Academy MaxSkill

Academy MaxSkill ACADEMY MAXSKILL SDN. BHD.

SSM : 202101035575 (1435875-W)

Peroleh pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi program Operasi Pemesinan (C259-006-2) dan Operasi Pemesinan CNC (C259-006-3) menerusi Persijilan Tahap Tunggal (Mengikut Tahap)

Selamat Hari Pekerja | 1 Mei 2026Seluruh warga kerja Academy Maxskill ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepad...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja | 1 Mei 2026

Seluruh warga kerja Academy Maxskill ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi negara.

Dedikasi, ketabahan dan komitmen pekerja dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan dan operasi amatlah dihargai. Anda bukan sahaja menyumbang kepada kemajuan, malah memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang lebih mampan untuk generasi akan datang.

Semoga semua pekerja sentiasa dilindungi, diberkati dan terus maju dalam kerjaya masing-masing.

Selamat Hari Pekerja!

โœจ๐ŸŒ™ SALAM HARI RAYA AIDILFITRI โœจ๐ŸŒ™Sebulan sudah menunaikan ibadah puasa, kini Ramadan melabuhkan tirainya, dan Syawal menj...
20/03/2026

โœจ๐ŸŒ™ SALAM HARI RAYA AIDILFITRI โœจ๐ŸŒ™

Sebulan sudah menunaikan ibadah puasa, kini Ramadan melabuhkan tirainya, dan Syawal menjelma membawa sinar kegembiraan.

Semoga segala amalan baik yang telah dilaksanakan sepanjang Ramadan terus subur dalam diri dan menjadi istiqamah sepanjang hayat.

Raikanlah Syawal dengan penuh kesyukuran, jadikan ia medan untuk menyucikan hati, memperbaiki diri, dan mengeratkan kembali ikatan silaturrahim sesama kita.

Di kesempatan ini, seluruh warga kerja Academy Maxskill menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap, keterlanjuran kata, serta kekhilafan yang disengajakan mahupun tidak.

Buat para perantau yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat jangan dijauhkan. Hargailah setiap detik bersama insan tersayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M, Maaf Zahir Dan Batin.





โœจ๐ŸŒ™ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐€๐‹-๐Œ๐”๐๐€๐‘๐€๐Š โœจ๐ŸŒ™Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia.Marilah kita be...
18/02/2026

โœจ๐ŸŒ™ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐€๐‹-๐Œ๐”๐๐€๐‘๐€๐Š โœจ๐ŸŒ™

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Marilah kita bersama-sama memanfaatkan Ramadan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah serta amal kebajikan. Semoga Allah SWT menerima segala amal soleh yang kita laksanakan dengan mengurniakan kesejahteraan, keberkatan serta rahmat-Nya buat semua.

Ikhlas daripada :
Seluruh Warga Kerja Academy Maxskill






๐Ÿงง ๐Ÿฎ SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2026 ๐Ÿฎ๐ŸงงTahun Kuda Melangkah Masuk Dengan Penuh Gaya dan Keberanian ๐ŸŽSetiap tanglung merah ...
16/02/2026

๐Ÿงง ๐Ÿฎ SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2026 ๐Ÿฎ๐Ÿงง

Tahun Kuda Melangkah Masuk Dengan Penuh Gaya dan Keberanian ๐ŸŽ

Setiap tanglung merah yang bersinar bukan sekadar hiasan, ia adalah simbol harapan yang tidak pernah padam. Setiap rumah yang dibersihkan bukan sekadar tradisi, ia adalah tanda bahawa kita berani melepaskan masa lalu dan bersedia menulis kisah yang lebih hebat. Tahun Kuda hadir membawa satu mesej jelas, jangan berjalan, tetapi berlari mengejar impian ๐ŸŠ

Seluruh warga kerja ACADEMY MAXSKILL dengan penuh hormat dan keikhlasan, mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026 kepada semua yang meraikan ๐ŸŽ†

Teruskan berlari. Teruskan membina masa depan. Kerana ini adalah tahun anda untuk bersinar โœจ

Gong Xi Fa Cai ! Xin Nian Kuai Le !

Ikhlas daripada :
Seluruh warga kerja Academy Maxskill






๐ŸŽ‰ SELAMAT TAHUN BAHARU 2026 ๐ŸŽ‰Marilah kita melangkah ke tahun 2026 dengan azam yang baharu, minda yang terbuka dan semang...
31/12/2025

๐ŸŽ‰ SELAMAT TAHUN BAHARU 2026 ๐ŸŽ‰

Marilah kita melangkah ke tahun 2026 dengan azam yang baharu, minda yang terbuka dan semangat yang lebih jitu. Bersama-sama, kita terus memacu kecemerlangan TVET dan membina masa depan yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada :
Seluruh warga kerja Academy Maxskill





๐ŸŽ„ SELAMAT MERAIKAN HARI NATAL ๐ŸŽ„Academy Maxskill ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada penganut Kri...
25/12/2025

๐ŸŽ„ SELAMAT MERAIKAN HARI NATAL ๐ŸŽ„

Academy Maxskill ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada penganut Kristian yang meraikan perayaan ini ๐ŸŽ‰

Semoga sambutan pada tahun ini membawa kepada sinar kegembiraan, kedamaian dan kesejahteraan buat semua โœจ

Ikhlas daripada :
Seluruh warga kerja Academy Maxskill





โœจ Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025 โœจSemoga cahaya Deepavali menerangi kehidupan kepada semua penganut agama Hindu d...
20/10/2025

โœจ Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025 โœจ

Semoga cahaya Deepavali menerangi kehidupan kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia dengan keberkatan, kegembiraan dan kesejahteraan yang berpanjangan โœจ

Ikhlas daripada :
Seluruh warga kerja Academy Maxskill

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจSelamat Hari Malaysia 2025๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจHari ini kita memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia, gabungan Tanah Melayu, Sabah ...
16/09/2025

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจSelamat Hari Malaysia 2025๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Hari ini kita memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia, gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.

Hari ini kita bersama-sama meraikan sebuah tarikh keramat yang menyatukan kita semua di bawah satu nama iaitulah MALAYSIA.

Hari untuk memperingati semangat perpaduan,
Hari untuk menyemarakkan tekad bersama dan
Hari untuk melangkah maju ke masa depan dengan penuh keyakinan.

Kita raikan dengan penuh rasa syukur dan bangga.
Kerana inilah tanah tumpah darah kita.

Ikhlas daripada :
Seluruh warga kerja Academy Maxskill



๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจSELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMerdeka ! Merdeka ! Merdeka !Seluruh warga kerja Academy Maxskill mengucapkan Se...
30/08/2025

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจSELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Seluruh warga kerja Academy Maxskill mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-68 Tahun kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tanggal 31 Ogos bukan sekadar tarikh, tetapi erti sebenar kepada kebebasan, pengorbanan dan semangat juang anak bangsa.

Marilah kita bersama-sama mengekalkan keamanan, memperkukuh perpaduan, dan terus melangkah maju membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih gemilang.

'Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni'




Address

No 38, Jalan Perdagangan 4, Taman Perindustrian Universiti Industrial Park
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Academy MaxSkill posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Academy MaxSkill:

Shortcuts

Share

Category