TAKBIR RAYA
Takbir Raya daripada murid-murid Tadika Ihsan UTM yang dipimpin oleh Adib Wiraie bin Mohd Hasan Wira’ie.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN ☺️✨
Tadika Ihsan PIUTM
Tadika Ihsan PIUTM terletak di dalam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor.
Tadika Ihsan UTM adalah merupakan sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang terletak di dalam kawasan kampus UTM Johor Bahru dan diurus tadbir oleh Pusat Islam UTM. Operasi tadika ini telah bermula pada tahun 1987 dan berdaftar di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ). Tadika ini menggunapakai silibus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan berkonsepkan ‘Learn Through-Play Appro
29/12/2025
MAJLIS PENGHARGAAN & TEAMBUILDING TADIKA & TASKA IHSAN UTM TAHUN 2025 | 18 - 20 DISEMBER 2025
Alhamdulillah pada 18 - 20 Disember 2025 Unit Pendidikan Pusat Islam bersama guru Tadika dan Taska Ihsan UTM telah bersama-sama menghadirkan diri di Majlis Penghargaan & Teambuilding Tadika dan Taska Ihsan UTM Tahun 2025 di Klana Beach Resort, Port Dickson.
Program ini adalah bertujuan memberi penghargaan kepada semua staf Tadika dan Taska Ihsan UTM yang telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tahun 2025.
Terdapat juga pelbagai pengisian di dalam program ini antaranya Amanat & Motivasi Kerja yang disampaikan oleh Dr. Naemah binti Hamzah (Timbalan Pengarah Seksyan Dakwah dan Jaringan, Pusat Islam UTM) serta Seni Pengurusan Komunikasi, Emosi dan Karakter yang disampaikan oleh Dr. Sofiazianti Saleh (PhD in Educational Psychology,UTM) dan membuat perancangan program bagi tahun 2026.
Semoga dengan program ini dapat merapatkan ukuwah sesama staf dan memberi input yang berguna bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dalam mendidik anak-anak taska dan tadika.
29/12/2025
JAMUAN AKHIR TAHUN & SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN DISEMBER TADIKA IHSAN UTM 2025 | 17 DISEMBER 2025
Alhamdulillah pada 17 Disember 2025, Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir Bulan Disember telah diadakan dengan jayanya.
Majlis ini diadakan bagi meraikan semua murid Tadika Ihsan UTM yang akan menamatkan sesi pembelajaran di Tadika Ihsan UTM untuk tahun 2025.
Terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi kerjasama dalam menyediakan hidangan potluck serta pemberian cenderahati bagi menceriakan majlis.
29/12/2025
HARI PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU TADIKA IHSAN UTM 2025 KALI KEDUA | 16 DISEMBER 2025
Alhamdulillah Tadika Ihsan UTM telah mengadakan perjumpaan antara guru dan ibu bapa untuk kali kedua bagi sesi 2025.
Menerusi perjumpaan ini ibu bapa serta guru dapat berkongsi perkembangan murid-murid sepanjang sesi persekolahan penggal kedua tahun 2025.
Tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa yang telah bersama-sama meluangkan masa dan dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam program ini.
Semoga murid-murid Tadika Ihsan UTM lebih cemerlang dan maju pada masa hadapan.
MAJLIS APRESIASI & KONVOKESYEN TADIKA IHSAN UTM 2025
Persembahan : "Jangan Sentuh" - Al-Ghazali & Ibnu Sina (5 Tahun)
MAJLIS APRESIASI DAN KONVOKESYEN TADIKA IHSAN UTM 2025
Persembahan : “Sayangi Bumi” - Al-Farabi & Al-Razi (6 Tahun)
MAJLIS APRESIASI DAN KONVOKESYEN TADIKA IHSAN UTM 2025
Persembahan : "Jom Bersenam" - Al-Khindi (4 Tahun)
MAJLIS APRESIASI DAN KONVOKESYEN TADIKA IHSAN UTM 2025
Ucapan Wakil Murid Tadika Ihsan UTM - Ruqayyah binti Khairul Ijlal
MAJLIS APRESIASI DAN KONVOKESYEN TADIKA IHSAN UTM 2025
Bacaan Doa - Muhammad Syahin Darwisy bin Muhammad Syihabuddin Afiq
MAJLIS APRESIASI & KONVOKESYEN TADIKA IHSAN UTM 2025
Persembahan : I’tiraf - Graduan Tadika Ihsan UTM 2025
29/09/2025
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H DAN HARI LAHIR BULAN SEPTEMBER | 26 SEPTEMBER 2025
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
Tadika Ihsan, Block R08, Jalan Kempas1, Universiti Teknologi
Johor Bahru
81310
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |