SMK Mohd Khalid, Johor Bahru

SMK Mohd Khalid, Johor Bahru The official page of SMK Mohd Khalid.
(1)

Follow us for the latest updates, student achievements, educational contents and school events ~ powered by OneMK TV

πŸŽ‰ TAHNIAH CALON UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA! πŸŽ‰Pada 20 Ogos 2026 (Khamis), telah berlangsung penyampaian keputus...
20/08/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH CALON UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA! πŸŽ‰

Pada 20 Ogos 2026 (Khamis), telah berlangsung penyampaian keputusan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa yang disampaikan oleh Pengetua SMK Mohd Khalid, Puan Rostena binti Ismail. Alhamdulillah, seramai 100% calon telah berjaya lulus dengan pencapaian yang membanggakan, iaitu 13 orang calon memperoleh Gred A manakala 2 orang calon memperoleh Gred B. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon atas usaha, komitmen dan kesungguhan yang telah diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa akan datang! πŸŒŸπŸ‘

ANUGERAH PENGHARGAAN KEHADIRAN TERTINGGI BULAN JUN DAN JULAITahniah dan syabas diucapkan kepada kelas yang berjaya menca...
20/08/2026

ANUGERAH PENGHARGAAN KEHADIRAN TERTINGGI BULAN JUN DAN JULAI

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kelas yang berjaya mencatat kehadiran tertinggi bagi bulan Jun dan Julai. 🌟
Anugerah penghargaan telah disampaikan oleh Puan Pengetua sebagai tanda penghargaan atas komitmen, disiplin dan kesungguhan murid dalam memastikan kehadiran ke sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik.
Semoga pencapaian ini menjadi aspirasi dan inspirasi kepada murid serta kelas-kelas lain untuk terus meningkatkan kehadiran dan membudayakan amalan hadir ke sekolah setiap hari. πŸ’ͺπŸ“š

KECEMERLANGAN DI PERSADA ANTARABANGSASMK Mohd Khalid berjaya dipilih sebagai salah satu daripada tujuh finalis 2026 SEAM...
20/08/2026

KECEMERLANGAN DI PERSADA ANTARABANGSA

SMK Mohd Khalid berjaya dipilih sebagai salah satu daripada tujuh finalis 2026 SEAMEO–Japan ESD Award daripada 160 penyertaan yang melibatkan sembilan negara anggota SEAMEO.

Pencapaian membanggakan ini mencerminkan komitmen seluruh warga sekolah dalam memperkasa pendidikan lestari, inovasi dan kesejahteraan masa hadapan.

Semoga SMK Mohd Khalid terus melangkah lebih jauh dan mencipta kejayaan!

TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ₯‰EZRAMADHANNI IQRAM BIN CHE AHMAD ZAHARI5 DIAMONDWarga SMK Mohd Khalid amat berbangga dengan pencapa...
19/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ₯‰

EZRAMADHANNI IQRAM BIN CHE AHMAD ZAHARI
5 DIAMOND

Warga SMK Mohd Khalid amat berbangga dengan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh atlet muda sekolah yang berjaya meraih Pingat Gangsa dalam acara Boling Padang (Triples Lelaki) di SUKMA Selangor 2026.

Kejayaan ini membuktikan bahawa disiplin, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi mampu membawa seseorang melangkah lebih jauh. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga MK untuk terus berani mengejar impian dan mencipta kejayaan.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan turut diberikan kepada ibu bapa atas segala sokongan, pengorbanan, dorongan dan doa

Terus Gemilang!
Warga MK sentiasa berbangga denganmu!
MK Truly the Best!

30/07/2026
πŸ’ƒ TAHNIAH PEMENANG PERTANDINGAN TARIAN ETNIK & RAKYAT KREATIF! πŸ’ƒSyabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertan...
29/07/2026

πŸ’ƒ TAHNIAH PEMENANG PERTANDINGAN TARIAN ETNIK & RAKYAT KREATIF! πŸ’ƒ

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Tarian Etnik & Rakyat Kreatif sempena Fiesta Kokurikulum MKJB Peringkat Kebangsaan 2026. 🌺✨

Persembahan yang penuh kreativiti, penghayatan budaya serta semangat perpaduan telah berjaya memeriahkan pertandingan ini. Setiap gerak tari yang dipersembahkan mencerminkan keunikan warisan budaya yang terus dipelihara dan dihargai.

Tahniah kepada semua pemenang atas kejayaan yang dicapai. Semoga terus mengembangkan bakat dan kecintaan terhadap seni budaya pada masa hadapan. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Terima kasih kepada semua peserta, guru pembimbing dan pihak yang telah bersama-sama menjayakan pertandingan ini.

πŸ† TAHNIAH PEMENANG RoCha 3.0! πŸ†Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang RoCha 3.0 sempena Fiesta Kokurikulum MKJB...
29/07/2026

πŸ† TAHNIAH PEMENANG RoCha 3.0! πŸ†

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang RoCha 3.0 sempena Fiesta Kokurikulum MKJB Peringkat Kebangsaan 2026. πŸŽ‰

Pertandingan ini telah menyaksikan pelbagai idea kreatif, inovasi menarik serta semangat juang yang tinggi daripada para peserta dalam menghasilkan persembahan dan karya yang membanggakan.

Tahniah kepada semua pemenang atas kejayaan yang diraih. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus berkarya, berinovasi dan mencipta kejayaan pada masa akan datang. 🌟

Terima kasih kepada semua peserta, guru pembimbing serta pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.

πŸŽ‰ FIESTA KOKURIKULUM MKJB PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 πŸŽ‰Alhamdulillah, Fiesta Kokurikulum MKJB Peringkat Kebangsaan 2026 te...
27/07/2026

πŸŽ‰ FIESTA KOKURIKULUM MKJB PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 πŸŽ‰

Alhamdulillah, Fiesta Kokurikulum MKJB Peringkat Kebangsaan 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Julai 2026. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu, peserta, guru, ibu bapa, sukarelawan serta warga sekolah yang telah bersama-sama memeriahkan program ini.

Sepanjang berlangsungnya fiesta, pelbagai aktiviti, pertandingan dan pameran telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat, sekaligus menjadi platform untuk mencungkil bakat, memupuk nilai kepimpinan, kerjasama dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua jawatankuasa, rakan strategik, penaja dan individu yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha dan komitmen semua pihak.

Semoga segala pengalaman dan kenangan yang tercipta menjadi inspirasi untuk kita terus memperkasa kokurikulum demi melahirkan generasi yang seimbang, berdaya saing dan berakhlak mulia.

Terima kasih atas sokongan anda. Jumpa lagi pada Fiesta Kokurikulum MKJB yang akan datang! πŸ’™βœ¨

✨ Kempen Keyakinan Diri bersama T3 & SAFI ✨Hari ini telah berlangsung Kempen Keyakinan Diri hasil kolaborasi bersama T3 ...
22/07/2026

✨ Kempen Keyakinan Diri bersama T3 & SAFI ✨

Hari ini telah berlangsung Kempen Keyakinan Diri hasil kolaborasi bersama T3 dan SAFI, yang memberi pendedahan kepada warga SMK Mohd Khalid mengenai kepentingan penjagaan diri, kebersihan wajah serta keyakinan dalam penampilan.

Program ini bukan sahaja memperkenalkan produk penjagaan kulit, malah turut berkongsi tip dan ilmu bermanfaat untuk membantu para pelajar membina keyakinan diri dalam kehidupan seharian.

Terima kasih kepada T3 dan SAFI atas perkongsian yang bermakna. Semoga program seperti ini dapat terus memberi inspirasi kepada warga MK untuk tampil lebih yakin dan positif.

πŸ“… Tarikh: 22 Julai 2026

21/07/2026

🎊 FIESTA KOKURIKULUM MKJB PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 🎊

Satu hari yang dipenuhi dengan keseronokan, kreativiti dan inovasi menanti anda! Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Fiesta Kokurikulum MKJB Peringkat Kebangsaan 2026 bersama keluarga dan rakan-rakan.

πŸ—“οΈ 25 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•— 8.00 pagi – 3.00 petang
πŸ“ SMK Mohd Khalid, Johor Bahru

🌟 Antara aktiviti yang bakal berlangsung:
πŸ’ƒ Pertandingan Tarian Etnik/Rakyat Sekolah Menengah
πŸ€– Pertandingan ROCHA 3.0
🦾 Robot Showcase
πŸ–ΌοΈ Pameran
πŸ›οΈ Gerai jualan unit kokurikulum
🍴 Food trucks
🐐 Petting Zoo
πŸ‘» Rumah Hantu

Fiesta ini menghimpunkan pelbagai aktiviti yang menggabungkan elemen kebudayaan, teknologi dan inovasi dalam suasana yang menyeronokkan serta sesuai untuk semua peringkat umur. Datanglah memberi sokongan kepada bakat dan kreativiti para peserta sambil menikmati pelbagai tarikan yang telah disediakan.

πŸ“’ Tandakan tarikh anda dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Fiesta Kokurikulum MKJB Peringkat Kebangsaan 2026. Jumpa anda di SMK Mohd Khalid!

Address

Jalan Abdul Samad
Johor Bahru
80100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Mohd Khalid, Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category