24/08/2026
โจ SEKALUNG TAHNIAH โจ
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, atas pengurniaan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Pengurniaan ini bersempena Hari Ulang Tahun Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Semoga pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat untuk terus memimpin dan memperkasa pendidikan negara demi masa depan anak-anak Malaysia. ๐ฒ๐พ๐
Ikhlas daripada Barisan Pentadbiran, Guru dan Staf Sokongan SK Tasek Utara (SRBJ)
24/08/2026
๐โจ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M โจ๐
25 Ogos 2026 | Selasa
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ๐ค
ุงููููููู
ูู ุตูููู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู
ูุนูููู
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati perjuangan, akhlak mulia dan kasih sayang Rasulullah SAW, serta menjadikan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.
Semoga kita semua dikurniakan keberkatan, ketenangan dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. ๐คฒ๐ป
โSalam Maulidur Rasul daripada seluruh warga SK Tasek Utara (SRBJ).โ ๐น
21/08/2026
๐ฒ๐พ AYUH BERSAMA, KITA SOKONG WAN HARRIZ KE ITALI! ๐ฎ๐น
Alhamdulillah, Wan Harriz Bin Wan Abdul Qayyum, murid Kelas 4 Sapphire, SK Tasek Utara telah berjaya melakar kejayaan dengan mendapat Tempat Pertama di Play-Off Qualifier Round dan seterusnya melayakkan diri ke World Final Round Hippo The Contest 2026 di Spoleto, Itali pada 28 September โ 1 Oktober 2026. ๐๐
Kini, satu lagi langkah besar menanti. โค๏ธ
Kami sedang berusaha mengumpulkan dana sebanyak RM22,000 bagi membantu menampung kos perjalanan dan penyertaan Wan Harriz ke peringkat dunia.
๐คฒ Seikhlas hati, kami memohon sokongan dan sumbangan daripada semua.
Tidak kira besar atau kecil nilainya, setiap sumbangan amat bermakna dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Wan Harriz untuk membawa nama Malaysia, Johor dan STARSEK ke pentas antarabangsa. ๐ฒ๐พ๐โค๏ธ
โจ Your support can make his dream a reality.
โจ One child. One dream. One journey to the world stage
19/08/2026
On your special day, we hope you are surrounded by love, smiles, and positive energy. May the year ahead be full of new opportunities and unforgettable memories. Have a fantastic birthday!๐
14/08/2026
๐น DIRGAHAYU TUANKU ๐น
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda pada 14 Ogos 2026, bersamaan 1 Rabiulawal 1448H.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia Seri Paduka Baginda, mengurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta keberkatan yang berpanjangan dalam memayungi rakyat dan negara tercinta. ๐๐ฒ๐พ
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Sembah takzim daripada
Guru Besar, Barisan Pentadbiran, Guru-guru serta Warga SK Tasek Utara
(Sekolah Rintis Bangsa Johor)
14/08/2026
TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN๐น
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Zulkurnain Abdul Rahman, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, atas kesudian hadir ke SK Tasek Utara pada pagi tadi.
Kehadiran tuan amat bermakna kepada seluruh warga sekolah, khususnya apabila tuan berkesempatan melihat sendiri aspek keselamatan sekolah, menyampaikan arahan penempatan, serta sesi dan temu bual bersama Fulbright Bridge, Amerika Syarikat.
Warga SK Tasek Utara turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian tuan menyantuni anak-anak murid, beramah mesra bersama warga sekolah serta meluangkan masa untuk bersama-sama dalam Program Bacaan Yasin dan Hadis 40.
Sesungguhnya kehadiran dan perhatian tuan menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak bangsa.
Semoga Tuan Pengarah terus memimpin Pendidikan Negeri Johor dengan penuh kebijaksanaan, integriti dan kecemerlangan demi melonjakkan prestasi pendidikan negeri ke tahap yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekian, terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan serta keprihatinan tuan.
Daripada
Guru Besar dan
seluruh warga
SK Tasek Utara, Johor Bahru.
( Sekolah Rintis Bangsa Johor)
13/08/2026
๐โจ TAHNIAH & SYABAS! โจ๐
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasukan SK Tasek Utara atas kejayaan meraih TEMPAT KETIGA ๐ฅ dalam STEM Talent Show Sekolah Rendah sempena Karnival STEM Negeri Johor 2026! ๐๐ฌ๐งช
Kejayaan ini adalah hasil kreativiti, inovasi, kerja berpasukan dan komitmen yang luar biasa daripada murid-murid serta guru pembimbing. ๐๐
Syabas kepada seluruh peserta, guru pembimbing dan semua yang terlibat. Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dan jadikan kejayaan ini sebagai inspirasi untuk mencipta lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan! ๐
SK Tasek Utara โ terus mencipta, terus menginspirasi! ๐๐