SK P Bandar Tinggi, Johor Bahru

SK P Bandar Tinggi, Johor Bahru

Share

Perkongsian aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bumi SEpBATI

22/08/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nur Hadirah Safiah binti Muhammad Sabree atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas (MSSJ) Negeri Johor Kali Ke-24! β€οΈπŸ’™

πŸ₯‡ 4 Γ— 100M BDP12 β€” EMAS
πŸ₯ˆ 4 Γ— 200M BDP12 β€” PERAK
πŸ₯‰ 200M BDP12 β€” GANGSA

πŸ“… 17 – 20 Ogos 2026
πŸ“ SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Tiga pingat, satu kejayaan yang membanggakan! 🌟
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk Hadirah terus melangkah lebih jauh, terus berusaha dan menggapai impian.

Syabas Hadirah! Kami bangga denganmu! β€οΈπŸ†

Photos from SK P Bandar Tinggi, Johor Bahru's post 18/08/2026

πŸ†βœ¨ ANUGERAH KEHADIRAN PENUH PENGGAL 1 | JANUARI – JUN 2026 βœ¨πŸ†

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada anak-anak SK (P) Bandar Tinggi (SEpBATI) yang berjaya mencapai 100% kehadiran sepanjang bulan Januari hingga Jun 2026. πŸ‘πŸ»πŸ“š

Kehadiran penuh bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan disiplin, komitmen dan kesungguhan anak-anak dalam menuntut ilmu. 🌟

Namun, di sebalik setiap anak yang hadir ke sekolah setiap hari, ada ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberi sokongan, dorongan serta memastikan anak-anak hadir ke sekolah tanpa gagal. ❀️

Sebagai tanda penghargaan, pihak sekolah turut menyampaikan Sijil Penghargaan Ibu Bapa Komited kepada ibu bapa/penjaga yang telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam memastikan kehadiran anak-anak sepanjang Penggal 1. πŸŒ·πŸ†

Tahniah anak-anak!
Terima kasih dan syabas buat ibu ayah! ❀️

Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mengekalkan disiplin, kehadiran dan kecemerlangan pada masa akan datang. ✨

πŸŽ₯
https://vt.tiktok.com/ZSVhBCMmj/

29/07/2026

🌟 Tahniah & Syabas! 🌟

Warga SK (P) Bandar Tinggi, Johor Bahru mengucapkan tahniah kepada Nur Hadirah Safiah Binti Muhammad Sabree atas kejayaan terpilih mewakili Daerah Johor Bahru ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Johor Bahru 2026 seterusnya layak bertanding ke peringkat MSSJ.

Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah serta daerah. Kami bangga dengan anda! πŸ’™πŸ’›β€οΈ

Photos from SK P Bandar Tinggi, Johor Bahru's post 20/07/2026

πŸ“’ Makluman Analisa Kehadiran Bulan Mei & Jun 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan anak-anak hadir ke sekolah sepanjang bulan Mei dan Jun 2026.

πŸ† Tahniah kepada kelas yang mencatat peratus kehadiran tertinggi:

πŸ“… Bulan Mei 2026
πŸ“š Tahap 1
πŸ₯‡ Kelas 2 Arif – 91.23%
πŸ“š Tahap 2
πŸ₯‡ Kelas 4 Arif – 93.33%

πŸ“… Bulan Jun 2026
πŸ“š Tahap 1
πŸ₯‡ Kelas 2 Arif – 86.18%
πŸ“š Tahap 2
πŸ₯‡ Kelas 5 Arif – 94.81%

πŸ‘ Syabas dan tahniah kepada semua murid, guru kelas serta ibu bapa yang sentiasa memberikan komitmen dalam memastikan kehadiran murid ke sekolah.

🎯 Sasaran kehadiran sekolah adalah melebihi 95%. Bagi kelas yang masih belum mencapai sasaran tersebut, pihak sekolah berharap ibu bapa dan penjaga dapat terus memberikan sokongan dengan memastikan anak-anak hadir ke sekolah secara konsisten, kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

πŸ“– Kehadiran yang baik membantu murid mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan, membentuk disiplin diri serta meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua ibu bapa dan penjaga dalam memastikan kecemerlangan anak-anak.

Sekian, terima kasih.
Unit Hal Ehwal Murid (HEM).

20/07/2026

MAKLUMAN CUTI UMUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa SK (P) Bandar Tinggi akan bercuti pada Selasa, 21 Julai 2026 sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar, iaitu cuti umum bagi Negeri Johor.

πŸ“… Tarikh: 21 Julai 2026 (Selasa)

Sesi persekolahan akan disambung semula seperti biasa pada Rabu, 22 Julai 2026.

Semoga warga sekolah memanfaatkan cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah serta sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga.

16/06/2026

πŸŒ™ MAKLUMAN CUTI UMUM AWAL MUHARRAM 1448H / 2026M πŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa SK (P) Bandar Tinggi akan bercuti pada:

πŸ“… 17 Jun 2026 (Rabu)
bersempena sambutan Awal Muharram 1448H, iaitu permulaan tahun baharu dalam kalendar Hijrah.

Semua murid akan bermula sekolah semula pada hari Khamis (18 Jun 2026)

Selamat menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh warga SK (P) Bandar Tinggi.

Photos from SK P Bandar Tinggi, Johor Bahru's post 13/06/2026

πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈπŸ… KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-51 πŸ…πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ

Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-51 yang berlangsung pada Sabtu, 13 Jun 2026.

Tahniah dan syabas kepada semua atlet yang telah mempamerkan semangat juang, disiplin dan kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Terima kasih juga kepada guru-guru, ibu bapa serta seluruh warga sekolah yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama.

πŸ†πŸ”₯ Alpha Blaze 🧑 sekali lagi dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN dan berjaya mempertahankan kejuaraan sebagai JUARA BERTAHAN! πŸ”₯πŸ†

Terima kasih kepada semua atlet, guru, ibu bapa dan penyokong yang telah bersama-sama merealisasikan kejayaan ini.

πŸ“Έ Antara momen-momen indah yang sempat dirakam sepanjang Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-51.



12/06/2026

πŸ“’ *KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-51*πŸ“’

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-51 SK (P) Bandar Tinggi akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
πŸ•’ Masa: 7.30 pagi
πŸ“ Tempat: Arena Sukan SMKBBU

πŸ“Œ *Peringatan Penting*:
1️⃣ Murid perlu membawa air minuman secukupnya.

2️⃣ Murid digalakkan membawa kipas tangan.

3️⃣ Ibu Bapa diingatkan *Tidak* meletakkan kereta dalam kawasan sekolah SMK Bandar Baru Uda.

Kehadiran dan kerjasama semua murid amatlah diharapkan bagi memeriahkan kejohanan ini.

Sekian, terima kasih.
"Bersatu β€’ Berusaha β€’ Berjaya" πŸ†βœ¨

Photos from SK P Bandar Tinggi, Johor Bahru's post 06/06/2026

πŸ“Š ANALISIS KEHADIRAN 2026 πŸ“Š

β€œDisiplin Hari Ini, Kejayaan Esok Hari” ✨

Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru atas usaha meningkatkan kehadiran ke sekolah sepanjang tahun 2026 πŸ‘πŸ»

πŸ† Kelas yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam kehadiran bulanan:
πŸ₯‡ 3 ARIF
πŸ₯ˆ 4 ARIF

Teruskan semangat hadir ke sekolah setiap hari kerana kehadiran yang konsisten melahirkan murid yang berdisiplin, cemerlang dan berjaya πŸ’ͺπŸ»πŸ“š

🎯 Sasaran Kehadiran Sekolah:
βœ… Melebihi 95%

Ayuh bersama-sama ibu bapa, guru dan murid berganding bahu memastikan kehadiran ke sekolah terus meningkat demi kecemerlangan anak-anak SKPBT 🌟




22/05/2026

πŸ“šβœ¨ CUTI SEKOLAH SK (P) BANDAR TINGGIl βœ¨πŸ“š

Selamat bercuti kepada semua murid SK (P) Bandar Tinggi! 🌸
Gunakan masa cuti sekolah dengan sebaiknya untuk berehat, membantu ibu bapa serta mengulang kaji pelajaran.

πŸ—“οΈ Cuti sekolah bermula 23 Mei hingga 7 Jun 2026

πŸ“– Murid juga diminta membuat ulang kaji dan persediaan awal sepanjang cuti sekolah sebagai persiapan menghadapi Pentaksiran Bertulis PBD yang akan berlangsung pada:

πŸ“ 29 Jun hingga 3 Julai 2026

πŸ’‘ β€œ_Pelajaran Cahaya Kebahagiaan_”

Semoga semua murid terus bersemangat, berdisiplin dan kembali ke sekolah dengan lebih bersedia serta cemerlang! 🌟

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tinggi, JKR 682, Jalan Abdul Rahman Andak
Johor Bahru
80100

Opening Hours

Monday 07:30 - 15:30
Tuesday 07:30 - 15:30
Wednesday 07:30 - 15:30
Thursday 07:30 - 15:30
Sunday 07:30 - 15:30