Tadika Al Amin

Tadika Al Amin

Share

Tadika Al Amin is an islamic kindergarten that provide early childhood education for your children ! Phone: 012-7132646

Address:
No. 6, Jalan Padi Huma,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru,
Johor.

18/02/2026

Alhamdulillah kita akan mula berpuasa Ramadan mulai esok 19 Februari 2026. Anak-anak sudahpun mengulangkaji aktiviti menghidupkan dan memeriahkan bulan Ramadan. Semoga Ramadan tahun ini akan lebih baik dari sebelumnya, kita akan lebih sihat dan bertenaga! Tadika mengucapkan “Selamat Berpuasa” dan semoga semua amalan kita diterima Allah swt. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekurangan. Amiin. 🤲❤️

17/02/2026

SELAMAT HARI LAHIR - JAN & FEB 2026
Alhamdulillah kelahiran anak adalah antara nikmat kebesaran Allah pada kita, oleh itu hargailah dan syukurilah kehadirannya sebagai penyeri hidup ayah & mama. Anugerah ini juga amanah yang berat untuk kita kerana ianya antara jambatan yang akan menghubungkan kita ke syurga Allah swt. Sayangi dan syukurilah kerana tiada sesuatu yang sia-sia kejadiannya di sisi Allah semuanya mengandung makna yang sangat-sangat ISTIMEWA!!!
Tadika Al Amin mengucapkan "Happy Birthday Anak-anak Semua!" dan tahniah ibu & ayah!....

31/12/2025

Alhamdulillah walaupun sudah cuti sekolah, guru-guru Al Amin BBU yang bertugas terus dihargai… terima kasih dari kami dan pengurusan Tadika Al Amin BBU.

Photos from Tadika Al Amin's post 19/12/2025

“ALOHA VIBES “ - 18/12/2025, ciptaan Tadika Al Amin menutup tirai perpisahan 2025. Ia membawa maksud Aura atau lambang semangat kebersamaan, keikhlasan dan cara hidup yang penuh dengan kasih sayang. Aktiviti ini terbahagi kepada 3 bahagian, pertama anak-anak meraikan perpisahan mereka dengan pakaian ala Hawai sebagai lambang “Santai” walaupun kami tidak mampu membawa mereka bercuti ke pantai di pulau Hawai yang indah. Kedua anak-anak menikmati keseronokkan mandi manda, walaupun bukan di Hawai tapi Tadika Al Amin akan jadi memori terindah yang lebih indah buat mereka selama-lamanya. Ketiga, mereka menikmati aneka juadah dari ibu ayah yang sungguh enak. Kami akhiri perpisahan dengan airmata kerana tahu setiap yang bermula pasti berakhir demikianlah Allah menjadikan dunia hanyalah persinggahan buat kita semua.. TERIMA KASIH SEMUA 😭❤️

Photos from Tadika Al Amin's post 14/12/2025

PERJUMPAAN IBU AYAH PENUTUP TIRAI 2025
“Di sebalik setiap anak yang kuat, ada ibu bapa yang lebih kuat. Terima kasih atas segala-galanya."
Terima kasih ibu ayah yang telah menyokong perjuangan kami selama lebih 27 tahun, mendidik anak-anak agar menjadi insan berguna. Semoga Allah rahmati segala usaha dan pengorbanan kita semua. Amiinn Ya Rabb 🤲❤️

Photos from Tadika Al Amin's post 08/12/2025

IHTIFAL KE 27 TADIKA AL AMIN BBU
(Bahagian 1 - Photo)
Alhamdulillah majlis anugerah dan graduasi 2025 selamat disempurnakan pada 06/12/2025 (Sabtu) di KSL Hotel & Resort Johor Bahru. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir terutama Yang Berbahagia Datuk Yahya Bin Jaafar, selaku Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Pengerusi Persatuan Ibubapa Kebangsaan. Terima kasih juga pada Yang Berbahagia En Gafar Bin Sudin, Ahli Majlis MBJB Zon Larkin dan Yang Berbahagia Ustaz Jazlan Bin Abdullah. Tahniah kepada semua anak-anak yang telah membuat persembahan dan anak-anak yang menerima anugerah dan juga Sijil Graduasi 2025. Teruskan usaha untuk lebih berjaya di masa hadapan dan jadilah anak soleh dan solehah yang berbakti pada ibubapa, agama bangsa dan negara. Kepada ibubapa terima kasih atas sokongan sehingga Tadika Al Amin BBU dapat bertahan sehingga 27 tahun. Semoga segala usaha pendidikan ini mendapat ganjaran yang baik disisi Allah swt. Amiinn 🤲❤️

30/11/2025

MINGGU LATIHAN KONSERT IHTIFAL 2025
Musim latihan untuk konsert Ihtifal 2025 telah pun bermula. Anak-anak dan guru turut berlatih dengan kreativiti masing-masing. Kami ucapkan syabas pada anak-anak yang berani kehadapan untuk menjayakan persembahan mereka masing-masing. Bukan mudah untuk mencungkil bakat mereka dan memberi keyakinan “mereka boleh” tapi dengan sokongan guru dan ayah ibu insyaAllah kejayaan itu pasti dicapai!

Sebagai bukti mari kita saksikan semula “flashback” persembahan tahun 2024 yang lalu dari anak-anak comel ini 👍👇😁

30/11/2025

MINGGU BACAAN 6 TAHUN
Alhamdulillah kata orang “sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. Kalau rajin membaca pasti akan berjaya!
Tahun ini sekolah bermula pada bulan Mac dan berakhir pada November, dengan hanya 9 bulan (belum termasuk cuti sekolah) mereka sudah boleh membaca. Tahniah guru-guru dan ibu bapa yang turut membantu kejayaan anak-anak sehingga mampu membaca… syukur alhamdulillah 🤲❤️

29/11/2025

MINGGU BACAAN - 5 TAHUN
Adakah anak-anak kita sudah pandai membaca? Membaca itu jambatan ilmu, jadi teruskan membantu anak-anak kita membaca.

Alhamdulillah mereka sudah kenal huruf dan sudah boleh membaca. Kita lihatlah bertapa bersungguh-sungguhnya anak-anak ini membaca! Macam mana mereka sekarang, begitulah juga kita dulu kan 🤭😅

Tahniah anak-anak! Teruskan usaha agar lebih lancar membaca. 👍😅

21/11/2025

MINGGU BACAAN - 4 TAHUN
Adakah anak-anak kita sudah pandai membaca? Membaca itu jambatan ilmu, jadi teruskan membantu anak-anak kita membaca. Minggu bacaan kali ini, kami kongsikan kemahiran anak-anak berusia 4 tahun membaca. Alhamdulillah mereka sudah kenal huruf dan sudah boleh membaca. Tahniah anak-anak! Teruskan usaha agar lebih lancar membaca. 👍😅

10/11/2025

Assalamualaikum wbt
🎓 Tadika Islam Al Amin BBU welcome 4, 5 & 6 years old kids for 2026 New REGISTRATION !!! 🎓
Our Services Include
1. 👨‍🎓Kindergarten (4-6 years old)
08:00am ~ 12:00pm
2. 👨‍🎓Extend Class or Day Care
12:00pm ~ 06:00 pm
3. 👨‍🎓Transit for Primary School
✅With 27 Years of establishment!
✅CCTV Monitoring for kids SAFETY!
✅Clean & Comfortable class rooms
with Air Conditioner.
✅Free Al Quran & Solat lesson
✅Healthy Water with Cuckoo water
Filter
✅Clean Environment
✅Outdoor Playground
✅Fun and Joyful activities
✅Healthy & Good Foods
✅Affordable monthly fee
✅SOP Compliance

FB Tadika Al Amin:
https://www.facebook.com/watch/?v=3787423864679477

Places are limited—Register Now to secure a spot for 2026!

Register with Teacher Fira:
https://wa.me/60127182646?text=RegisterAlAmin

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


6 Jalan Padi Huma, Bandar Baru Uda
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00