Sekolah Agama Senibong

Sekolah Agama Senibong

Share

Pages Rasmi Sekolah Agama Senibong �

25/08/2025

“ Buli bukanlah gurauan, ia meninggalkan luka yang tidak terlihat. Hentikan buli, sebarkan kasih sayang dan hormat sesama kita. Tiada siapa berhak ditindas atau dihina. Mari bersama wujudkan persekitaran tanpa buli, penuh dengan empati dan sokongan. Pihak sekolah Agama Senibong amat menitikberatkan kes buli ini. Ayuh banteras buli!

08/08/2025

UCAPAN PENGHARGAAN BUAT MENTERI BESAR JOHOR YAB DATO' ONN HAFIZ GHAZI

Diatas sumbangan Program Bantuan Bilik Guru Negeri Johor 2025

Assalamualaikum..
Kami guru-guru Sekolah Agama Senibong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Johor, YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared Khalid atas sumbangan bantuan RM5000 yang diberikan bagi menaik taraf bilik guru melalui Program Bantuan Bilik Guru Negeri Johor 2025.

Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada Bahagian Pendidikan Islam JAINJ serta Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru dan semua yang terlibat dalam menjayakan bantuan ini.

Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru






06/01/2025
Photos from Sekolah Agama Senibong's post 12/09/2024

Lensa Majlis Kemerdekaan 2024

Pemenang bagi Pertandingan Mewarna tahap 1 , Pertandingan Cari Perkataan tahap 2 , Pertandingan Pakaian paling cantik , Pertandingan Menghias Basikal 🤗

Tahniah kepada semua murid yang berjaya ❤️🇲🇾

Photos from Sekolah Agama Senibong's post 12/09/2024

Lensa Sepanjang Majlis Penutup Hari Kemerdekaan tahun 2024 🇲🇾❤️

Photos from Sekolah Agama Senibong's post 29/06/2024

Lensa Majlis Kecemerlangan Murid 2023

Sekalung Tahniah kepada murid yang berjaya pada tahun 2023. 🤩
Moga menjadi inspirasi buat murid lain untuk berjaya pada tahun 2024

Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang Darjah 1-5 2023
Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang UPKK 2023
Penyampaian Cenderahati AJK BKS 2022-2024
Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah

Photos from Sekolah Agama Senibong's post 29/06/2024

Lensa Majlis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Senibong

Alhamdulillah dan terima kasih kepada ibu ayah penjaga atas kesudian hadir dalam melancarkan mesyuarat agung kali ke 11.

Tahniah juga atas lantikan Ahli Jawatankuasa Baru Badan Kebajikan Sekolah Agama Senibong .

23/05/2024

Makluman Untuk Ibubapa & Penjaga
Sekolah Agama Senibong

Photos from Sekolah Agama Senibong's post 16/05/2024

LENSA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU Sekolah Agama Senibong
📆 16 Mei 2024 | KHAMIS

Rusa diburu ada sebelas,
Tutup jerat menghadang T**i,
Jasa guru tak minta dibalas,
Cukup setakat mengenang bakti

Menanam padi ketika siang,
Mengambil ikan untuk dimakan,
Setiap hari engkau berjuang,
Untuk pendidikan dan kemanusiaan

SELAMAT HARI GURU BUAT SETIAP INSAN BERGELAR GURU 🥰🫶

Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani 👨‍🏫👩‍🏫

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Taman Permas Jaya
Johor Bahru
81750

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 12:00 - 18:00