Belia Harmoni Johor Bahru

Belia Harmoni Johor Bahru

Share

Sebuah gerakan mahasiswa kontemporari yang berperanan menjana perubahan (Islah) masyarakat kampus. Apakah itu Persatuan Belia Harmoni (HARMONI)?

HARMONI merupakan sebuah persatuan belia yang
menumpukan pembangunan mahasiswa sebagai usaha
melahirkan individu yang prihatin & aktif dalam isu sejagat
seterusnya menjadi jurubicara mahasiswa Malaysia. "Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah." [11:88]

09/12/2024

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah mendapat makluman bahawa bonda kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Senator Dr Hajah Fuziah Salleh, yang bernama Almarhumah Hajah Maimunah Saleh telah kembali ke rahmatullah pada Ahad, 8 Disember 2024 jam 12.05 tengah malam.

IKRAM mengucapkan takziah kepada YB Senator Fuziah atas pemergian bonda beliau di Johor Bahru. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa, merahmatinya dan mengurniakan syurga buat Almarhumah, amin.


11/03/2021

TAHNIAH AKHI SHAZWAN SHAH!

Persatuan Belia Harmoni Johor Bahru mengucapkan tahniah kepada saudara Mohamad Shazwan Bin Ahmad Shah atas pencapaian Anugerah Thesis Doktor Falsafah Terbaik Fakulti Kejuruteraan Awam 2021.

Belia Harmoni Johor Bahru berasa bangga diatas pencapaian yang begitu bermakna buat Saudara Shazwan Shah yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Belia Harmoni Johor Bahru kerana pencapaian ini membuktikan bahawa beliau seorang yang cukup berdedikasi dalam penglibatannya dalam dunia akademik dan juga lapangan aktivisme.

Belia Harmoni Johor Bahru berharap agar beliau terus cemerlang dalam mempamerkan contoh modal insan yang terbaik kepada masyarakat.

Tahniah diucapkan!

Persatuan Belia Harmoni Johor Bahru 2020/2021

03/10/2020

KENYATAAN MEDIA

PENANGGUHAN KEMASUKAN PELAJAR: UTAMAKAN KEBAJIKAN, SEDIAKAN SOLUSI TUNTAS DAN LIBATKAN MAHASISWA DALAM PEMBUATAN KEPUTUSAN

HARMONI Malaysia mengambil maklum pengumuman terbaru daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan penangguhan kemasukan pelajar bagi semester baharu. Keputusan ini memberi kesan yang besar terutamanya kepada kebajikan mahasiswa.

Sehubungan dengan itu, HARMONI Malaysia meminta pihak Kementerian, pentadbiran universiti dan autoriti yang berkaitan untuk:

1. Pertimbangkan pemberian subsidi sebagai ganti rugi kos pembelian tiket pengangkutan, kos perjalanan dan sewa rumah yang telah dibuat.

2. Sediakan solusi mesra mahasiswa terutamanya yang baru sahaja sampai ke kampus seperti penyediaan tempat atau fasiliti khas dituruti dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan. Arahan untuk pulang semula adalah sangat tidak wajar kerana mendedahkan risiko yang lebih besar kepada mahasiswa.

3. Libatkan wakil mahasiswa dalam proses perbincangan dan pembuatan keputusan. Ini untuk mengelakkan sebarang keputusan yang memberi kesan secara langsung kepada mahasiswa dilakukan tanpa sebarang penglibatan daripada wakil mahasiswa.

HARMONI Malaysia menyeru kepada semua pihak khususnya pimpinan negara untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pimpinan negara adalah 'role model' yang sepatutnya menjadi contoh buat rakyat. Kegagalan pimpinan negara untuk berbuat sedemikian tidak akan membantu mengurangkan kes covid yang sedang melanda negara kita.

Usaid Asmadi
Presiden Persatuan Belia HARMONI Malaysia
2 Oktober 2020




06/08/2020

TABUNG KECEMASAN LUBNAN

Semalam kita dikejutkan dengan satu berita mengenai letupan maha dahsyat berlaku di Lubnan. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menzahirkan rasa simpati dengan rakyat Lubnan atas tragedi hitam ini.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai letupan semalam:

1. Kementerian Kesihatan Lubnan merekodkan bahawa sekurang-kurangnya 78 kematian dan 4,000 orang mengalami kecederaan.

2. Impak letupan kecil disusuli dengan letupan yang maha dahsyat cukup untuk menghancurkan sebuah bandar.

3. Krisis ekonomi yang teruk di Lubnan serta penularan wabak COVID-19 menambahkan lagi derita rakyat Lubnan.

4. Salah satu rakan NGO kami di Lubnan, Ghirass for Society Development turut terkesan. Ghirass bertanggung jawab mengendalikan projek Anak Yatim MyCARE dan keluarga miskin tajaan rakyat Malaysia. Pada tahun 2016, Ghirass juga terlibat dalam Program Penempatan Migran Syria di Malaysia yang dianjurkan Kerajaan Malaysia.

5. Dalam jarak 1km dari letupan, terdapat pelbagai kemudahan yang musnah seperti Hospital Besar St. George, Masjid, Gereja, Universiti, Istana Grand Serail dan lain-lain.

6. Tular video-video di Internet menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan di jalan, bapa membawa jenazah anaknya serta ratusan mangsa memenuhi ruang luar hospital.

Atas dasar menjunjung kemanusiaan, pihak MyCARE mewakili rakyat Malaysia akan menyalurkan sumbangan bantuan kepada penduduk Lubnan yang terkesan dengan tragedi ini.

Sumbangan yang akan disalurkan berupa:

1. Bantuan perubatan kecemasan kepada mangsa
2. Pek Makanan kepada keluarga terkesan
3. Perbelanjaan kediaman yang musnah

Atas dasar kemanusiaan, ayuh bersama kami meringankan beban sahabat-sahabat kita di Lubnan. Salurkan sumbangan anda sekarang di:

https://donate.mycare.org.my/c/appeal
atau

Humanitarian Care Malaysia
CIMB
8602 135 592

Rujukan: Lubnan

No tel: 016 6366 369
Email: [email protected]

Photos from Harmoni Mission's post 23/07/2020
Photos from Harmoni Mission's post 22/07/2020

Jom rebut peluang ini 😍

Selepas beberapa Siri misi kemanusian, projek Ramadhan4Siswa, Harmoni Mission kembali lagi dengan program lain iaitu Harmoni Mission Inbound 6.0.

Tunggu apa lagi 😊

Photos from Harmoni Malaysia's post 05/06/2020

Jangan lupa malam ni,

Stay tune 😊

Harmoni Malaysia salur RM100,000 kepada mahasiswa 04/06/2020

Inisiatif Harmoni Malaysia dibawah Harmoni Mission untuk Ramadhan4Siswa diwarta Harian Metro hari ini. Khidmat bakti daripada mahasiswa kepada mahasiswa yang turut terkesan kerana Covid 19.

Nantikan maklumat terkini di page rasmi Harmoni Malaysia dan Harmoni Mission.

Kami akan terus memberi kebaikan dan memainkan peranan keatas kebajikan mahasiswa.

|Akhlak|Khidmat|Ukhwah|





Harmoni Malaysia salur RM100,000 kepada mahasiswa MAHASISWA bakal menerima bantuan β€˜one-off’ dengan jumlah keseluruhan RM100,000 daripada Harmoni Malaysia untuk meringankan beban mereka susulan kesan Covid-19.

04/06/2020

Nantikan heart2heart dengan kerjasama Kelab Iqra UTM dan Kelab Hikmah KTHO.

Apakah Usrah??

Ada apa dengan Usrah??

Saksikan πŸ‘‡πŸ‘‡




04/06/2020

Assalamualaikum wbt...

Pada waktu MCO ini, Belia Harmoni Johor Bahru dengan kerjasama Kelab Iqra' UTM dan Kelab Hikmah KTHO kembali lagi dengan program yang sangat menarik!

Program Heart2Heart merupakan aktiviti santai yang melibatkan perkongsian ilmu agama dan mengeratkan hubungan sesama muslim.

Antara manfaat program ini adalah:
πŸ“œ Merit UTM
πŸ€“ Menambah ilmu pengetahuan
πŸ‘―πŸΎβ€β™‚οΈ Berkenalan dengan kenalan baru

Ayuh isi masa lapang MCO anda dengan menyertai kami !

πŸ’ƒπŸ» Wuishhh macam best je? πŸ˜‹πŸ˜± Nak joinlah! Bila ye program ini akan diadakan?

πŸ“… Setiap minggu sekali (bermula 7/6/2020 sehingga 31/8/2020)
πŸ•˜ 9.00pm – 11.00pm
Medium/Platform: Whatsapp & Online Meeting
Link pendaftaran: https://bit.ly/3cdr340

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Juan: http://www.wasap.my/601139296302
Aliya: http://www.wasap.my/601160892684

Jumpa anda di sana!

03/06/2020

Assalamualaikum wbt...

πŸ”ŠPada waktu MCO ini, Kelab Iqra’ dengan kerjasama Belia Harmoni dan Kelab Hikmah kembali lagi dengan program yang sangat menarik!

Program Heart2Heart merupakan aktiviti santai yang melibatkan perkongsian ilmu agama dan mengeratkan hubungan sesama muslim.

Antara manfaat program ini adalah:
πŸ“œ Merit UTM
πŸ€“ Menambah ilmu pengetahuan
πŸ‘―πŸΎβ€β™‚οΈ Berkenalan dengan kenalan baru

Ayuh isi masa lapang MCO anda dengan menyertai kami πŸ’ƒπŸ»

Wuishhh macam best je? πŸ˜‹πŸ˜± Nak joinlah! Bila ye program ini akan diadakan?

πŸ“… Setiap minggu sekali (bermula 7/6/2020 sehingga 31/8/2020)
πŸ•˜ 9.00pm – 11.00pm
Medium/Platform: Whatsapp & Online Meeting

Link pendaftaran: https://bit.ly/3cdr340

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Juan: http://www.wasap.my/601139296302
Aliya: http://www.wasap.my/601160892684

Jumpa anda di sana!






Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Johor Bahru
81300