16/08/2026
SELAMAT MENDUDUKI PENTAKSIRAN PUSAT TINGKATAN 5 SPM 2026
Buat anak-anak tingkatan 5 yang dikasihi, khususnya yang akan menduduki Ujian Lisan Bahasa Arab bermula pada 17 Ogos - 19 Ogos 2026, percayalah bahawa setiap usaha, doa, pengorbanan dan ilmu yang kalian kumpulkan selama ini tidak pernah sia-sia.
๐ Jawablah dengan tenang.
๐ง Baca soalan dengan teliti.
โ๐ป Gunakan segala ilmu yang telah dipelajari.
๐คฒ๐ป Mulakan dengan Bismillah dan iringi setiap usaha dengan doa.
Ingatlah, peperiksaan bukan sekadar menguji apa yang kalian tahu, tetapi juga mengajar kalian tentang kesabaran, disiplin, amanah dan keyakinan diri.
Jadikan ilmu sebagai cahaya, akhlak sebagai perhiasan dan kejayaan sebagai hadiah daripada sebuah usaha yang bersungguh-sungguh.
Semoga berjaya dengan cemerlang dan menjadi insan yang bukan sahaja hebat dalam pencapaian, tetapi indah akhlaknya.
28/07/2026
Seluruh warga SMKA Johor Bahru merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn Zarina bt Mohamad atas perlantikan SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERS+ PPD Pasir Gudang berkuat kuasa 27 Julai 2026
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang telah dicurahkan dalam memartabatkan pendidikan serta membimbing anak-anak didik ke arah kecemerlangan. Semoga segala usaha murni yang telah dilaksanakan menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidikan.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, profesionalisme dan integriti. Didoakan agar terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam menggalas tanggungjawab baharu demi kecemerlangan pendidikan.
28/07/2026
Seluruh warga SMKA Johor Bahru merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada En Mohmad Hakim bin Sohali atas perlantikan sebagai Pengetua Sekolah Maahad Pontian berkuat kuasa 27 Julai 2026
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang telah dicurahkan dalam memartabatkan pendidikan serta membimbing anak-anak didik ke arah kecemerlangan. Semoga segala usaha murni yang telah dilaksanakan menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidikan.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, profesionalisme dan integriti. Didoakan agar terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam menggalas tanggungjawab baharu demi kecemerlangan pendidikan.
28/07/2026
Permohonan utk masuk ke SMK Agama Johor Bahru untuk Tingkatan 1 dan 4
Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2027 akan dibuka bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Permohonan boleh dibuat mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026 melalui pautan berikut:
1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Tarikh Penting:
๐ Semakan pusat PKSK: 11 September โ 22 Oktober 2026
๐ PKSK Tingkatan 4: 21 September โ 1 Oktober 2026
๐ PKSK Tingkatan 1: 12 โ 22 Oktober 2026
Tahun Ini, Tahun Kita
โGuru Bitara Nadi Negaraโ
24/07/2026
ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูู
ุจูุณูู
ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู
ูฐูู ุงูุฑููุญูููู
ู
๐ *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* ๐
๐ *TARIKH: 09 SAFAR 1448H / 24 JULAI 2026*
๐ *TAJUK: MELENTUR BULUH DARIPADA REBUNGNYA*
Allah SWT berfirman dalam Surah Luqman, ayat 13 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi nasihat kepadanya: 'Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya syirik ialah suatu kezaliman yang besar.'"
๐ 1๏ธโฃ. Bertakwalah kepada Allah SWT.
๐ 2๏ธโฃ. Ketahuilah bahawa setiap anak yang lahir ke dunia ini ibarat sehelai kain putih yang suci. Maka, ibu bapalah yang memegang amanah untuk mencorakkannya. Ibu bapa bukan sekadar menjaga dan membesarkan anak-anak, malah mereka merupakan pembina masa depan generasi.
๐ 3๏ธโฃ. Al-Quran menegaskan kepentingan mendidik anak-anak melalui nasihat seorang lelaki soleh bernama Luqman, yang namanya diabadikan dalam sebuah surah di dalam al-Quran. Di sinilah terletaknya rahsia kekuatan umat, bermula dengan pengukuhan asas ilmu, diikuti bimbingan, seterusnya nasihat yang selari dengan tahap kematangan dan kemampuan anak-anak.
๐ 4๏ธโฃ. Para ulama menyebut bahawa terdapat tiga peringkat pendidikan terbaik untuk anak-anak, iaitu tujuh tahun pertama dengan pendekatan bermain, tujuh tahun kedua dengan ketegasan, dan tujuh tahun ketiga sebagai sahabat. Pada peringkat awal, pendidikan hendaklah dimulakan dengan menanam asas akidah dan tauhid. Hal ini dapat dilihat melalui sunnah Rasulullah SAW yang memperdengarkan laungan azan dan iqamah kepada bayi yang baru dilahirkan.
๐ 5๏ธโฃ. Apabila anak-anak memasuki tahap mumaiyiz, mereka perlu didedahkan dengan bacaan al-Quran, zikir dan doa agar jiwa mereka sentiasa lembut dengan kalimah Allah. Pada peringkat ini, pendidikan hendaklah berasaskan kasih sayang dan perhatian, bukan kekerasan.
๐ 6๏ธโฃ. Apabila anak-anak memasuki usia sekitar 7 hingga 14 tahun, inilah fasa penting untuk mendidik mereka dengan ketegasan melalui panduan yang jelas tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Pada tahap ini, mereka telah mula mengenal baik dan buruk.
๐ 7๏ธโฃ. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan daripada Amr bin Syu'aib, daripada bapanya, daripada datuknya, yang bermaksud:
"Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (sekiranya meninggalkan solat) apabila mereka berumur sepuluh tahun, serta pisahkanlah tempat tidur mereka."
(Riwayat Abu Daud)
๐ 8๏ธโฃ. Pukulan yang dimaksudkan bukanlah untuk menyakiti, sebaliknya sebagai didikan dan tanda ketegasan. Pada tahap ini juga, ibu bapa hendaklah membiasakan anak-anak menjaga solat, kebersihan diri, menepati masa, menghormati orang lain serta mengamalkan akhlak yang baik.
๐ 9๏ธโฃ. Fasa ketiga ialah ketika anak-anak berada pada usia sekitar 15 hingga 21 tahun, iaitu peringkat remaja menuju dewasa. Tempoh ini amat mencabar kerana mereka sedang mencari jati diri dan sebahagiannya mungkin bersikap memberontak. Oleh itu, ibu bapa perlu mendekati mereka dengan hikmah dan kesabaran, menjadi sahabat yang dipercayai, mendengar masalah mereka serta menasihati dengan penuh kelembutan tanpa memarahi atau bertindak kasar.
๐ ๐. Kesimpulannya, anak-anak merupakan amanah yang tidak ternilai daripada Allah SWT dan perlu dididik mengikut peringkat usia masing-masing. Pendidikan awal yang berpandukan al-Quran dan al-Sunnah amat bertepatan dengan fitrah untuk melahirkan generasi yang beriman, berakhlak mulia serta mampu memimpin diri, keluarga dan masyarakat ke jalan yang diredai Allah SWT. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mendoakan anak-anak, bersikap terbuka terhadap mereka, serta memastikan mereka memperoleh kasih sayang dan perhatian yang mencukupi agar tidak mencarinya di luar rumah.
Wallahu a'lam.
24/07/2026
Mesyuarat AJK PIBG kali ke 2
20 Jul 26 | Isnin | 2:30 pm
Bilik Mesyuarat Al Fateh
Dipengerusikan oleh En Taufik bin Bahar, YDP Pibg
24/07/2026
Program Jom Berus Gigi Peringkat Kebangsaan
22 Jul 26 | Rabu | 9:30 am
21/07/2026
Huffaz 18 Julai 26
18 Julai 26 | 7:30 - 9:30 am | Sabtu
Surau Ar Rasyidi