lebih privasi dan selesa.
Walaupun perkhidmatan yang disediakan di hospital kerajaan tidak semewah seperti di hospital swasta, kualiti servis rawatan yang diberikan sebenarnya adalah sama tinggi.
Hanya disebabkan caj yang lebih murah dan berpatutan, ramai yang lebih gemar ke hospital milik kerajaan berbanding swasta melainkan anda dilindungi dengan insurans perubatan.
Apa pun tepuk dada tanya selera.
Perkhidmatan mana yang anda perlukan untuk keselesaan seperti yang dinyatakan di atas. Selain, tidak perlu menunggu masa lama untuk dapatkan rawatan atau pembedahan dengan segera.
Jika anda perlukan insuran atau kad perubatan, sila mohon dengan segera sementara anda sihat kerana setelah anda mengalami penyakit kronik syarikat insurans atau takaful mana pun akan menolak permohonan anda.
Nak dapatkan 'quotation' percuma?
Hubungi ejen takaful di bawah :
+60127803123
Muaz Muhammad
Atau tekan link di bawah :
https://wa.link/vsn3vx
https://wa.link/vsn3vx
https://wa.link/vsn3vx