11/10/2025
We are ready as a newcomer
Tu dia... Dah keluar tarikh cadangan untuk pertandingan PIRC 2026! Siap sedia semua!
📅 24-26 April 2026
📍 TBD
Terima kasih kepada semua yang mengikuti webinar tadi. 🙏
The Fusion of Electronics, AI and Sumo Strategy
[Facebook]
https://www.facebook.com/share/v/19pJdYDHWW/
[Youtube]
https://www.youtube.com/live/y6y9KcFOEyQ?si=qNjKeyx56pTx8baZ
🛒 Dapatkan produk2 robotik di Cytron Marketplace
https://my.cytron.io?tracking=idris
19/09/2025
Apa Benda Robot Sumo Ni Sebenarnya?
Kalau kita sebut “sumo”, confirm ramai terbayang pakcik Jepun berbadan besar duk tolak-tolak atas gelanggang bulat kan?
Nah, robot sumo pun lebih kurang sama konsep — cuma kali ni bukan orang, tapi robot kecil yang bertarung dalam arena bulat, nak tolak lawan keluar dari gelanggang.
Robot ni ada kategori — ada yang kecil 500g untuk pemula, ada juga yang besar sampai 3kg pro.
Tapi jangan risau, takde berasap macam dalam robowars. Itu ada kategori lain - robot combat.
Robot sumo ni lebih kepada robotik pendidikan.
---
Apa Yang Best Tentang Robot Sumo?
1. Anak Belajar Coding & Engineering
Robot ni tak jalan sendiri, dia kena program. Anak-anak akan belajar guna software macam Arduino, Scratch-based, atau MakeCode untuk bagi arahan dekat “otak” robot tu. Senang cerita, diorang belajar asas coding, sensor, dan elektronik sambil main.
2. Seronok Macam Main Game
Bayangkan robot anak masuk gelanggang, lawan robot kawan dia. Ada strategi, ada trick, siap ada sorakan macam tengok bola. Memang meriah.
Sama lah macam zaman Tamiya kita dulu!
3. Sains & Matematik di apply dalam “Real Life”
Biasanya anak belajar formula fizik kat buku je. Dengan robot sumo, mereka nampak sendiri macam mana kelajuan, berat, dan gear boleh bagi kesan dekat perlawanan.
Setiap parameter penting untuk menang setiap perlawanan
4. Bina Keyakinan & Teamwork
Banyak pertandingan robot sumo ni dibuat secara team. Jadi anak-anak bukan sekadar main robot, tapi belajar bekerjasama, berbincang, dan berani pertahankan dan meraikan idea rakan sepasukan
---
Parents Kena Support Ke?
Ha, ni part paling penting.
Disebabkan ada melibatkan kit robotik dan perkakasan, maka kos juga terlibat dalam setiap pembinaan Robot sumo.
Kos permulaan untuk dapat 1 Robot sumo yang ready untuk masuk competition adalah sekitar rm600.
Pada saya ok sangat. Sebab ianya boleh jadi pelaburan ilmu untuk anak-anak. Sama macam hantar tuisyen, cuma kali ni anak belajar dengan cara praktikal dan fun.
Mungkin mula-mula kos beli kit robot tu nampak mahal sikit, tapi bila fikir balik — anak dapat skill coding, problem-solving, teamwork, dan mungkin satu hari nanti jadi engineer atau inventor. Itu lagi berbaloi kan?
---
Robot sumo ni sebenarnya lebih dari sekadar robot bertolak-tolak. Ia gabungan sukan, teknologi, dan pendidikan.
Untuk parents, ia peluang bagi anak-anak rasa dunia sebenar teknologi sambil berseronok. Siapa tahu, dari gelanggang robot sumo ni lah lahirnya bakal Elon Musk atau Tony Stark versi Malaysia!
*Ps: Saya sekarang tengah nak kumpul parents² sekitar JB yang clueless utk anak involve dalam robot sumo/projek robotik. Sebab bukan semua sekolah aktif. Jadi sama² kita ambil peluang anak kita jadi wakil untuk sekolah dia. PAJSK sampai antarabangsa tau.
19/09/2025
Antara salah seorang ahli team yang menjadi Johan puck collector ni adalah kawan family kami.
Umur 10 tahun, moga menjadi pencetus untuk lebih ramai terlibat dalam bidang robotik.
Tahniah!
BEIJING : Pasukan Malaysia yang diketuai World of Robotics Sdn Bhd melakar kejayaan membanggakan di International RobotChallenge World Championship 2025 yang berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos di Gymnasium of Beijing Science and Technology University, China.
Dalam kejohanan yang menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara itu, Malaysia berjaya membawa p**ang pingat emas dan perak bagi kategori Puck Collector Junior.
Kejayaan ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia setakat ini, selepas edisi terdahulu hanya memperoleh satu pingat perak dan satu gangsa. Pencapaian tersebut membuktikan keupayaan negara untuk bersaing setaraf dengan kuasa besar dunia dalam bidang robotik.
16/09/2025
16/09/25 - First exposure menyelami dunia STEM dengan asas robotik melalui Line Follower Robot.
Student lain dah bertahun mula, kami baru nak mula. 😅
Takpa. Allah baru bagi masa yang sesuai kepada kami p**a bermula.
InshaaAllah kita cita-cita lahirkan team baru untuk bertanding di kejohanan setempat, negeri, dan kebangsaan, cita-cita tinggi ke antara bangsa.
Misi saya, saya mahukan anak-anak boleh belajar coding sendiri, build robot sendiri dan masuk pertandingan secara berdikari, dengan support yang kuat dari parents dan guru sekolah.
-------------------
Saya nampak kalau parents tak pandu anak² ni, apatah lagi kalau tiada guru yang aktif dalam penglibatan STEM murid di sekolah, anak² ini takkan explore sendiri.
Dalam apa² aktiviti anak² pun sebenanrya. Tak boleh sepenuhnya harapkan sekolah.
Contoh paling dekat saya observe,
Keputusan UPKK, PKSK, apa sahaja ujian pun... Saya perhatikan sebenarnya ibu bapa main peranan paling besar dalam keputusan anak.
Nak straight A, nak masuk SBP MRSM sekarang kena parents yang bersungguh bantu anak.
Saya sendiri kalau tanya pendapat cikgu kat hari terbuka sekolah pun, cikgu sekadar mendengar je. 😅
Ada sesetengah parents yang harapkan 100% sekolah, (melainkan anak mereka memang genius), kita boleh lihat keputusan anak² akan jadi biasa² sahaja.
Begitulah pemerhatian saya ya. Jangan kecil hati 🙏
Sebab saya pun dulu gitu tak ambil berat.
---------------------
Takpa, dalam STEM ni pun kita sebagai parents jalan dulu, kena ambil inisiatif dulu. Slowly kita tunjuk kat cikgu sekolah, baru cikgu pun semangat.
Cikgu pun saya faham, tak semangat nak sungguh² dalam STEM sebab parents tak ramai yang sukarela.
Apa tag lagi dengan bebanan tugas sekolah, cikgu yang betul² ada lebih masa sahaja akan buat lebih untuk murid² mereka.
Jadi sama-sama kita saling ambil bahagian, inshaaAllah Johor makin Maju, Malaysia makin Sejahtera.
Sekian coretan
Sumonoobbro,
Johor Bahru
12/09/2025
Saya sedang kumpulkan ibu bapa SEKITAR LARKIN, KG. MELAYU, BBU yang berminat untuk libatkan anak-anak dalam aktiviti Robot Sumo 🧑🔧🤖.
3 tahun kebelakangan ini, aktiviti ini semakin mendapat tempat di dalam aktiviti STEM di sekolah-sekolah, tetapi tidak semua sekolah tahu mengenai aktiviti ini kerana tiada penggerak, especially sekolah swasta/tahfiz
Konsep Robot Sumo ni macam kita kecik dulu main Tamiya, Auldey. Tapi Robot Sumo is officially supported by KPM dan Agensi.
Jadi inisiatif ini diwujudkan untuk beri peluang anak-anak belajar dan meningkatkan minat dalam STEM (elakkan mereka leka dengan gajet yang kurang berimpak), teamwork dan kreativiti melalui pertandingan Robot Sumo.
DAN KITA PARENTS GUIDE ANAK UNTUK WAKIL SEKOLAH. SEBAB SEKOLAH MEREKA SEKARANG TAKDA WAKIL MASUK COMPETITION.
Saya ada sediakan borang di bawah kalau minat.
Cuti sekolah ni saya nak jemput pakar robot sumo utk berkongsi pengenalan Robot Sumo.
Kita buat secara online je dalam sejam macam tu.
Isi borang ini jika anda:
✅ Berminat anak sertai aktiviti Robot Sumo.
✅ Anak anda tiada platform/kelab robotik di sekolah.
✅ Mahu dapat info lanjut bila program ini bermula.
📩 Jangan risau – isi borang ini hanya untuk kumpulkan senarai parents yang minat (bukan pendaftaran rasmi)
Saya yang juga baru nak mula explore robot sumo,
Sumo Noob Bro
Link form: https://forms.gle/pqXV4xQg9Hxbjj4G6
Link form: https://forms.gle/pqXV4xQg9Hxbjj4G6
Link form: https://forms.gle/pqXV4xQg9Hxbjj4G6
11/09/2025
Meneroka hobi.
Robot sumo.
Bermula betul-betul zero ni.
Untuk expose anak supaya melonjak minatnya dalam STEM berinovasi.
Semangat nak belajar, nak mencari.
Hari ni saya pm seberapa ramai player dan pakar robot sumo ni.
Nak tau pengenalan aje.
Sebab kabur dan kabus pandangan nak bermula
Segan ada.
Jauh level terasa.
Takpa segan letak tepi.
Langgar je add friend, pm mana yang nampak friendly.
Alhamdulillah, ada seorang cikgu yang budiman nun jauh dari pantai timur sudi berkongsi
Sekarang semakin cerah menerangi.
Ayuh Mari!
05/07/2025
Live 1-day Subsale Experiential Tour with Coach Andrew and Coach Aizzat. Baru tau macam mana nak buat ID yang jimat tapi still menarik hati penyewa. Sublet Doctor Education is the best! More to learn in theory and by practical.