19/03/2021
Pengaruh Pemodenan Teknologi Terhadap Etika Manusia.
Perbincangan pengaruh pemodenan teknologi terhadap etika manusia. PACE UUM Johor Bahru (G) Kump**an1
1. Mohd Saelam Bin Sulaiman
2. Yuhanis Binti Abd Manaf
3.
Pemodenan teknologi adalah satu evolusi bagi teknologi berkembang dan lebih efisien terhadap manusia namun ianya mempunyai kesan pengaruh terhadap etika manusia. Muhammad Hafiz Bin Osman
4. Mohd Taufik Bin Zakaria
19/03/2021
18/03/2021
POSTER PEMODENAN TEKNOLOGI MEMPENGARUHI ETIKA DAN PERADABAN MANUSIA
12/03/2021
“MANA PERGI ADAB?? MANA PERGI ETIKA??”
Situasi 5 : Di Malaysia, sering di lihat apabila berlakunya kemalangan dijalan raya, orang ramai lebih gemar merakam kejadian tersebut berbanding memberi pertolongan kecemasan kepada mangsa. Di mana nilai kemanusiaan bagi seseorang? Masyarakat dunia pada masa kini dilihat lebih gemar mengejar publisiti berbanding mengangkat martabat etika dan peradaban sebagai seorang manusia. Mereka seolah-olah seronok merakam situasi tempat kejadian sedangkan mereka mungkin berpeluang untuk menyelamatkan mangsa kemalangan jika bantuan kecemasan diberi terlebih dahulu. Apabila selesai merakam tanpa belas kasihan dan malu mereka p**a terus menerus memuat naik video dan gambar tersebut ke dalam media sosial untuk mendapat like dan perhatian dari rakan dan netizen seolah mereka berasa puas dan berbangga dengan tindakan mereka. Begitulah keadaan yang dapat dilihat di mana etika dan peradaban masyarakat Malaysia yang semakin berkurang dan kian terhakis apabila ketaksuban terhadap telefon pintar mendahului tindakan yang sepatutnya sehingga seorang manusia itu hilang pertimbangan.
Situasi 6 : Tidak sepatutnya seseorang pekerja di syarikat swasta, kerajaan mahupun bekerja sendiri menggunakan telefon pintar semasa bekerja sehingga melekakan diri sendiri sehingga boleh menyebabkan prestasi kerja terganggu. Malahan lebih teruk lagi apabila sikap ini boleh menggangu rakan kerja yang lain apabila membuat bising dan tidak peka kepada orang sekeliling. Seorang pekerja yang beretika dan beradab tidak sepatunya bertindak seperti ini sedangkan dari segi konsep agama juga lebih-lebih lagi sebagai seorang yang bergama islam, perbuatan seperti ini boleh menghilangkan keberkatan kepada rezeki yang diperolehi. Untuk mendapatkan kerberkatan di dalam rezeki, pekerja seharusnya mempunyai etika dan adab yang baik di dalam pekerjaannnya dengan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan jujur dan amanah serta berdisiplin. Ketagihan telefon pintar ini boleh mengakibatkan prestasi kerja menurun, kerja yang di pertanggungjawabkan tidak berkualiti, tidak dapat menepati masa dan secara tidak langsung mewujudkan suasana kerja yang negatif di kalangan rakan sekerja. Ia juga akan meberi kesan yang negative pada dalaman diri, kehidupan serta keluarga apabila keberkatan rezeki di pandang ringan.
Posting oleh Yuhanis Abd Manaf
10/03/2021
PENGARUH PEMODENAN TEKNOLOGI TERHADAP ETIKA MANUSIA: KESAN MEDIA SOSIAL KEPADA KEHIDUPAN SOSIAL REMAJA MASA KINI.
Pemodenan teknologi merupakan satu perkara yang positif dan disambut baik oleh semua lapisan masyarakat di seluruh dunia. Malaysia khususnya, turut sama terlibat secara langsung dalam pemodenan teknologi ini dengan menaik taraf sistem teknologi yang ada untuk memudahkan urusan masyarakat. Media sosial merupakan satu teknologi komunikasi yang sangat pop**ar dan merupakan satu platform untuk memudahkan orang ramai berinteraksi terutamanya golongan remaja. Hampir semua remaja di Malaysia mempunyai akaun media sosial seperti facebook, twitter, instagram, tik tok dan sebagainya. Namun apakah kesannya kepada kehidupan sosial remaja?
Remaja masa kini dilihat terlalu taksub dengan media sosial sehingga menyebabkan ada di antara mereka yang sanggup untuk mengambil nyawa sendiri dengan bertindak membunuh diri. Perkara ini terjadi disebabkan mereka terlalu kecewa atau terpengaruh dengan kandungan di media sosial. Di England, terdapat seorang remaja yang bertindak membunuh diri oleh kerana kurang “like” terhadap gambar yang dimuat naik olehnya.
Selain itu, remaja kini dilihat lebih gemar bersosial secara alam maya berbanding bersosial secara fizikal. Mereka terlalu obses dengan media sosial sehingga tidak bertegur sapa dan bergaul dengan orang lain. Jika kita ambil contoh remaja pada zaman dahulu sebelum wujudnya media sosial, cara mereka berinteraksi dan bersosial amat berbeza dengan remaja zaman sekarang. Mereka akan menggunakan masa bersama dengan pelbagai aktiviti sosial seperti menziarahi rakan yang lain dan berkongsi pandangan mahupun hobi. Perkara seperti ini amat jarang dapat kita lihat pada masa sekarang dimana remaja kini lebih gemar bersendiri dan membuat hal masing-masing.
Pada pandangan saya, secara kesimp**annya teknologi media sosial ini memberikan lebih banyak pengaruh yang negatif kepada kehidupan sosial remaja. Sebagai masyarakat, kita perlu memainkan peranan dan membantu kerajaan dalam membendung permasalahan ini dari terus berlarutan.
MOHD TAUFIK BIN ZAKARIA, 275070.
04/03/2021
“MANA PERGI ADAB?? MANA PERGI ETIKA??”
Situasi 3 : Lihat sahaja di media sosial, Facebook contohnya. Netizen dilihat galak melontarkan kata-kata kurang sopan, mengutuk, mengeji dan menjatuhkan orang lain. Di tambah p**a apabila komennya di kecam oleh org lain, dengan perasaan dendam, mereka saling berbalas kata hingga hilang sifat hormat-menghormati. Di mana adab seorang manusia terhadap manusia lain dan dimana etika mereka menggunakan media sosial?
Kewujudan media sosial contohnya Facebook sepatutnya digunakan ke arah kebaikan. Ia bukan sahaja dapat merapatkan hubungan yang telah terjalin, malah sebagai medium untuk menjalinkan hubungan yang baru. Selain itu, pelbagai informasi dan berita juga dapat diperolehi melalui medium ini. Walaupun begitu, pengguna yang menggunakannya haruslah mematuhi etika bermedia sosial supaya dapat menjalinkan hubungan yang baik bukannya meruntuhkan perpaduan masyarakat Malaysia.
Situasi 4 : Di dalam masjid, seorang ustaz hadir untuk menyampaikan ilmu dan ceramah agama sedangkan jemaahnya p**a terihat sedang leka menghadap telefon pintar mereka. Ini menunjukkan sikap yang tidak boleh dicontohi kerana ia telah melanggar adab dan etika menghadiri majlis ilmu dan tempat ibadat.
Jemaah seharusnya memberi tumpuan kepada majlis ilmu tersebut supaya intipatinya dapat memberi manfaat di dalam diri dan kehidupan bagi membina kehidupan yang lebih baik. Sikap ini merupakan sikap yang sia-sia dan merosakkan tujuan sebenar untuk ke majlis ilmu. Sudahlah tidak menghormati guru yang mengajar dihadapan, pahala yang dicari, dosa p**a yang diperolehi.
Posting oleh Yuhanis Binti Abd Manaf
04/03/2021
“MANA PERGI ADAB?? MANA PERGI ETIKA??”
Penyalahgunaan fungsi telefon pintar boleh memberi kesan yang buruk terhadap adab dan etika seorang manusia. Pelbagai situasi yang berlaku di depan mata yang boleh memberi gambaran bahawa etika dan adab masyarakat di Malaysia kian terhakis lebih-lebih lagi kepada generasi muda
Situasi 1 : Sebuah keluarga sedang elok duduk di meja makan sambil menunggu saat untuk menjamu selera. Ayah, adik, abang dan kakak sibuk menghadap telefon di tangan sedangkan emak di dapur bertungkus lumus seorang diri menyediakan juadah keluarga dan membuat persiapan untuk menjamu selera, Mana pergi adab seorang anak kepada ibunya? Mana pergi etika di meja makan seperti yang di amalkan orang dahulu?
Seorang anak seharusnya membantu ibu menyediakan kelengkapan menjamu selera setelah ibu penat menyediakan makanan. Tidak patut seorang anak meletakkan segala beban pengurusan keluarga ke atas bahu seorang ibu. Terlihat bahawa hilangnya adab seorang anak kepada ibunya. Benarlah kiasan orang dahulu mengatakan “Pada masa akan datang akan wujud ibu bapa yang melahirkan ‘tuan’”. Etika dan adab di tempat makan juga perlu dijaga oleh semua orang dalam sebuah institusi kekeluargaan. Bapa berperanan sebagai ketua keluarga perlu mendidik anak-anak tentang hal ini dan bukan turut sama hanyut dan leka. Anak-anak perlu menjaga disiplin dan tertib di meja makan sebagai lambang menghormati rezeki yang telah diberi oleh pencipta Nya. Begitulah adab dan etika yang perlu ditunjukkan hambanya kepada penciptanya di atas pemberian rezeki
Situasi 2 : Pada Hari Raya Aidilfitri, semua tetamu sibuk beramah mesra sambil menjamu selera. Dari satu sudut terlihat seseorang sedang ralit menghadap telefon pintarnya sambil tersenyum membalas ucapan dari rakan-rakan di media sosial. Di manakah etika dan adab berziarah yang pernah kita amalkan dahulu?
Amalan berziarah adalah amalan yang tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia. Amalan ini juga amat dituntut di dalam agama kerana ia dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara saudara-mara dan jiran tetangga. Walau bagaimanapun, amalan ini kini telah dicemari dengan situasi seperti di atas. Tetamu yang datang seolah-oleh tidak ikhlas dengan kunjungan mereka. Taiada lagi komunikasi secara bersemuka dan saling bertentangan mata. Mereka yang ketagih dengan telefon pintar seolah-olah berada di dunia mereka sendiri tanpa menghiraukan dunia sekeliling mereka. Mereka akan duduk diam tanpa berkata2 dan tidak fokus pada perbualan atau pertanyaan orang. Ini boleh menyinggung perasaan tetamu yang hadir serta tuan rumah. Benarlah bagai di kata telefon pintar dilihat telah merapatkan hubungan yang jauh tetapi menjauhkan hubungan yang dekat.
Posting oleh Yuhanis Binti Abd Manaf
01/03/2021
APLIKASI TELEFON PINTAR MENJADI “DADAH” PADA KETAGIHAN MANUSIA
Tahukah anda???
69% daripada rakyat Malaysia dilaporkan berkata mereka tidak dapat berhenti menggunakan telefon bimbit walaupun dalam sehari.
Ini kerana di dalam telefon pintar manusia dapat memperolehi dan mencapai apa sahaja maklumat dengan mudah dan fungsinya hampir dapat memenuhi kehendak dan keperluan dalam kehidupan seseorang manusia. Seperti yang dinyatakan di dalam posting sebelum ini mengenai apa itu telefon pintar, sudah membayangkan bagaimana kecanggihan telefon pintar sehingga menjadi satu gajet pelbagai fungsi.
Mana tidaknya, melalui telefon pintar pelbagai aplikasi terkini yang menjadi trend dapat digunakan semestinya ia dapat memenuhi jiwa generasi muda. Contohnya seperti aplikasi komunikasi dua hala iaitu Whatsapp, Telegram, Wechat yang membolehkan mereka berinteraksi secara langsung (live). Terdapat juga aplikasi untuk manusia bersosial contohnya seperti Facebook, Instagram serta aplikasi untuk manusia berhibur contohnya seperti Youtube, Tiktok, Netflix dan banyak lagi aplikasi yang boleh di senaraikan.
Bukan itu sahaja, menurut laporan terkini Limelight Networks Inc mengenai keadaan gaya hidup digital, rakyat Malaysia paling ketagih dengan peranti digital mereka, diikuti oleh India. Malaysia juga mencatat jumlah tertinggi dalam kalangan 10 negara yang ditinjau, dengan 74.% yang lebih s**a menggunakan buku digital manakala 25.4% memilih buku fizikal. Responden di 10 negara iaitu Malaysia, Perancis, Jerman, India, Itali, Jepun, Singapura, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat ditanya bagaimana mereka berinteraksi dengan media digital dan kesan teknologi dalam kehidupan mereka.
Berdasarkan laporan itu juga, muzik juga merupakan kandungan dalam talian yang paling banyak diakses di Malaysia, diikuti dengan filem atau rancangan televisyen dan aplikasi. Pengarah Kanan Limelight Networks, Michael Milligan berkata "Pengguna semakin bergantung pada teknologi digital dalam kehidupan peribadi dan profesional mereka untuk maklumat, hiburan, dan memudahkan tugas harian. Ini bermakna masyarakat lebih s**a memilih aplikasi digital untuk bersosial berbanding secara fizikal kerana kemudahan capaiannya hanya dihujung jari sahaja. Mereka tidak perlu membuang masa dengan keluar dari rumah, berjalan, memandu menuju ke suatu tempat dan berjumpa serta berinteraksi dengan orang lain.
Jadi sejauh manakah teknologi telefon pintar mempengaruhi etika dan peradaban seseorang manusia?? Ia akan dikupaskan pada posting akan datang.
Posting oleh Yuhanis Binti Abd Manaf
25/02/2021
Kesan Teknologi Digital Kepada Pihak Kesihatan Dalam Etika Dan Peradaban Pesakit
Teknologi digital telah menjadi sebahagian kesihatan dan telah diset untuk mengubah kegunaan ubat-ubatan. Teknologi digital ini telah memberikan peningkatan yang sangat baik dalam memberikan fungsi kepada operasi dengan acuan perubatan sedia ada. Perubahan ini telah memberikan kesan yang sangat tinggi kepada kedua kakitangan doktor dan juga pesakit. Dalam etika dan peradaban juga, teknologi dalam kesihatan ini telah memberikan kesan yang baik kepada pesakit dan juga kepada doktor sendiri.
Etika dan peradaban dalam konsep ini memberikan maksud sebagai nilai-nilai akhlak yang ditunjukkan oleh kakitangan kesihatan. Sebagai contoh, dalam memberikan kemudahan kepada pesakit dan juga doktor dengan aturcara yang lebih mudah dan lagi cepat. Proses yang cepat dapat memendekkan waktu perubatan dilakukan justeru sangat membantu pesakit kritikal jika berlakunya kecemasan.
Perubahan ini telah mengubah tanggapan dan juga memberikan mereka terfikir apakah teknologi ini mampu membawa kebaikan atau adakah ianya bakal mengundang risiko.
Perkaitan teknologi dengan kesihatan membawa impak akan dimana teknologi dibawa masuk dengan menghasilkan perubahan kepada sistem kerja menjadi lebih pantas dan cekap. Teknologi merupakan sebuah peralatan saintifik untuk kegunaan manusia yang ditafsirkan sebagai membawa perubahan kepada perbuatan seorang manusia. Kesihatan p**a memberikan maksud sebagai sebuah perkara yang memberikan erti kemampuan dalam usaha untuk meneruskan hidup dengan sebuah prospek positif.
Teknologi dengan kesihatan memberikan perkaitan dimana ianya membawa perubahan daripada kegunaan fizikal di masa dahulu dengan kegunaan peralatan teknologi digital dimasa sekarang. Kita dapat lihat dimana pada waktu dahulu kegunaan fizikal menyukarkan doktor-doktor untuk menyatakan rekod dengan menggunakan sistem penggunaan kertas secara menyeluruh. Dalam memberikan contoh teknologi yang baik kepada etika dan peradaban, kita dapat lihat perbezaannya dimana pada zaman sekarang kegunaan teknologi digital iaitu internet telah menjadi sebuah alat untuk melihat data pesakit dan kegunaan teknologi yang terus mengekalkan rekod telah mengubah aturcara dan juga membantu doktor dan juga pekerja kesihatan yang lain dalam merekod maklumat.
Kita dapat lihat berkenaan klinik pada zaman dahulu untuk merekod sejumlah data, kita memerlukan tenaga kerja sendiri untuk merekod di atas kertas data-data pesakit dengan menggunakan pen, perkara ini telah meningkatkan lelah pekerja dan juga membebankan masa mereka. Namun pada zaman sekarang, pihak klinik telah mempunyai sejumlah data yang banyak di dalam tangan mereka dengan kegunaan teknologi digital yang berupaya untuk merekod berjuta maklumat di dalam perisian komputer. Kita dapat lihat doktor. pekerja dan pesakit telah memberikan perspektif yang baik dengan kegunaan teknologi yang sedia ada ini membantu memudahkan aturcara kemudahan yang baik. Dalam konsep etika dan peradaban dalam konteks ini kita dapat lihat di mana kemudahan dalam menggunakan teknologi mengumpul maklumat dalam komputer telah memberikan reaksi positif yang baik kepada doktor dan juga pesakit dalam perbincangan berkenaan kondisi kesihatan.
Selain itu, peningkatan dalam penggunaan komunikasi. Pada tahun yang tidak lama dahulu terdapat ahli perubatan menggunakan nombor giliran untuk memanggil. Tapi pada hari ini, dengan kegunaaan teknologi telah memberikan mereka keupayaan untuk menggunakan pelbagai cara untuk berkomunikasi antara pihak perubatan dan juga pesakit. Pekerja perubatan boleh sentiasa menggunakan email, telefon pintar, pesanan ringkas dan sebagainya. Tidak perlu lagi pihak perubatan menggunakan surat kepada pesakit untuk mengingatkan mereka berkenaan temujanji dan ujikaji. Kita dapat lihat di Malaysia, contoh teknologi yang menunjukkan etika dan peradaban yang dapat diberikan ialah pihak kesihatan Malaysia menggunakan sistem online untuk mendapatkan temujanji dengan klinik kesihatan atau hospital yang terdekat sebagai memudahkan urusan kita untuk mendapatkan jadual seperti yang kita inginkan.
Kesimp**an yang dapat kita lihat, Teknologi digital telah mengubah aturcara dalam sektor perubatan. Perubahan ini akan sentiasa memberikan sebuah perubahan yang baik kepada etika dan peradaban dalam teknologi kesihatan pada tahun-tahun akan datang. Selagi organisasi kesihatan dan pihak perubatan sentiasa membuka minda dan mencipta sistem infrastruktur yang diperlukan, kita tidak akan tahu sejauh mana teknologi digital ini mampu membawa perubahan yang lagi jauh kepada sektor perubatan.
23/02/2021
📱📱PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TELEFON PINTAR DALAM MASYARAKAT DI MALAYSIA📱📱
Dahulunya telefon bimbit hanya mampu untuk membuat panggilan, menerima dan menghantar pesanan sahaja tetapi apabila dunia semakin berkembang, teknologi juga tidak ketinggalan mengalami perubahan . Teknologi yang moden seperti sistem pengkomputeran maju dan aplikasi-aplikasi canggih yang ditambah baik di dalam telefon bimbit menukarkannya kepada telefon pintar yang menjadikan dunia tanpa sempadan.
Dengan keadaan dunia yang semakin maju dan perkembangan teknologi yang semakin pantas, manusia di bumi terpaksa bersama-sama bergerak seiring dengan kemajuan dunia. Dari konteks sesebuah negara p**a, penerimaan kemas**an teknologi ke dalam negara tidak mampu di halang apabila negara juga ini perlu bersaing dan bergerak seiring supaya tidak ketinggalan dalam mencapai misi membina sebuah negara yang maju. Memang di akui bahawa kemajuan teknologi sangat membantu sesebuah negara menguruskan ekonomi dan pentadbirannya namun kita terlupa bahawa teknologi juga memberi kesan kepada manusia bukan sahaja positif malahan turut memberi kesan yang negatif.
Di Malaysia sebut sahaja telefon pintar, rata-rata semua golongan masyarakat dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang ada memilikinya. Dahulunya tidak semua golongan masyarakat mampu memiliki telefon pintar lebih-lebih lagi golongan bawahan. Hanya golongan atasan atau elite sahaja mampu memilikinya kerana harganya yang mahal tetapi apabila permodenan teknologi telefon pintar bergerak dengan sangat pantas, ia memberi kesan kepada lambakan telefon pintar di pasaran. Apabila lambakan berlaku, harga jualan telefon pintar yang ketinggalan dari segi fungsinya akan jatuh dan akhirnya semua golongan mampu memilikinya.
Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan penularan wabak Covid-19 yang telah menjejaskan operasi pentadbiran, keselamatan dan pendidikan negara. Dahulunya kemudahan teknologi yang sedia ada tidak diguna dan di aplikasi sepenuhnya di dalam kehidupan harian namun ianya berubah apabila wabak Covid-19 tersebar dengan luas ke seluruh Malaysia. Rakyat di perintah oleh kerajaan untuk mengawal pergerakan. Sektor swasta dan kerajaan turut tersekat dan masyarakat mula belajar membiasakan diri dengan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian. Masyarakat sudah mula menggunakan servis penghantaran makanan, membeli belah di dalam talian, berurusan secara rasmi dengan organisasi kerajaan dan swasta dalam talian, bekerja dari rumah, pembelajaran murid sekolah secara dalam talian oleh guru dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, di dalam keadaan rakyat yang berduka dengan musibah yang melanda negara, dalam waktu yang sama terbit juga sedikit rasa bangga dengan kemajuan masyarakat di Malaysia. Mereka lebih cakna dan terdedah dengan permodenan teknologi, pemikiran dan idea yang lebih meluas diperolehi kerana akses atau carian maklumat dunia tanpa sempadan. Medium perkhidmatan yang berasaskan teknologi yang disediakan oleh kerajaan atau swasta dahulunya tidak digunakan kini berubah apabila semua terpaksa menggunakannya dan medium perkhidmatan tersebut tidak lagi dibiarkan sia-sia.
Sekarang tidak asing lagi apabila diluar sana aanda melihat kanak-kanak berusia 3 tahun sedang memegang telefon pintar dan ibu bapa dikampung yang telah lanjut usia bergerak ke surau dengan membawa telefon pintar di dalam poketnya. Adakah perkara ini merupakan sesuatu yang sihat dan normal?? Banyak kebaikan dapat kita perolehi melalui permodenan teknologi telefon pintar namun sejauh manakah ia memberi kesan yang negatif terhadap masyarakat di Malaysia???
Posting dari Yuhanis Binti Abd Manaf
22/02/2021
Pengaruh Pemodenan Teknologi Terhadap Etika Manusia Melalui Teknologi Penyiaran.
Pemodenan teknologi adalah perkara yang semakin berkembang pesat sejak akhir ini. Sistem analog telah digunakan di dalam permulaan era media penyiaran dan kemudian ia telah beralih ke era penyiaran sistem digital dimana teknologi penyiaran telah ditambah baik dan dimodenisasikan. Namun teknologi yang berteraskan kebaikan telah memberi pengaruh yang positif terhadap etika manusia. Pada permulaan era penyiaran, masyarakat hanya dapat melihat peristiwa dan kejadian berada di dalam lingkungan terdekat namun berlainan p**a pada masa kini ianya boleh dicapai dengan hanya dihujung jari sahaja tanpa had masa dan tempat.
Dari sudut positif, teknologi moden dapat membentuk suatu pemikiran aras tinggi dan mencetuskan idea yang baharu kepada penerima sebagai penambahbaikan di dalam kehidupan.
Walau bagaimanapun, wujud juga pengaruh yang negatif dari perkembangan pemodenan teknologi ini. Sebagai contoh, sebuah wilayah yang dahulunya tidak pernah didedahkan dengan perkara yang buruk atau idea yang tidak baik, secara tidak sedar mereka telah menerima idea yang tidak baik itu hanya dengan melihat siaran tersebut. Contoh yang lain p**a adalah seperti penyiaran berita tentang jenayah yang berlaku di daerah lain, pada asalnya tujuan penyebaran berita tersebut sebagai menyampaikan maklumat tentang apa yang berlaku namun ia juga boleh diterima secara negatif seperti mencetuskan idea kepada orang lain untuk cenderung melakukan jenayah di tempatnya.
Mhd saelam bin sulaiman 275034
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Johor Bahru
80000