20/08/2026
Kunjungan Rasmi IBRAZ USIM ke KUIJSI Perkukuh Kerjasama Strategik
Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) telah menerima kunjungan rasmi daripada Institut Pengajian Bahasa Arab (IBRAZ), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam usaha meneroka dan memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.
Kunjungan tersebut memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan pelaksanaan Kursus Intensif Bahasa Arab, Imtihan Tahdid Mustawa (ITM) dan Imtihan Akhir Mustawa (IAM) sebagai persediaan kepada pelajar yang berhasrat melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir.
IBRAZ merupakan pusat penyelarasan Kursus Intensif Bahasa Arab di Malaysia dengan kerjasama Markaz Tatwir Ta'lim al-Tullab al-Wafidin wa al-Ajanib, Universiti al-Azhar, Mesir. Selain itu, IBRAZ turut menyelaras pelaksanaan ITM dan IAM sebagai antara syarat penting kepada calon Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar.
Kunjungan ini diharapkan dapat membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara KUIJSI dan USIM, khususnya dalam memperkukuh penguasaan Bahasa Arab serta menyediakan laluan dan persediaan yang lebih sistematik kepada pelajar KUIJSI untuk melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir.
18/08/2026
Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah
Seluruh warga kerja Marsah Sdn. Bhd. dan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:
Yang Berhormat Tuan Haji Syafiei Bin Ahamad
atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Semoga dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini, Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta petunjuk dalam memimpin urusan hal ehwal agama Islam di Negeri Johor demi kemajuan ummah dan kesejahteraan negeri.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah.
17 Ogos 2026 | 04 Rabiulawal 1448H
18/08/2026
Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah
Seluruh warga kerja Marsah Sdn. Bhd. dan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:
Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin K.B;P.A
atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Semoga dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini, Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta petunjuk dalam memimpin urusan hal ehwal agama Islam di Negeri Johor demi kemajuan ummah dan kesejahteraan negeri.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah.
17 Ogos 2026 | 04 Rabiulawal 1448H
17/08/2026
SELAMAT DATANG & SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Shafiei bin Ahamad atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Negeri Johor, berkuat kuasa pada 17 Ogos 2026.
Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan integriti demi memperkukuh perkhidmatan MAINJ kepada masyarakat.
Ikhlas daripada
Ahli-Ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja
Majlis Agama Islam Negeri Johor
22/07/2026
KENYATAAN RASMI
ISU TUDUHAN TATAKELOLA DAN SIASATAN SPRM MELIBATKAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI)
Ketua Pegawai Eksekutif
MARSAH Sdn. Bhd.
Bertarikh: 22 Julai 2026
19/07/2026
Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah
Seluruh warga kerja Marsah Sdn. Bhd. dan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:
Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid
atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
Semoga dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini, Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta petunjuk dalam memimpin urusan hal ehwal agama Islam di Negeri Johor demi kemajuan ummah dan kesejahteraan negeri.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah.
19 Julai 2026 | 04 Safar 1448H
06/07/2026
βΈ»
π TAHNIAH & SYABAS π
Seluruh warga kerja MARSAH Sdn. Bhd. dan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
π Dr. Mohd Nazir Bin Kadir
atas kejayaan menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Fakulti Pengajian Islam (FPI), Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
π Tajuk Kajian:
Metodologi Penulisan Manuskrip Al-Quran Sumbawa Haji Ismail bin Al-Sawi dan Hubungannya dengan Ilmu Qiraβat, Rasm, Dabt dan Fawasil Al-Quran.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga akademik serta menjadi pemangkin untuk terus menyumbang kepada pembangunan ilmu, penyelidikan dan kecemerlangan ummah.
Semoga Allah SWT memberkati segala usaha, mengurniakan keberkatan ilmu serta terus memberikan kekuatan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Ψ¨Ψ§Ψ±Ω Ψ§ΩΩΩ ΩΩΩΩ
Barakallahu fikum.
01/07/2026
π’ JOM TEMUI KUIJSI DI KONVENSYEN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI JOHOR 2026! πβ¨
Ingin menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi Islam yang berkualiti? Ayuh singgah ke reruai Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) dan dapatkan pelbagai maklumat menarik mengenai program pengajian, kemasukan, biasiswa serta kemudahan yang ditawarkan.
π
Tarikh:
2 β 3 Julai 2026 (Khamis β Jumaat)
16 β 17 Muharam 1448H
π Tempat:
Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru
β¨ Apa yang menanti anda?
π Penerangan program pengajian
π Semakan syarat kemasukan
πΌ Peluang biasiswa & bantuan kewangan
π€ Sesi konsultasi bersama pegawai KUIJSI
π Cenderamata menarik (tertakluk kepada syarat)
Jangan lepaskan peluang untuk mengenali KUIJSI dengan lebih dekat dan mulakan langkah anda ke arah masa depan yang cemerlang.
Kami menanti kehadiran anda!