01/05/2026
🌟 Selamat Hari Pekerja 🌟
1 Mei 2026
Tadika Al Ummah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja yang telah berusaha gigih dalam membina keluarga, masyarakat dan negara 💪
Setiap usaha, sekecil mana pun, adalah langkah besar menuju masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita 🌱
Terima kasih kepada ibu bapa dan warga pendidik yang sentiasa komited mendidik generasi pewaris ummah ❤️
24/04/2026
Alhamdulillah🤲🏼
Pada minggu lepas Tadika Al Ummah telah menjalankan Majlis Santai Raya bersama warga Al Ummah❤️
Terima kasih semua untuk sambutan yang sangat meriah dan menarik😁
Terima kasih juga untuk ibu bapa yang menyumbangkan makanan untuk dinikmati bersama☺️
Jumpa lagi Raya lain kali inshaaAllah☺️🙌🏽
18/02/2026
🌙 SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 🌙
Ramadhan hadir membawa keberkatan, keampunan dan rahmat daripada Allah SWT. Semoga bulan mulia ini mendidik kita semua untuk lebih bersabar, bersyukur dan memperbanyakkan amalan kebaikan.
Didoakan agar Ramadhan kali ini memberi ketenangan hati, mempererat kasih sayang serta menjadi medan tarbiah buat anak-anak untuk mengenal erti ibadah dan akhlak mulia.
✨ Selamat berpuasa, semoga segala amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah SWT. ✨
🤍 Ramadhan Kareem 🤍
31/12/2025
🌙✨ Selamat Tahun Baru 2026 ✨🌙
Seluruh warga Tadika Al Ummah merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru 2026 kepada para ibu bapa, guru-guru serta anak-anak murid yang dihormati dan dikasihi.
Semoga tahun baharu ini menjadi lembaran yang lebih baik, dipenuhi keberkatan, kesihatan, dan kemajuan dalam pendidikan serta pembentukan sahsiah anak-anak.
🎓 Kepada anak-anak berusia 6 tahun sesi 2025,
selamat melangkah ke alam sekolah rendah. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi asas kukuh dalam membina jati diri, disiplin dan kecintaan terhadap pembelajaran sepanjang hayat.
🤍 Kepada anak-anak berusia 4 dan 5 tahun sesi 2025,
kami menantikan pertemuan kembali dengan penuh harapan agar proses pembelajaran dapat diteruskan dalam suasana yang kondusif, menyeronokkan dan berteraskan nilai-nilai murni.
🌱 Kepada pelajar baharu sesi 2026,
selamat datang ke Tadika Al Ummah. Semoga pengalaman awal pendidikan ini menjadi langkah permulaan yang bermakna dalam membentuk insan berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Akhir kata, semoga tahun 2026 membawa kemajuan yang berterusan dalam usaha kita bersama mendidik generasi masa hadapan yang seimbang dari aspek ilmu, akhlak dan sahsiah.
10/12/2025
Sesi Pendaftaran masih berjalan ya parents!
TikTok · TADIKA AL UMMAH JOHOR BAHRU
1198 likes, 9 comments. “A day In Tadika Al Ummah. Little Hands, big dreams.✨”
14/11/2025
imbas balik aktiviti menarik yang dilakukan setiap tahun oleh anak anak Tadika Al Ummah - Cef Cilik!
Anak-anak comel kami menjalani pengalaman menjadi Cef Cilik! Dengan topi chef kecil dan semangat yang besar, mereka belajar menyediakan hidangan mudah sambil mengenali bahan-bahan masakan.
Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu meningkatkan kemahiran motor halus, kreativiti, keyakinan diri dan kerjasama antara rakan. Terima kasih kepada semua guru yang membimbing dengan penuh sabar dan kasih sayang. ❤️
Anak-anak sangat seronok — siap ada yang kata nak jadi chef betul bila besar nanti! 👩🍳👨🍳✨
_______________________________________
ibu ayah yang masih mencari tadika untuk anak anak, jom daftarkan anak anak ke Tadika Al Ummah sekarang!
Daftar cepat sebelum tempat penuh!
hubungi kami di 013-7449313 (En. Azri) / 017-2159060 (En. Farhan)
Atau tekan link berikut: https://wa.link/eb7yg3
04/11/2025
🎈 Yeay! Pendaftaran Tadika Al Ummah 2026 Dah Dibuka! 🎈
Ibu ayah, jom daftarkan si comel anda untuk tahun depan!
Di Tadika Al Ummah, belajar jadi seronok, bermakna dan penuh nilai Islamik.
📚 Belajar + Bermain + Berakhlak = Anak Gembira & Cemerlang!
🌼 Aktiviti interaktif & kreatif setiap hari
🌙 Asas ibadah & doa harian
💖 Guru-guru penyayang & mesra anak-anak
📅 Sesi baru bermula Januari 2026!
📞 Daftar cepat sebelum tempat penuh!
hubungi kami di 013-7449313 (En. Azri) / 017-2159060 (En. Farhan)
Atau teka link berikut: https://wa.link/eb7yg3
11/10/2025
🎈 Yeay! Pendaftaran Tadika Al Ummah 2026 Dah Dibuka! 🎈
Ibu ayah, jom daftarkan si comel anda untuk tahun depan!
Di Tadika Al Ummah, belajar jadi seronok, bermakna dan penuh nilai Islamik.
📚 Belajar + Bermain + Berakhlak = Anak Gembira & Cemerlang!
🌼 Aktiviti interaktif & kreatif setiap hari
🌙 Asas ibadah & doa harian
💖 Guru-guru penyayang & mesra anak-anak
📅 Sesi baru bermula Januari 2026!
📞 Daftar cepat sebelum tempat penuh!
hubungi kami di 013-7449313 (En. Azri) / 017-2159060 (En. Farhan)
Atau teka link berikut: https://wa.link/eb7yg3
09/10/2025
🌸 Hari Perjumpaan Tadika Al Ummah 🌸
Setiap langkah kecil anak-anak kita hari ini adalah hasil doa, sokongan dan kasih sayang yang tidak ternilai dari ibu bapa tercinta.
Terima kasih kerana sentiasa mempercayai kami, bersama-sama mendidik generasi kecil ini dengan sabar, kasih dan doa yang tidak putus.
Perjumpaan ini bukan sekadar bertemu mata, tetapi satu ikatan hati—antara guru dan ibu bapa, demi masa depan anak-anak kita.
Semoga setiap ilmu yang mereka pelajari menjadi cahaya, dan setiap kebaikan yang ditanam hari ini menjadi bekal sepanjang perjalanan hidup mereka.
✨ Terima kasih, ibu bapa Tadika Al Ummah. Anda adalah tulang belakang dan sumber kekuatan kami. ✨