31/05/2026
🔙✨ FLASHBACK | Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-26 (2026)
Masih segar dalam ingatan kemeriahan yang tercipta pada 25 April 2026 di SK Taman Molek 💙
Terima kasih kepada YB Tuan Haji Hassan Abdul Karim atas kesudian merasmikan program ini, serta Tuan Haji Jumat bin Jaffar selaku Yang Di Pertua PIBG SK Taman Molek atas sokongan dan komitmen yang diberikan.
Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung, antaranya jualan makanan, jualan buku, kaunter bayaran PIBG, penyampaian hadiah kepada murid yang mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan, sumbangan YAPEIM kepada murid yang layak serta cabutan bertuah yang menceriakan suasana 🎉🎁
Kenangan indah, kerjasama erat dan semangat kebersamaan yang dipamerkan oleh warga sekolah serta ibu bapa menjadi bukti bahawa kejayaan sesebuah sekolah lahir daripada sokongan semua pihak.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat ini terus mekar demi kecemerlangan SK Taman Molek ❤️✨