Panitia Pendidikan Islam, Smk Taman Desa Skudai
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Panitia Pendidikan Islam, Smk Taman Desa Skudai, School, SMK Taman Desa Skudai, Jalan Sejahtera 16, Taman Desa Skudai, Johor Bahru.
Doa Juga Sebahagian Daripada Qada
Berita yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan Online berkenaan Doa Merubah Qada adalah menyalahi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asya'irah dan Maturidiyyah.
Untuk pengetahuan pembaca, doa tidak boleh mengubah Qada kerana doa itu juga sebahagian daripada Qada. Jika doa dapat mengubah Qada, ini menunjukkan doa itu terkeluar daripada Qada Allah. Perkara ini adalah mustahil sama sekali.
Satu orang berdoa itu dengan ditaqdirkan Allah dia berdoa. Lalu apa yang didoakan itu makbul dengan Allah yang makbulkan doanya. Ini perjalanan takdir Allah. Bukan membawa makna doa dapat merubah Qada.
Tersebut dalam Kitab Pelita Penuntut terjemah daripada risalah Ta^lim Al-Muta^allim Tariqah At-Ta^allum bagi Al-Allamah As-Syaikh Az-Zarnuji oleh Muhammad Syafie bin Abdullah bin Muhammad bin Ahmad. Muka 51.
Lebih kurang ruminya:
(Maka jika) dikatakan:
"Bermula ajal2 dan rezeki2 itu telah ditaqdirkan (ditetapkan), tiada bertambah ia dan tiada kurang ia dengan beberapa nas yang menunjukkan atasnya. Maka macam manakah wajah hadith yang tersebut itu?"
Mafhum hadith:
"Tiada menolak akan qadar itu melainkan dengan doa jua dan tiada menambah pada umur melainkan kebajikan kerana bahawasanya laki2 itu diharamkan dia daripada rezeki dengan sebab dosa yang mengenai ia akan dia"
Dijawabkan:
"Dengan bahawasanya beberapa banyak daripada perkara2 itu terkadang dituliskan pada lauh mahfuz, terhentinya atas beberap syurut seperti dituliskan "jika berbuat baik oleh si anu itu, maka umurnya tiga puluh tahun, dan jika tidak, maka lima puluh tahun" dan ialah makna Firman Allah Ta^ala:
يمحوا الله ما يشاء ويثبت
Ertinya: Menghapuslah oleh Allah akan barang yang Ia kehendak dan menetapkan
TETAPI ini dengan nisbah kepada barang yang zahir bagi malaikah2 pada lauh mahfuz, tiada dengan nisbah kepada Ilmu Allah yang azali (tiada mula), kerana tiada hapus (berubah) padanya dan tiada bertambah"
Dapat difahami dari kenyataan kitab bahawasanya yang dikatakan berubah/tergantung (muallaq) itu hanya nisbah di lauh mahfuz yang nyata zahirnya bagi malaikah2 di sana dan ini tidak dinamakan taqdir. Bukan nisbah pada Ilmu Allah yang tiada sesekali menerima perubahan. Kerana taqdir Allah itu semuanya mubram dan tidak berubah sama sekali.
Maka, tidaklah dikatakan doa dapat mengubah taqdir kerana berdoa itu juga termasuk dalam taqdir dan bukan terjadi di luar taqdir Allah. Jika ianya terjadi di luar taqdir Allah, maka ada perkara yang terjadi bukan dengan taqdir Allah, tapi ia jadi sendiri. Nah! Ini mustahil sama sekali, kerana tiap2 sesuatu itu dari Allah sepakat dengan Firman Allah:
قل كل من عند الله
Semoga beroleh manfaat.
Fatwa-fatwa Ulama’ Mazhab Syafi`e bahawa berpuasa dan berhari raya dengan RUKYATUL HILAL bukan dengan HISAB AHLI FALAK:
PERTAMA:
Ibnu Rusyd berkata di dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid, juzuk 1, halaman 284:
"فَإِنَّ الْعُلَمَاءَ أَجْمَعُوْا عَلَى أَنَّ الشَّهْرَ الْعَرَبِيَّ يَكُوْنُ تِسْعًا وَعِشْرِيْنَ وَيَكُوْنُ ثَلَاثِيْنَ وَعَلَى أَنَّ الْإِعْتِبَارَ فِيْ تَـحْدِيْدِ شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّـمَا هُوَ الرُّؤْيَةُ".
Terjemahan:
"Maka sesungguhnya ulama’-ulama’ bersepakat [ijma`] bahawasanya bulan Arab itu ada 29 hari dan ada p**a 30 hari dan sepakat [ijma`] bahawa yang dipegang untuk berpuasa bulan Ramadhan hanyalah RUKYAH [melihat anak bulan]".
KEDUA:
Muhammad bin Isma`il al-Amir berkata didalam kitabnya Subulussalam, juzuk 2, halaman 152:
"وَقَدْ قَالَ الْبَاجِيُّ فِي الرَّدِّ عَلَى مَنْ قَالَ إِنَّهُ يَـجُوْزُ لِلْحِسَابِ وَالْمُنْجِمِ وَغَيْرِهِمَا الصَّوْمُ وَالْإِفْطَارُ اِعْتِمَادًا عَلَى النُّجُوْمِ. أَنَّ إِجْمَاعَ السَّلَفِ حُجَّةٌ عَلَيْهِمْ وَقَالَ ابْنُ بَزِيْزَةَ. هُوَ مَذْهَبٌ بَاطِلٌ".
Terjemahan:
"Dan sesungguhnya telah berkata al-Imam al-Baji dalam menolak perkataan orang yang mengatakan bahawasanya boleh bagi tukang hisab dan tukang nujum [ahli bintang] dan lain-lain untuk masuk berpuasa danberhari raya berpegang kepada nujum bahawasanya ijma` [sepakat] ulama’-ulama’ Salaf menolak mereka. Dan berkata al-Imam Bazizah, bahawasanya ini [puasa dengan hisab ahli falak atau nujum] adalah mazhab yang batil".
Muhammad bin Isma`il al-Amir berkata didalam kitabnya Subulussalam, juzuk 2, halaman 152:
"وَالْـجَوَابُ الْوَاضِحُ عَلَيْهِمْ مَا أَخْرَجَهُ الْـبُخَارِيُّ عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّا أُمَّةٌ أُمِّيَّةٌ لَا نَكْتُبُ لَا نَـحْسُبُ الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا".
Terjemahan:
"Jawapan yang jelas untuk mereka [yang mengatakan berpuasa boleh menggunakan hisab ahli falak] adalah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibnu `Umar, Nabi sallallahu`alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya kami adalah umat yang ummi, tidak menulis dantidak menghitung, bulan itu adalah begini dan begini". Diriwayatkan oleh al-Bukhari
Jelas bahawa di dalam hadis Nabi di atas, bahawa baginda tidak menggunakan hisab untuk menentukan berpuasa dan berhari raya.
KETIGA:
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-`Asqalani berkata didalam kitannya “Fathul Bari” syarah kepada Sahih al-Bukhari, juzuk 7, halaman 29:
"وَقَدْ ذَهَبَ قَوْمٌ إِلَى الرُّجُوْعِ إِلَى أَهْلِ التَّسْيِيْرِ فِيْ ذَلِكَ وَهُمُ الرَّافِضِيُّ".
Terjemahan:
"Dan sesungguhnya ada fatwa satu kaum bahawa menentukan bulan itu dengan Tasyir [iaitu hisab perjalanan bulan dan bintang-bintang],mereka adalah kaum [Syiah] Rafidhi".
Kaum Rafidhi adalah salah satu daripada kelompok Syiah. Syiah Rafidhi adalah adalah sesat bahkan kufur kerana mereka mengkafirkan sahabat Nabi.
KEEMPAT:
Asy-Syeikh Muhammad Hamid al-Faqi berkata di dalam kitabnya Hasyiah kepada kitab al-Muntaqa:
"Berkata Ibnu Baqiqil A`id bahawasanya hisabtidak layak dipegangi untuk dalam masuknya berpuasa".
KELIMA:
Al-Imam Sayyid `Ali Bakr Syatta berkata didalam kitabnya I`anatut Thalibin, juzuk 2, halaman 217:
"لَا قَوْلَ مُنْجِمٍ وَهُوَ مَنْ يَعْتَمِدُ النَّجْمَ وَحَاسِبٍ وَهُوَ مَنْ يَعْتَمِدُ مَنَازِلَ الْقَمَرِ وَتَقْدِيْرَ سَيْرِهِ وَلَا يَـجُوْزُ لِأَحَدٍ تَقْلِيْدُهُمَا".
Terjemahan:
"Tidak boleh dipegangi perkataan tukang hisab dan tukang kaji bintang, dan tidak boleh bagi seorang taqlid [mengikut] kepada mereka itu".
KEENAM:
Al-Imam ar-Ramli berkata di dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj, juzuk 2, halaman 148:
"وَفُهِمَ مِنْ كَلَامِهِ عَدَمُ وُجُوْبِهِ بِقَوْلِ الْمُنْجِمِ بَلْ لَا يَـجُوْزُ".
Terjemahan:
"Dan difahami daripada ucapannya itu bahawa tidaklah wajib [masuk berpuasa] dengan berdasarkan perkataan tukang hisab bahkan tidak boleh".
KETUJUH:
Al-Imam an-Nawawi berkata di dalam kitab Majmuk Syarah Muhazzab, juzuk 4, halaman 270:
"وَمَنْ قَالَ بِـحِسَابِ الْمَنَازِلِ فَقَوْلُهُ مَرْدُوْدٌ بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الصَّحِيْحَيْنِ إِنَّا أُمَّةٌ أُمِّيَّةٌ لَا نَـحْسِبُ وَلَا نَكْتُبُ،الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا، قَالُوْا: وَلِأَنَّ النَّاسَ لَوْ كُلِّفُوْا بِذَلِكَضَاقَ عَلَيْهِمْ لِأَنَّهُمْ لَا يَعْرِفُوْنَ الْـحِسَابَ إِلَّا أَفْرَادٌ مِنَالنَّاسِ فِي الْبُلْدَانِ الْكِبَارِ".
Terjemahan:
"Barangsiapa memfatwakan [masuk berpuasa] denganhisab manazil, maka perkataannya itu dotolak dengan ucapan Nabi bahawa kamiumat yang ummi tidak pandai menulis dan tidak pandai menghisab. Ulama fuqaha’berkata: Kalau dibebani manusia dengan hisab sesungguhnya menyusahkan sekali kerana yang tahu itu hanya beberapa orang dalam negeri-negeri yang besar sahaja".
KELAPAN:
Ay-Syeikh Muhammad Khatib asy-Syarbini berkata di dalam kitabnya al-Iqna`, juzuk 1, halaman 202:
"وَلَا يَـجِبُ الصَّوْمُ بِقَوْلِ الْمُنْجِمِ وَلَا يَـجُوْزُ".
Terjemahan:
"Dan tidak wajib berpuasa dengan berdasarkan perkataan ahli kaji bintang bahkan TIDAK BOLEH".
Demikianlah kami nukilkan sedikit perkataan ulama’-ulama’ Islam yang muktabar di dalam mazhab Syafie dan dipercayai oleh dunia Islam.
Sebenarnya kalau kami nukilkan pendapat ulama’ berkenaan masuk berpuasa dengan berdasarkan rukyatul hilal terlalu banyak sekali bahkan sudah memadai sekiranya dilihat pada hadis-hadis Nabi berkenaan masuk berpuasa berdasarkan rukyatul hilal.
18/08/2016
Tersebut di dalam kitab Furu' Al-Masail diterjemah oleh Asy-Syeikh Daud Ibn Abdillah Fatani..juz 1, muka surat 39, baris 13 dari pihak atas..
Lebih kurang ruminya:
(Soal RadhiaAllahu'anhu) Apa hikmahnya pada bahawasanya membasuh najis mughalazah, wajib dihimpunkan antara air dan tanah?
(Maka dijawabnya) Bahawasanya adalah padanya mengisyaratkan atas MEMBESAR anak Adam atas yang lainnya. Kerana TIADA NAJIS YANG TERLEBIH KERAS dariapada NAJIS ANJING DAN BABI dan serta yang demikian itu.
Maka disuruh menyucikan dia dengan air dan tanah yang adalah keduanya itu asal kejadian manusia...
p/s: mulia dah anak Adam atas yang lainya..tp, kenapa menghinakan diri dgn bergelumang najis mughalazah? Apakah kau tidak tahu bahawa TIADA NAJIS YANg TERLEBIH KERAS daripada NAJIS ANJING DAN BABI? Kejahilan ummat mengundang malapetaka..
25/10/2015
"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat" (Riwayat at Tirmizi & al Hakim)
Perbahasan hadist Rasulullah ﷺ dengan lebih mendalam di majlis mingguan Darul Murtadza, setiap Jumaat, selepas Isyak di Masjid Muadz bin Jabal Setiawangsa - darulmurtadza.com :)
25/10/2015
"Berhati-hati dengan tipu muslihat syaitan yakni menghiasi indah (zahir) suatu amalan hatta bila berdoa langsung terus dikabulkan-NYA."
Pelihara hati & sentiasa perbaiki niat-niat kita...
www.darulmurtadza.com
Pesanan/wasiat dari الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omarbuat kita semua.
[Berikut adalah teks wasiat ]
Bawalah bersama diri kalian kebenaran rahmat dan kasih sayang Allah swt kepada hamba-hambanya
Dan kalian tidak mampu menterjemahkannya melainkan lihatlah diri kalian dengan mereka yang mencaci kalian, menyakiti kalian, mengutuk kalian dan juga mengutuk pengajian-pengajian dan guru-guru kalian
Bagai manakah diri kalian berintetaksi dengan mereka, berkasih sayang dengan mereka selepas itu
Padahal mereka-lah yang lebih berhak untuk di kasihi
Kerana mereka telah mendedahkan diri mereka sendiri kepada kebinasaan (kerana menyakiti muslimin lainnya) mereka tidak berkuasa menahan kebinasaan tersebut maka bagaimanakah kamu tergamak bergembira atas kebinasaan mereka dan janganlah p**a kalian berdoa. "Wahai tuhan selamatkan diriku dan musnahkan mereka"
Oleh itu wajiblah kita membawa makna kasih sayang ini kepada sekalian hamba-hamba Allah swt
Janganlah berdendam dengan mereka yang mencaci mengutuk dan menyakiti kalian
Bukan tugas kalian untuk membalas cacian mereka dengan cacian dan sebagainya
Tugas kalian ialah untuk membawa amanah ini memberi kesedaran kepada mereka, melalui wahyu dan menyanpaikan dengan cara yang baik kepada mereka tugas dakwah kalian kepada mereka ialah berdiam pada keadaan tertentu
Dan senyuman pada keadaan tertentu
Dan berpaling pada situasi-situasi tertentu inilah penyampaian, inilah amanah, inilah penerimaan.
"Jika tidak mampu mengikuti semua akhlak & budi pekerti Rasulullah SAW, jangan p**a kalian tinggalkan semuanya." Al-Habib Ali Zaenal Abidin
25/10/2015
25/10/2015
Sama sama kita amalkan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Address
SMK Taman Desa Skudai, Jalan Sejahtera 16, Taman Desa Skudai
Johor Bahru
81300,SKUDAI,