01/08/2026
Kursus Pemantapan pelajar Tahsin dan Guru Al-quran daerah Johor Bahru🤗🌹
Kami menyediakan perkhidmatan Mengaji
* Home Quran Personal ' One To One' ke rumah
* Berkumpulan di Kelas
* Secara Online Personal dan Group Max 10 orang.
Dibimbing oleh Guru Al-quran Bertauliah JAIJ.
01/08/2026
Kursus Pemantapan pelajar Tahsin dan Guru Al-quran daerah Johor Bahru🤗🌹
Alhamdulillah..baik sungguh pelajar² tadi mengaji .. 'Behave'. Asbab doa seorang Guru.. MasyaAllah..lembut hati n lancar sungguh bacaan. Allah..jgn remehkan Doa seorang Guru
05/07/2026
Alhamdulillah. Dengan izin Allah pd 5. Julai 2026 telah berlangsung Majlis penyampaian Ijizah/sijil Mantan Tuhfatul Athfal dan Apresiasi Ajk lama dan Baharu.
Jazakallah khair kasira atas usaha² mereka menjayakan program ini. Semoga Allah juga yg membalas kebaikan mereka.
Kami sebagai Guru Al-quran memegang amanah dan tanggungjawab yg sangat berat untuk dipukul. Namun Kami berpegang prinsip
Dedikasi. Bertanggungjawab. Komited. Integriti dan Matlamat mencari redha Allah. Allahumma Aamiin. In shaAllah
Semoga lebih ramai masyarakat diluar sana yg ingin mendalami Ilmu Al-quran.
Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya". Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari melalui sahabat baginda, Saidina Uthman bin Affan RA.🥰🌹❤️
Penerangan tentang Hukum Mim sakinah mengikut kitab Tuhfatul Athfal karya Sheikh Sulaiman Al-Jamzuri . Semoga bermanfaat ❤️🤗
Menghayati erti pengorbanan dan keikhlasan.
"Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M "
Semoga ibadah dan amalan kita diterima Allah.❤️🤲
Az-Zaara : Ustazah, supriseeee..
(masuk bilik dgn sengeh² lebar.. Katanya " Selamat Hari Guru Ustazah"
Sy: Terima kasih Az-Zaara. Comeyy..lukisan ni ( Sambil tersenyum lebar menatap lukisan dengan penuh rasa terharu)
Az-Zaara: Sorry ustazah, tak da hadiah..ini je yg ada untuk Ustazah, Zaara lukiskan..
Sy: Tak pa..Az-Zaara, Ustazah tak harapkan hadiah pun yg penting Az-Zaara nak Mengaji, klu Ustazah meninggal nanti sedekahkan bacaan Al-quran untuk Ustazah ye..🥹🥹
Az-Zaara: Ok Ustazah.
Cukup terharu, lukisan ini ada nilai.. tanda penghargaan n ingatan yg tulus ikhlas. Allah🥹🥹
Walaupun bukan seorang pelukis, namun keikhlasannya menghasilkan lukisan ini sangat terserlah..
Biasa dapat ucapan je.. ni dapat sebuah lukisan.. nampak comeyy lukisanya..🥰🥰
" Selamat Hari Guru"🤗❤️🌹🎉🎊
18.05.2026. Simpan disini untuk kenangan.
Allah sebaik² kebergantungan. Bukan manusia yg hanya persinggahan 🤗🤲🌹❤️
Mimpi jadi nyata nk jd manusia yg memberi nilai tambah n bermanfaat untuk agama, bangsa dan masyarakat. Juga matlamat utk mencari redha Allah .Semoga terus berjuang dijalan ini hingga akhir hayat. Allahumma Aamiin 🥰🥰🥰🥰
Sebagai peringatan bersama❤️🌹
17/04/2026
Alhamdulillah..pujian dan syukur pd Allah, berjalan lancar Penganugerahan perbaharui sijil Tauliah Guru Al-quran Negeri Johor sesi 2026-2028 n sambutan Hari Aidilfitri pada 11 April 2026/ bersamaan 22 Syawal 1447H.
Tanggungjawab ini merupakan amanah yg sangat berat untuk dipikul. Kami telah berikrar untuk memegang amanah ini , berdasarkan ikrar² yg tertulis yg telah ditetapkan pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Bukan untuk dibanggakan ia sebagai tanggungjawab yg diambil untuk membantu masyarakat diluar sana yg memerlukan kami untuk mengajar Al-quran. Al-quran panduan Hidup akhir zaman..juga penolong kita dialam barzakh n hari akhirat.
Belajarlah Al-quran agar hidup sentiasa dipandu. Matlamat untuk mencari Redha Allah.🥰🤲🌹