Toha Centre

Toha Centre Toha Centre, merupakan wadah diskusi ilmu berteraskan fardhu ain dan fardhu kifayah yang berpusat di Larkin Perdana, Johor Bahru-Malaysia

23/08/2026

Grand Maulid Syabab Johor
Maulid & Qasidah Dengan Kehadiran Tetamu Istimewa Habib Kadzim Al-saqqaf.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir

23/08/2026

Bismillah,

IN SYAA ALLAH PADA
12 RABI'UL AWAL 1448H

Majlis Grand Maulid Syabab Johor 1448H bersama
Tetamu Istimewa
Habib Kadzim bin Jaafar As-Saggaf
(anjuran syabab)
- - - - - - - - - - - - - - -

🗓 25 OGO 2026, Selasa
🕖 Maghrib berjemaah
📍 Masjid Habib Hassan Alattas, Wadi Hassan Johor Bahru

Muslimin muslimat dipersilakan hadir & Bantu Sebarkan.

🤲🏻 Semoga Kita Semua Mendapat Taufiq, Keberkahan Dan Manfaat Walaupun Hanya Mampu Duduk Seketika Sahaja di Majlis ini.



'


Follow page masjid:
Join channel Telegram masjid &
Subscribe channel YouTube masjid.

21/08/2026

Kem Cuti Sekolah
KEM MURABBI CILIK 11.0
_SIRAH JOURNEY_

Membina generasi yang mengenal Nabi ﷺ, mencintai Baginda ﷺ dan mencontohi akhlaknya.

Anak-anak bukan sekadar perlu tahu siapa Rasulullah ﷺ, tetapi mereka perlu merasai bahawa Baginda ﷺ adalah qudwah dan idola terbaik dalam kehidupan.

Melalui Kem Murabbi Cilik 11.0 “Sirah Journey” anak-anak akan dibawa menyusuri perjalanan penuh hikmah untuk mengenali Rasulullah ﷺ dengan cara yang santai, interaktif dan dekat dengan dunia mereka.

ANTARA PENGISIAN MENARIK:
♦️Rasulullah ﷺ — Ikon Kita
♦️Solat Cara Nabi ﷺ
♦️Input Akhlak & Kekasih Allah
♦️Muhasabah Diri Tentang Solat
♦️Quiz: Kenal Nabi, Cinta Nabi

Ikuti Kem ini pada :

📅 : 3.9.2026 | khamis
⏰ : 8.30am - 5pm
📍 : Toha Centre
💰 : Rm50 sahaja

Semoga Kita Semua Mendapat Keberkatan Dan Manfaat Daripada Pengisian Majlis Dan Ilmu Yang Disampaikan

18/08/2026

Semoga kita bukan sekadar menjadi “umat Muhammad”, tetapi hidup kita benar-benar mengikuti sunnahnya, hati kita merinduinya, dan kelak Allah menghimpunkan kita bersama Baginda ﷺ.
Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammad ﷺ.

18/08/2026

SeminarDETIK PERPISAHANRasulullah ﷺ dan Umat yang DitinggalkanAda sebuah perpisahan yang tidak pernah benar-benar selesa...
17/08/2026

Seminar
DETIK PERPISAHAN
Rasulullah ﷺ dan Umat yang Ditinggalkan

Ada sebuah perpisahan yang tidak pernah benar-benar selesai..

Perpisahan antara seorang Rasul ﷺ
dengan umat yang dicintainya.

Di penghujung hayat Baginda ﷺ,
Madinah seakan kehilangan cahaya.
Wajah-wajah para sahabat diselubungi duka,
dan hati mereka berat menerima hakikat
bahawa insan yang selama ini menjadi tempat mereka berpaut
akan meninggalkan dunia.

Namun di saat nafas Baginda ﷺ semakin berat,
di saat tubuhnya semakin lemah,
ada satu perkara yang tetap hidup di bibir dan hati Baginda:

*umatnya*.

Ikuti diskusi menarik ini bersama :

🎓: *USTAZ MOHD HANAFI ABDUL RAHMAN*
_pendakwah bebas bertauliah Jainj_

📅 : 23.8.2026 | ahad
⏰ : 8.30am - 10.30am
📍 : Toha Centre
💰 : Rm20 sahaja

SeminarSaidatina Khadijah :  Cinta yang Menenangkan Hati Baginda ﷺDi saat dunia terasa berat, hadir seorang wanita yang ...
17/08/2026

Seminar
Saidatina Khadijah : Cinta yang Menenangkan Hati Baginda ﷺ

Di saat dunia terasa berat, hadir seorang wanita yang menjadi tempat Baginda ﷺ menemukan ketenangan.

Saidatina Khadijah رضي الله عنها bukan sekadar isteri kepada Rasulullah ﷺ. Beliau adalah insan yang membenarkan ketika manusia mendustakan, menguatkan ketika Baginda ﷺ dilanda kegusaran, serta mencurahkan kasih dan pengorbanan tanpa meminta balasan.

_Demi Allah, Allah tidak akan pernah menyia-nyiakanmu_

Ungkapan yang lahir daripada keyakinan seorang isteri yang mengenal akhlak dan kemuliaan suaminya.

Bagaimana cinta Saidatina Khadijah رضي الله عنها menenangkan hati Baginda ﷺ?

Ikuti diskusi menarik ini bersama :

🎓: *USTAZAH UMMU MUHAMMAD ZEYN*
_pendakwah bebas bertauliah Jainj_

📅 : 22.8.2026 | sabtu
⏰ : 8.30am - 10.30am
📍 : Toha Centre
💰 : Rm20 sahaja

Assalamualaikum wbt buat para sahabat Rawdah. Moga sentiasa dalam rahmat Ilahi 🤍.Disini dilampirkan Jadual Majlis Ilmu M...
17/08/2026

Assalamualaikum wbt buat para sahabat Rawdah. Moga sentiasa dalam rahmat Ilahi 🤍.

Disini dilampirkan Jadual Majlis Ilmu Mingguan bagi bulan Ogos 2026. Jadual tertakluk pada perubahan.

Untuk makluman, pendaftaran untuk setiap kelas akan dibuka semasa poster diedarkan sahaja. Terima kasih. Jazakumullahukhair 🌹

Address

No 34-2, Jalan Persiaran Susur Larkin Perdana 2
Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Toha Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Toha Centre:

Shortcuts

Share

Category