19/12/2025
“ALOHA VIBES “ - 18/12/2025, ciptaan Tadika Al Amin menutup tirai perpisahan 2025. Ia membawa maksud Aura atau lambang semangat kebersamaan, keikhlasan dan cara hidup yang penuh dengan kasih sayang. Aktiviti ini terbahagi kepada 3 bahagian, pertama anak-anak meraikan perpisahan mereka dengan pakaian ala Hawai sebagai lambang “Santai” walaupun kami tidak mampu membawa mereka bercuti ke pantai di pulau Hawai yang indah. Kedua anak-anak menikmati keseronokkan mandi manda, walaupun bukan di Hawai tapi Tadika Al Amin akan jadi memori terindah yang lebih indah buat mereka selama-lamanya. Ketiga, mereka menikmati aneka juadah dari ibu ayah yang sungguh enak. Kami akhiri perpisahan dengan airmata kerana tahu setiap yang bermula pasti berakhir demikianlah Allah menjadikan dunia hanyalah persinggahan buat kita semua.. TERIMA KASIH SEMUA 😭❤️