Toha Centre

Toha Centre

Share

Toha Centre, merupakan wadah diskusi ilmu berteraskan fardhu ain dan fardhu kifayah yang berpusat di Larkin Perdana, Johor Bahru-Malaysia

19/02/2026

Ramadan datang lagi, membawa seribu rahmat dan sejuta keampunan.
Bulan yang mendidik jiwa agar tunduk,
mengajar hati agar lembut,
dan mengajak kita kembali kepada Tuhan dengan penuh pengharapan.

Daripada seluruh warga Toha Centre,
kami menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala khilaf dan kekurangan.

Semoga Ramadan kali ini menjadi medan tarbiah yang menyuburkan iman,
menghidupkan malam dengan munajat,
membasahi lidah dengan zikir,
dan melapangkan dada dengan sabar serta syukur.

Moga setiap langkah kita ke majlis ilmu,
setiap doa yang terbit dari hati yang tulus,
dan setiap amal yang tersembunyi,
Allah balas dengan ganjaran tanpa batas.

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak.
Semoga kita semua dipilih menjadi hamba yang lebih dekat,
lebih ikhlas, dan lebih bertaqwa.

Photos from Toha Centre's post 19/02/2026

Alhamdulillah telah selesai Seminar Menghidupkan Jiwa di Bulan Ramadhan istimewa bersama Ustaz Mohamad Razee Jamaladdin.

Photos from Toha Centre's post 19/02/2026

Alhamdulillah telah selesai Seminar Ramadhan Jalan Pulang Seorang Hamba istimewa bersama Ustaz Esbi Islami.

Photos from Toha Centre's post 19/02/2026

Kenangan bersama para peserta Simposium Ramadhan 2026.

Alhamdulillah atas kehadiran dan sokongan semua yang menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terjalin dalam majlis ilmu ini terus mekar dan menjadi asbab kita dipertemukan lagi dalam program akan datang.

Terima kasih kerana memilih untuk bersama dalam perjalanan mencari redha Allah 🤍

Photos from Toha Centre's post 19/02/2026

Slot 3 Istimewa bersama Ustazah Hjh Norshila Jamal

Slot Penghayatan: Andai Ini Ramadhan Terakhirku

Slot yang benar-benar meruntun jiwa.

“Andai ini Ramadhan terakhirku…” satu persoalan yang membuatkan dewan sepi dalam muhasabah.

Semoga Allah izinkan kita menyambut Ramadhan dengan hati yang lebih bersedia, lebih tunduk dan lebih bersungguh dalam ibadah.

Photos from Toha Centre's post 19/02/2026

Slot 2 Istimewa – Forum Transformasi Diri di Bulan Ramadhan (part 2)

Forum istimewa bersama:
• Ustazah Hajah Norshila Jamal
• Ustazah Aminah Sulieman
• DJ Farhira (Penyampai Radio Zayan FM)

Perkongsian yang santai namun sarat dengan peringatan tentang transformasi diri, pembinaan jiwa dan usaha memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.

Bukan sekadar bicara, tetapi seruan untuk berubah dan memperbaharui diri menjelang Ramadhan.

Photos from Toha Centre's post 19/02/2026

Slot 2 Istimewa – Forum Transformasi Diri di Bulan Ramadhan (part 1)

Forum istimewa bersama:
• Ustazah Hajah Norshila Jamal
• Ustazah Aminah Sulieman
• DJ Farhira (Penyampai Radio Zayan FM)

Perkongsian yang santai namun sarat dengan peringatan tentang transformasi diri, pembinaan jiwa dan usaha memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.

Bukan sekadar bicara, tetapi seruan untuk berubah dan memperbaharui diri menjelang Ramadhan.

Photos from Toha Centre's post 19/02/2026

Slot 1 Istimewa bersama Ustazah Nabila Nor’Azmy

Tausiyah: Menyemai Amalan, Menuai Keberkatan

Perkongsian Ustazah Nabila Nor’Azmy tentang bagaimana menyemai amalan sebelum Ramadhan benar-benar membuka ruang muhasabah dalam diri setiap peserta.

Semoga kita mampu menanam amalan dengan istiqamah, agar Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang paling bermakna.

Photos from Toha Centre's post 19/02/2026

Suasana sekitar pendaftaran Simposium Ramadhan 2026

Alhamdulillah, para peserta hadir seawal pagi dengan penuh keterujaan.

Semoga setiap langkah menuju majlis ini dicatat sebagai amal soleh dan asbab keberkatan Ramadhan .

12/02/2026

Seminar : Menghidupkan Jiwa Dibulan Ramadhan

Ramadhan datang setiap tahun.
Tetapi tidak semua hati benar-benar hidup ketika Ramadhan.

Adakah puasa kita sekadar rutin?
Atau benar-benar menjadi titik perubahan?

✔ Rahsia kekuatan rohani dalam ibadah
✔ Cara membina disiplin jiwa melalui puasa
✔ Strategi kekal istiqamah selepas Ramadhan

Ikuti diskusi menarik ini bersama :

🎓: USTAZ MOHAMAD RAZEE JAMALADDIN
_Unit Ukhuwah bhg Dakwah Pejabat Qadhi Daerah Johor Bahru_

📅 : 15.2.2026 | ahad
⏰ : 11am - 12.30pm
📍 : Toha Centre
💰 : Rm20 sahaja

12/02/2026

Seminar : Ramadhan, Jalan Pulang Seorang Hamba

Ada jiwa yang penat berpura-pura kuat.
Ada hati yang lama menjauh tapi rindu untuk kembali.

Ramadhan bukan sekadar bulan ibadah.
Ia adalah panggilan.
Panggilan untuk pulang.

Pulang dari dosa yang dipendam.
Pulang dari kelalaian yang memenjara.
Pulang kepada Tuhan yang tidak pernah menutup pintu-Nya.

Ikuti diskusi menarik ini bersama :

🎓: USTAZ ESBI ISLAMI HJ RIFAI

📅 : 15.2.2026 | ahad
⏰ : 8.30am - 10.30am
📍 : Toha Centre
💰 : Rm20 sahaja

11/02/2026

Assalamualaikum wbt.
Dengan ini dimaklumkan bahawa pendaftaran Simposium Ramadhan telah ditutup.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan penyertaan semua. Semoga Allah swt memberkati kita semua 💚

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


No 34-2, Jalan Persiaran Susur Larkin Perdana 2
Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00