SMK Taman Bukit Indah

SMK Taman Bukit Indah

Share

Laman rasmi SMK Taman Bukit Indah

25/08/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H βœ¨πŸŒ™

بِسْمِ اللهِ Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ω

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh warga SMK Taman Bukit Indah.

Marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan dan keperibadian mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan menjadikan akhlak Baginda sebagai contoh dan pedoman dalam kehidupan.

🀍 Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur, serta menjadi inspirasi untuk membentuk insan yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.

🌹 β€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.”
(Surah Al-Ahzab: 21)

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada
Tn. Mat Sabri bin Hashim, Pengetua
serta seluruh warga SMK Taman Bukit Indah.

Photos from SMK Taman Bukit Indah's post 21/08/2026

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†

Sekalung tahniah diucapkan kepada para atlet SMK Taman Bukit Indah atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Sepak Takraw NSTDP 2026! πŸπŸ‘

πŸ₯‡ JOHAN LELAKI BAWAH 16 TAHUN

Muhd Afif Hakimi bin Jailani – 3 Teratai
Nufaiel Baziel bin Sazali – 3 Cempaka

πŸ… KEEMPAT PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN

Nur Qaseh Suci binti Abdullah – 3 Rose

Tahniah atas usaha, semangat juang dan komitmen yang telah ditunjukkan! πŸ’ͺπŸ”₯

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang sukan dan mengharumkan nama SMK Taman Bukit Indah. 🌟

SMKTBI Strive For Excellence! πŸ’™πŸ’›

21/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Suasana penuh semangat patriotik mewarnai **Sesi Petang SMK Taman Bukit Indah** menerusi Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia 2026 yang telah berlangsung pada:

πŸ“… 17 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ 5.35 petang
πŸ“ Dataran Semarak

Program turut diserikan dengan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum (Kadet Bomba) serta Penyampaian Sijil dan Medal Olahraga MSSD kepada para murid yang telah mengharumkan nama sekolah. πŸ…πŸ‘

Semoga semangat Malaysia MADANI, cinta akan negara dan kecemerlangan dalam kokurikulum terus subur dalam diri setiap warga SMK Taman Bukit Indah.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Keluarga Malaysia, Teguh Bersama!
β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›








Photos from SMK Taman Bukit Indah's post 19/08/2026

πŸ“£ πŸ“£ πŸ“£ πŸ“£πŸ“£
πŸŽ™ PROGRAM MADANI KITA @ JOHOR BAHRU 2026
(PMK SKUDAI)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Orang ramai dijemput hadir ke Reruai Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) seperti ketetapan berikut:

πŸ—“ 22 Ogos 2026, Sabtu.
⏰9.00 pagi hingga 6.00 petang
πŸ“ Dewan Raya Taman Desa Skudai, Johor Bahru, Johor

Antara perkhidmatan yang disediakan:

πŸ“Œ Salinan Keputusan Peperiksaan – RM10.00 (Promosi 100 permohonan terawal)
SPM
SPMU
STAM
SVM
MCE
PMR
SRP
LCE

πŸ“Œ Tampalan Sijil SPM – RM100.00

πŸ“Œ Terjemahan Salinan Keputusan/Sijil daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris – RM10.00

πŸ› Promosi khas Salinan Keputusan Peperiksaan atau Terjemahan Sijil hanya RM10.00 bagi 100 permohonan terawal, berbanding kadar biasa RM30.00.

Salinan keputusan dijangka dapat dikeluarkan pada hari yang sama selepas bayaran dibuat, tertakluk kepada semakan dan kelulusan Lembaga Peperiksaan.

πŸ†“ Rebut peluang ini untuk mendapatkan perkhidmatan secara terus di lokasi program tanpa perlu hadir ke Lembaga Peperiksaan, Putrajaya.

17/08/2026

πŸ“Ί PENERIMAAN SUMBANGAN LCD DEWAN SRI INDAH

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Puan Kartiyaini a/p Jeyapalan, ADUN Skudai atas sumbangan LCD untuk Dewan Sri Indah, SMK Taman Bukit Indah.

Sumbangan ini amat bermakna dalam usaha meningkatkan kemudahan dewan serta menyokong pelaksanaan program, majlis dan pelbagai aktiviti sekolah dengan lebih berkesan.

Semoga segala jasa, keprihatinan dan sokongan yang diberikan kepada warga SMK Taman Bukit Indah terus menjadi pemangkin dalam menyediakan persekitaran pendidikan yang lebih kondusif dan berkualiti.

Terima kasih YB Cik Kartiyani atas keprihatinan dan sokongan kepada warga SMKTBI. πŸ’





17/08/2026

🌿 PROGRAM PEMBERSIHAN SUNGAI SKUDAI 🌿

Program Pembersihan Sungai Skudai telah berlangsung dengan penuh semangat dan kerjasama warga SMK Taman Bukit Indah. πŸ’ͺ🌱

Program ini memberi peluang kepada para murid untuk bersama-sama menjaga kebersihan sungai, memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar serta mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.

πŸ“… Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Sungai Skudai

Tahniah dan syabas kepada semua murid serta guru yang telah berganding bahu menjayakan aktiviti ini. Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar dalam membentuk generasi yang prihatin, bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar. πŸ’š

β€œSungai Bersih, Komuniti Sihat, Alam Terpelihara!” πŸŒπŸ’§

Photos from SMK Taman Bukit Indah's post 14/08/2026

✨ HARI KEUSAHAWANAN & KARNIVAL 1M1S SMK TAMAN BUKIT INDAH ✨

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

πŸŽͺ Meriah! Meriah! Meriah! πŸŽͺ

Warga SMK Taman Bukit Indah (SMKTBI) dan ibu bapa dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan Hari Keusahawanan dan Karnival 1M1S SMK Taman Bukit Indah! πŸ₯³

Pelbagai aktiviti menarik, gerai jualan dan program yang pastinya menceriakan suasana sekolah telah disediakan untuk semua pengunjung. πŸ›οΈπŸ”πŸŽ―πŸ†

Program ini bukan sahaja memberi ruang kepada murid untuk mencungkil bakat dan kreativiti dalam bidang keusahawanan, malah turut memupuk nilai kerjasama, kepimpinan, komunikasi, kreativiti dan semangat kesukanan dalam kalangan murid.

πŸ“£ Perhatian kepada semua murid:
Murid sesi pagi dan petang diminta hadir sebelum jam 7.20 pagi seperti waktu persekolahan biasa. Kehadiran akan diambil.

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Murid dibenarkan pulang bersama ibu bapa selepas selesai aktiviti.

πŸ… Penglibatan murid dalam program ini turut dikira sebagai markah PAJSK.

πŸ‘• Etika pemakaian:
πŸ”Ή Guru – Baju Sukan 2026
πŸ”Ή Murid – Baju KRMJ

Ayuh kita bersama-sama menjadikan Hari Keusahawanan dan Karnival 1M1S SMKTBI lebih meriah, ceria dan bermakna! πŸ’ͺ✨

Jom datang, sokong dan meriahkan usaha anak-anak SMKTBI! β€οΈπŸ’™








Photos from SMK Taman Bukit Indah's post 13/08/2026

πŸ“’πŸ“’ MAKLUMAN BUAT BEKAS-BEKAS PELAJAR SMK TAMAN BUKIT INDAH YANG KEHILANGAN SIJIL SPM

πŸ“£ PROGRAM MADANI KITA [PMK] 2026

Orang ramai yang kehilangan sijil atau memerlukan salinan keputusan peperiksaan dijemput hadir ke Reruai Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia seperti ketetapan berikut :

πŸ—“ Tarikh : 16 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ Masa : 7.00 pagi hingga 5.00 petang
🏒 Tempat : Dewan Kampung Melayu Majidee, Jalan Merdeka, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Antara perkhidmatan yang disediakan :

πŸ”€ Salinan keputusan peperiksaan – RM10.00 > SPM | SPMU | STAM | SVM | MCE | PMR | SRP | LCE
πŸ”€ Tampalan Sijil SPM – RM100.00
πŸ”€ Terjemahan Sijil Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris – RM10.00
πŸ”– Promosi khas salinan keputusan bagi 100 orang terawal hanya RM10.00 berbanding kadar biasa RM30.00.
πŸ”– Salinan dijangka boleh dikeluarkan terus selepas bayaran dibuat, tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak Lembaga Peperiksaan.
✨ Rebut peluang ini untuk mendapatkan perkhidmatan secara terus di lokasi program tanpa perlu hadir ke Lembaga Peperiksaan, Putrajaya.
Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita

05/08/2026

πŸŽ“βœ¨ PROGRAM HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS TINGKATAN 3 βœ¨πŸŽ“

Ke mana arah selepas Tingkatan 3? πŸ€”
Setiap pilihan hari ini adalah langkah penting dalam membina masa depan.

Program Halatuju Pendidikan Selepas Tingkatan 3 diadakan bagi memberi pendedahan dan panduan kepada murid tentang pelbagai pilihan laluan pendidikan serta membantu mereka membuat perancangan yang lebih jelas dan sesuai dengan minat serta potensi diri.

πŸ“… Tarikh: 5 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 11.35 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan

Semoga program ini dapat membuka minda, memberi inspirasi dan membantu murid membuat pilihan terbaik untuk perjalanan pendidikan mereka. 🌟

Meneroka pilihan, menentukan hala tuju, merealisasikan impian.
πŸ’™πŸ’› Masa depan bermula hari ini!

Photos from SMK Taman Bukit Indah's post 04/08/2026

πŸŽ“ SELAMAT DATANG GURU PRAKTIKAL KE SMK TAMAN BUKIT INDAH

Warga SMK Taman Bukit Indah dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran tiga orang guru praktikal yang akan menjalani latihan mengajar dan menimba pengalaman sebagai pendidik bersama warga sekolah.

🌷 Nur Amira Eliana binti Abd Halim
πŸ“š Sejarah & Pendidikan Seni Visual (PSV)

🌷 Sharifah Nasihah binti Syed Abd Nasir
🌏 Geografi & Pendidikan Moral (PM)

🌷 Nur Najwa Izzati binti Mustaffa Kamal
πŸ“– Pendidikan Islam (PI) & Sains

Semoga sepanjang menjalani latihan mengajar di SMK Taman Bukit Indah, para guru praktikal dapat memperoleh pengalaman yang bermakna, memperkukuh kemahiran profesional serta terus menyemai semangat dan kecintaan terhadap profesion keguruan.

Selamat menjalani latihan mengajar dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SMK Taman Bukit Indah. πŸ’






Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Persiaran Indah Utama, Taman Bukit Indah
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30