SMK Seri Perling

SMK Seri Perling SEJARAH SEKOLAH
SMK Seri Perling, Johor Bahru mula ditubuhkan pada 1 Januari 1995.

28/08/2026

🇲🇾 SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN 2026 🇲🇾

Semarakkan jiwa patriotik dan kibarkan Jalur Gemilang! ❤️🤍💙💛

📅 26 Ogos 2026
🏫 SMK Seri Perling
🎥 Saksikan kemeriahan Sambutan Ambang Kemerdekaan yang menghimpunkan warga sekolah dalam suasana penuh semangat, kebersamaan dan cinta akan tanah air.

Malaysia MADANI 🇲🇾
Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera!

PENGUMUMAN CUTI SEKOLAHCUTI PENGGAL 2 TAHUN 2026Bermula 29.08.2026 - 06.09.2026Sesi Perseskolahan akan bersambung semula...
28/08/2026

PENGUMUMAN CUTI SEKOLAH
CUTI PENGGAL 2 TAHUN 2026
Bermula 29.08.2026 - 06.09.2026
Sesi Perseskolahan akan bersambung semula pada hari Isnin, 07/09/2026

27/08/2026
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS 2026 Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya meraih markah tertinggi bagi kelas masing‑mas...
27/08/2026

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS 2026

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya meraih markah tertinggi bagi kelas masing‑masing. Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih, disiplin dan komitmen yang berterusan.

Panitia Sains merakamkan setinggi‑tinggi penghargaan kepada semua cg Sains SMK Seri Perling, khususnya cg Tingkatan 5, atas bimbingan penuh dedikasi. Semoga cg sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah.

Pelajar diharapkan dapat mengekalkan momentum kejayaan ini. Teruskan usaha, tingkatkan fokus, dan jangan mudah berputus asa. Setiap pencapaian hari ini adalah langkah menuju kecemerlangan masa depan.

Panitia Sains percaya bahawa dengan semangat belajar yang konsisten, pelajar mampu mencapai keputusan yang cemerlang, demi harapan sekolah dan negara.

📢 JANGAN LUPA MENGUNDI ESOK! 🗳️✨Debaran kian terasa! 🔥Esok merupakan Hari Pemilihan Ketua Pengawas & Exco Tertinggi Peng...
20/08/2026

📢 JANGAN LUPA MENGUNDI ESOK! 🗳️✨

Debaran kian terasa! 🔥
Esok merupakan Hari Pemilihan Ketua Pengawas & Exco Tertinggi Pengawas 2027.

Kenali calon-calon yang bertanding dan buatlah pilihan anda dengan bijak. 💪🏻

🗳️ Jangan lupa mengundi!
⭐ Satu undi anda menentukan kepimpinan Pengawas 2027!

Inilah calon-calon Ketua Pengawas dan Exco Tertinggi Pengawas bagi tahun 2027.

Pilih dengan bijak. Pilih pemimpin yang terbaik! 💛

📢 HEBAHAN PILIHANRAYA PENGAWAS 2027 🗳️✨Assalamualaikum dan salam sejahtera warga SMK Seri Perling 💙❤️💛📣 PILIHANRAYA PENG...
18/08/2026

📢 HEBAHAN PILIHANRAYA PENGAWAS 2027 🗳️✨

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga SMK Seri Perling 💙❤️💛

📣 PILIHANRAYA PENGAWAS TAHUN 2027 bakal berlangsung!

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian:

📅 13 – 14 Ogos 2026
📢 KEMPEN CALON

📅 17 Ogos 2026
🎤 HARI MANIFESTO CALON KETUA PENGAWAS DAN EXCO TERTINGGI PENGAWAS 2027

📅 21 Ogos 2027
🗳️ HARI MENGUNDI CALON KETUA PENGAWAS DAN EXCO TERTINGGI PENGAWAS 2027

✨ Ayuh sama-sama kita jayakan Pilihanraya Pengawas 2027 dan pilih pemimpin yang berwibawa, bertanggungjawab serta mampu membawa suara dan kebajikan warga sekolah.

“PILIH DENGAN BIJAK, PIMPIN DENGAN AMANAH!” 💙💛❤️

📌 Ikuti hebahan seterusnya daripada Lembaga Pengawas SMK Seri Perling untuk maklumat berkaitan calon, manifesto dan proses pengundian.

LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI PERLING
BerTeknologi • Berwawasan ✨

Address

Jalan Undan 8 Taman Perling
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Seri Perling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Seri Perling:

Shortcuts

Share

Category