School of Undergraduate Studies

School of Undergraduate Studies

Share

"Future Oriented High Quality Graduate"

Photos from School of Undergraduate Studies's post 07/08/2026

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KULIAH KERJA NYATA (KKN) ANTARABANGSA BERSAMA UNIVERSITAS NEGERI SEMARANG (UNNES) 2.0 2026

7 Ogos 2026 | Majlis Penutupan Program Kuliah Kerja Nyata (KKN) Antarabangsa bersama Universitas Negeri Semarang (UNNES) telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh Dr. Rasheed Mohamed Kutty, Pengurus UGS Kuala Lumpur.

Program ini merupakan inisiatif kolaboratif yang memperkukuh hubungan kerjasama akademik dan jaringan antarabangsa antara kedua-dua institusi, di samping menyediakan platform kepada para peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan, mengembangkan kemahiran insaniah, memupuk semangat kesukarelawanan serta menyumbang kepada pembangunan komuniti.

Diharapkan kerjasama strategik yang terjalin ini akan terus diperkasakan dalam usaha melahirkan graduan yang berdaya saing,berwawasan global dan berupaya memberikan impak positif kepada masyarakat.




Photos from UTM Library Kuala Lumpur's post 06/08/2026
Photos from UTM, Centre for Corporate Communications's post 26/07/2026
20/07/2026

UTM TechnoXplorer 2026 akan mengambil tempat dalam kalender UGS bagi tahun ini yang akan bermula di lokasi pertama pada tahun ini adalah di SMK Seri Manjung🌏✨







Photos from School of Undergraduate Studies's post 14/07/2026

MAJLIS PELEPASAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI LUAR NEGARA 2026 UTM

Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS) telah menganjurkan Majlis Pelepasan Pelajar Latihan Industri Luar Negara 2026 yang melibatkan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang akan menjalani latihan industri di pelbagai organisasi dan institusi di luar negara pada 10 Julai2026. bertempat di Dewan Bankuet Bangunan Canceleri Sultan Ibrahim.

Majlis ini bertujuan untuk memberi pelepasan secara rasmi kepada para pelajar yang telah berjaya memperoleh penempatan latihan industri di luar negara bagi tahun 2026. Majlis ini juga merupakan tanda penghargaan dan sokongan universiti kepada para pelajar yang bakal mewakili UTM sepanjang tempoh latihan industri mereka di peringkat antarabangsa.

Photos from School of Undergraduate Studies's post 10/07/2026

Sesi Perbincangan Kolaborasi Akademik Bersama Missouri University Of Science And Technology (Missouri S&T)

Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama wakil daripada Missouri University of Science and Technology (Missouri S&T), Amerika Syarikat bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang akademik dan pengantarabangsaan pada 8 & 9 Julai 2026.

Sesi ini memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai peluang kolaborasi yang melibatkan mobiliti pelajar, program pengajian, pertukaran akademik serta inisiatif lain yang mampu memperkukuh pengalaman pembelajaran global dan memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa antara kedua-dua institusi.

UGS berharap perbincangan ini menjadi langkah awal ke arah pembentukan kerjasama yang kukuh serta memberi manfaat kepada pembangunan akademik, pengantarabangsaan dan kebolehpasaran graduan UTM.

Photos from School of Undergraduate Studies's post 02/07/2026

Bengkel Semakan Semula Kriteria Pemilihan Calon Penerima Hadiah Akademik Prasiswazah

1 Julai 2026 - Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS) telah menganjurkan Bengkel Semakan Semula Kriteria Pemilihan Calon Penerima Hadiah Akademik Prasiswazah yang bertempat di BilikSCALE, Aras1 Blok C03, Fakulti Alam Bina & Ukur.

Tarikh: 1 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: BilikSCALE, Aras1 Blok C03, Fakulti Alam Bina & Ukur, UTM Johor Bahru

Photos from School of Undergraduate Studies's post 02/07/2026

30 Jun 2026 - Satu sesi lawatan tapak dan perbincangan strategik telah diadakan pasukan UGS Kuala Lumpur (UGSKL) yang diketuai Dr. Rasheed bin Mohamed Kutty, Pengurus UGSKL bersama pihak pengurusan SMK Seri Manjung bagi merangka pelaksanaan program TechnoXplorer 2026.

Program berteraskan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) ini merupakan inisiatif Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam usaha memupuk minat dan mencungkil bakat inovasi pelajar sekolah menengah melalui pendedahan teknologi terkini.

Hasil perbincangan bersama Pengetua SMK Seri Manjung, kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat dalam aspek penyelarasan logistik dan pengisian program yang bakal memberi impak besar kepada kemahiran teknikal pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Seri Manjung atas komitmen dan sambutan yang sangat positif. Semoga kolaborasi ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan STEM negara!



Photos from School of Undergraduate Studies's post 01/07/2026

**Penganjuran 10th International Undergraduate Research Conference (IURC) 2026**

Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS) dengan kerjasama Fakulti Sains telah menganjurkan 10th International Undergraduate Research Conference (IURC) 2026 pada 27 hingga 28 Jun 2026. Persidangan yang berlangsung secara hibrid ini diadakan di Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru dan berjaya menghimpunkan 141 penyertaan pelajar daripada pelbagai institusi. Penganjuran persidangan ini menjadi platform bagi pelajar prasiswazah membentangkan hasil penyelidikan, berkongsi idea serta memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi di peringkat antarabangsa.

Tarikh : 27 Jun (Sabtu) online-28 Jun 2026 (Ahad)-Fizikal
Masa : 8.00 am – 5.00 pm
Tempat : Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh **Prof. Madya Dr. Mahyuddin bin Arsat**, Dekan Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS), manakala program ini diterajui oleh **Dr. Muhammad Amirul Aizat Mohd Abdah** selaku Pengarah IURC 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelajar, pensyarah, rakan komuniti, pengunjung serta jawatankuasa penganjur yang telah menjayakan IURC 2026. Semoga program ini terus menjadi platform terbaik dalam membentangkan hasil penyelidikan, berkongsi idea serta memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi di UTM.

Photos from School of Undergraduate Studies's post 23/06/2026

23 Jun 2026 – Program kolaborasi strategik antara Universiti Teknologi Malaysia dan Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia iaitu Kuliah Kerja Nyata (KKN) Antarabangsa UNNES 2.0 dijadualkan berlangsung pada penghujung Julai 2026.

Sehubungan itu, satu sesi perbincangan berkenaan pelarasan program telah diadakan pihak UGS Kuala Lumpur bersama Penghulu Mukim Kalumpang, Hulu Selangor bagi memperincikan pengisian program, aspek logistik, serta pengurusan kebajikan para mahasiswa yang bakal terlibat nanti.

Pihak UGS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penghulu Mukim Kalumpang, Hulu Selangor atas sokongan padu dan komitmen yang diberikan demi memastikan kelancaran program ini. Semoga program ini berjalan lancar dan membawa manfaat besar kepada komuniti! 🤝✨



Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Block L52, Universiti Teknologi
Johor Bahru
81310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00